bab 31

16.5K 753 102
                                    

Berkerut kening menatap screen telefon yang sudah menjadi gelap.Lebih kepada tidak faham sebenarnya.Tiada angin,tiada ribut tiba-tiba Ku Gibran naik hantu.Itu pun nak marah ke?Suaminya ini memang dari kecil makan cili ke?Asyik nak marah aje.Tidak boleh bersabar langsung.

"Siapa yang call tu?Cik abang ke?."Mendengar suara gedik itu buatkan Harleen rasa mahu muntah disini.Kepala diangkat tinggi supaya dapat melihat screen telefon Harleen.Mana tahu kawan baiknya itu sedang membuat video call bersama Ku Gibran,boleh juga dia menyelit sekali.

Kemudian lelaki itu mendekati Harleen.
Melihat pergerakan Betty dengan segera telefon bimbit disimpan kembali ke dalam poket apron.Harleen tersenyum sambil menayangkan wajah tidak bersalah dan Betyy menjuihkan bibir.

"Haah,My husband yang telefon.Kenapa?Kau dengki ke?."Soal Harleen.Kedengaran angkuh sekali nada suara.Fikir Betty,Harleen sangat gembira selepas berkahwin namun di sebalik itu tiada siapa yang tahu.

Sengaja dia berkata seperti itu kerana mahu menyembunyikan wajah sayu.Tentang cara dan layanan Ku Gibran terhadap dirinya langsung tidak diceritakan kepada Betty.Tidak perlu menghebohkan soal itu kerana tanpa sedar itu adalah menceritakan segala di sebalik tabir perkahwinan bahagia mereka.

Baginya biarlah perkara itu menjadi rahsia antara dia dan Ku Gibran.

"Eleh,untunglah orang dah kahwin.Ada jugak orang call tanya khabar.Tak macam aku,dari dulu sampai sekarang.Takda perempuan yang nak dekat aku."

Nada suara Betty bertukar menjadi sayu walaupun dirinya seperti ini tetapi nafsu seorang lelaki terhadap perempuan masih berada elok di dalam diri cuma tidaklah rasa mahu jatuh cinta kepada Harleen.Gadis itu sudah dianggap sebagai adik sendiri.

Tidak tahu mahu menjawab apa sudahnya hanya mampu mengaru kepala sahaja.Bukan dia tidak pernah cuba menasihati Betty supaya mengubah cara pemakaian dan cara berjalan lebih kepada lelaki tulen namun jawapan Betty iaitu sukar untuk dia memulakan dari awal kerana dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah dia sudah bergaul bersama kaum wanita.

Cuma bergaul namun tidaklah sampai mempunyai keinginan mengubah jantina.

Dia akui jika lelaki ini berubah pasti akan lebih handsome cuma perwatakan sebenar lelaki itu terselindung di sebalik kelembutan.

"Kalau macam tu berubah lah,tukar gaya dan cara penampilan diri kau.Aku pasti kalau kau berubah pasti ramai perempuan yang akan datang mengorat kau"Sebaik sahaja mendengar nasihat daripada Harleen tiba-tiba ada rasa kurang senang di hati.

Dari pandangan matanya wajah tersenyum Harleen itu seakan-akan sedang mengejek kepada dirinya.Tidak tahulah angin apa datang menyerang dirinya ketika ini.

Nak kata aku lembut lah tu!!

Bersertakan perasaan marah terus dia bangun dan berlalu pergi dari situ.Stor di belakang mendapat tempat tujuannya.

Terpinga-pinga Harleen dibuatnya sebelum melepaskan satu nafas berat.Tidak cukup dengan suaminya,kawan baiknya pula mahu menyakitkan hati.Tidak bolehkah salah seorang daripada mereka tidak menyerabutkan fikirannya.

"Pergilah kau mengajuk,kau ingat setiap masa aku nak habiskan dengan memujuk kau.
Banyak benda lagi boleh aku buat daripada terus memujuk kau.Asyik-asyik aku aje yang perlu menjaga hati orang tapi ada ke orang nak pujuk aku.Sakitkan hati aku adalah!"

Harleen bersuara lantang supaya lelaki di belakang sana dapat mendengar setiap tutur katanya.Panjang lebar dia berkata sekaligus menyindir suaminya biarpun lelaki itu tidak berada disini.

**************************
Jam di dinding dipandang sekilas.Jarum jam menunjukkan sudah pukul 5 petang.Hari ini dia bercadang mahu pulang lebih awal kerana ingin membeli barangan rumah yang sudah habis lebih-lebih malam ini juga mereka akan bertandang ke rumah banglo itu.Memikirkan itu sahaja sudah membuat segala semangat hilang.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now