Ku Gibran melangkah keluar dari perut kereta BMW selepas kereta itu berhenti di hadapan kedai bunga milik Harleen.Seperti yang sudah dijanjikan.Dia akan menjemput gadis itu untuk keluar rehat bersama.Baju kerja yang sedikit berkedut digosok-gosok.Rambut diperbetulkan.Jam rolex ditangan dikerling sekejap.Sudah masuk waktu tengah hari.Tidak sabar untuk melihat wajah gadis itu.
Kemudian pintu kedai bunga ditolak sehingga menghasilkan bunyi.Namun hampa,masuk sahaja.Kelibat gadis itu tiada di meja kuanter.Aneh.Biasanya tempat itu yang selalu duduki Harleen.
"Hello."Panggilan Ku Gibran langsung tidak mendapat sahutan.Bebola mata melilau memandang keadaan sekeliling.Masih sama.Tiada orang malahan bayangan pun tidak kelihatan.
"Hello."Serunya untuk kali kedua.Kini dia sudah berdiri di hadapan meja yang Harleen.Dia masih lagi menunggu dan setia menunggu.Kaki dihentak perlahan.Gerak geri yang selalu dilakukan apabila sedang menunggu sesuatu perkara.
"Sekejap!."Tidak lama kemudian satu suara kedengaran dari arah belakang dan semestinya Ku Gibran sudah tahu pemilik suara itu.Gegendang telinga dapat menangkap derapan kaki yang semakin dekat.
"Ye Encik,nak apa?."Soal Harleen tanpa melihat gerangan tersebut.Wajahnya tidak kelihatan kerana dilindungi dengan gugusan bunga matahari yang terlampau banyak.Bukan wajah sahaja tidak kelihatan malahan seluruh tubuh badan sekali.Maklumlah dia ini agak kecil orangnya.Ku Gibran menyimpan senyum.Sungguh comel keadaan Harleen ketika ini.
"Hai sweetheart.Aku datang pun kau buat tak kisah eh."Terkejut bukan main lagi Harleen mendengar suara tersebut.Kepala dikeluarkan sedikit sehingga matanya dapat menangkap satu batang tubuh.Lelaki.Gadis itu membuka dua langkah.Mahu meletakkan bunga-bunga ini di atas meja.Agak sukar untuk bercakap bila berada di posisi ini.
Tergelak lelaki itu melihat kepayahan dan kesungguhan Harleen meletakkan bunga-bunga tersebut.Dah tahu badan kecil bawak bunga banyak-banyak lagi.Dengan baik hatinya.Tangan kekar itu mencapai bunga-bunga tersebut dan diletakkan di atas meja.Hanya menggunakan satu tangan sahaja sudah dapat menolong gadis ini.Sekarang barulah dia dapat melihat wajah cantik itu.
"Terima kasih"Ucap Harleen.Orang dah tolong haruslah berterima kasih.Segala habuk yang melekat di apron disapu-sapu.
"Kenapa awak datang dekat sini?."Soalnya tanpa sedikit pun memandang wajah kacak itu.Namun bukan jawapan yang dia dapat melainkan satu rengusan.Oh semestinya dari Ku Gibran.
Nak kata Harleen ni nyanyuk padahal masih muda.Kutuk Ku Gibran
"Kan aku dah janji yang aku akan datang dekat sini waktu lunch.And sekarang dah masuk waktu.Jom kita pergi makan."Ajak Ku Gibran bersama senyuman melebar.Berharap Harleen bersetuju dengan ajakannya tapi kalau gadis itu tak setuju pun dia tetap akan memaksa sampai perkataan setuju diucapkan oleh Harleen sendiri.
Terdiam Harleen seketika.Bibir digigit perlahan.Mungkin kerana terlalu banyak berfikir sampaikan ajakan Ku Gibran pagi tadi dilupakan begitu sahaja.Otaknya ligat berfikir cara untuk menolak ajakan lelaki ini.
"Sorry.Saya tak boleh join awak sebab saya dah makan."Nafinya.Hanya alasan itu yang muncul pada waktu-waktu genting begini.Biarpun perkara itu tidak betul belaka asalkan dia dapat mengelak dari Ku Gibran.
"Leen.Kalau kau pergi lunch tolong belikan aku makanan.Kau pun tak makan lagi kan so tolong belikan aku nasi.Aku malas nak keluar"Tiba-tiba suara Betty menyapa dari arah belakang.Hanya Harleen yang terkejut.Ku Gibran?Tidak,kerana dia tahu yang gadis ini belum makan dan sengaja mahu mencari alasan.
Kening kanan Ku Gibran terangkat sedikit.Tangan disilangkan di dada.Mata memandang tepat ke arah wajah gadis itu.Manakala Harleen sudah tidak senang duduk.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...