Siling bilik berwarna putih dipandang tidak berkelip,entah apa yang ada disitu sehingga menarik dapat menarik,Ku Gibran sendiri tidak dapat mencari jawapan.Sudah lama dia berada posisi seperti ini.Badan terbaring di atas katil,kedua belah tangan dibawa ke belakang kepala manakala kaki kanan dinaikkan lalu diletakkan di kaki kiri.Satu keluhan dilepaskan.Bosan!
Berada di dalam bilik isterinya membuatkan dia berasa teramat bosan.Ini semua kerana ayah mertuanya menyuruh supaya tinggal disini.Mahu ditolak tidak sampai hati pula lagi-lagi bila Harleen sendiri datang merayu-rayu.Kata gadis itu kalau tidak boleh bermalam disini takpa asalkan Ku Gibran memberi sedikit masa kepadanya untuk bersama dengan abah.
Melihat isterinya merayu tidak henti-henti buatkan hati lelakinya tersentuh.Tidak banyak cuma sedikit sahaja.Tapi siapa tahu cuma sedikit itulah berjaya melembutkan hati Ku Gibran.
Sudah puas menatap bahagian itu,anak mata berpindah memandang setiap sudut kanan bilik.Dipandang penuh teliti sebelum anak mata terpandang gambar-gambar isterinya yang tergantung.Gaya memandang itu seperti gambar tersebut mempamerkan gambar seorang penjenayah dan lagaknya seperti seorang polis yang akan memberkas penjenayah tersebut.Gadis ini memilih warna biru laut sebagai warna utama ruangan ini.Kelihatan sangat-sangat tenang dan mendamaikan bila dipandang.
Sama seperti dia memandang Harleen..
Setelah itu dia mengalihkan pandangan ke sebelah kiri pula.Isterinya sedang solat.Sangat khusyuk si gadis mengejarkan ibadah wajib itu manakala dia..Bersantai di atas katil.
Melihat tindak tanduk Harleen,hatinya bagai terdetik satu perasaan.Ku Gibran kembali membuang pandangan.Jauh termenung soal hal ini.Solat....
Sudah bertahun-tahun dia meninggalkan atau lebih senang langsung tidak mengejarkan suruhan Allah tersebut.Kali terakhir dia solat semasa berumur 20 itupun dilakukan secara terpaksa.Sekarang dia sudah berumur 25 tahun.Bayangkan sebanyak mana dosa dia kumpul,tidak tambah dosa lain lagi.
Bonda dan ayahanda bahkan adiknya sendiri pun ada menegur cuma Ku Gibran sendiri yang tidak ambil kisah.Setiap kali ayahanda mengajak solat berjemaah seribu alasan akan diberi walhal di luar sana berseronok dengan perempuan dan minuman keras.
"Awak jom makan."Tersentak Ku Gibran dari terus mengelamun tatkala mendengar suara halus isterinya.Harleen sudah selesai solat dan sekarang sedang melipat telekung untuk disidaikan di palang besi.Oleh kerana Harleen mengikat rambut menjadi seperti ekor kuda membuatkan rambut itu beralun-alun ke tepi.Kelopak mata dipejam rapat.Menahan diri daripada terus tergoda.
Sedikit pun dia tidak dapat menahan diri dari terus memandang gadis itu.
Gadis itu terlalu cantik dari yang lain..
"Kemas semua barang-barang kau.Lepas makan aku nak balik dekat rumah aku.Kita tinggal dekat sana terus"Langkah yang baru diusung terhenti mendadak.Tubuh mengeras sebelum perlahan-lahan dipusing menghadap Ku Gibran.Kening berkerut-kerut..
"Saya tinggal dekat rumah awak ke?."Hilang terus rasa tergoda sebaliknya perasaan lain pula yang datang.Bengang!!..
Harleen betul-betul gadis lembap.Rasanya arahan dijatuhkan sangat ringkas dan mudah untuk difahami tapi kenapa gadis ini perlu bertanya lagi.Dari berbaring kini berdiri pula.Mendekati isterinya.
Melihat keadaan semakin tegang,Harleen mengundur ke belakang.Satu tapak Ku Gibran mara,dua tapak Harleen melangkah sehinggakan tubuh terlanggar dinding.
Apa yang membuatkan nafas berasa sesak ialah apabila kedua belah tangan suaminya naik mengepung tubuhnya.Ku Gibran mendekatkan jarak mereka berdua.Kepala direndahkan sebelum mencium setiap helaian halus rambut Harleen.Dari atas sampai ke bawah..
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...