Kereta diparking betul-betul di hadapan sebuah restoran.Kemudian belitan seatbelt yang melingkari tubuhnya dilepaskan.Selepas itu dia menoleh tepi.seat sebelah,tempat yang diduduki oleh Ku Ayana.Dari banglo hendak kesini hanya memakan masa beberapa minit sahaja.
"Yana lapar,yana nak makan nasi goreng."Adu Ku Ayana dengan suara yang manja.Lengan Ku Gibran dipeluk dengan erat sambil mengeselkan wajah disitu.
"Yana lapar ye?Jom kita pergi makan."Tubuh kecil itu diangkat lalu didukung.Mereka berdua melangkah keluar dari perut kereta.Leher Ku Gibran dipeluk kemas oleh Ku Ayana. Sebenarnya anak saudaranya boleh berjalan sendiri tapi dia lebih suka mendukung.Lebih manja.
Semasa pintu kereta sudah ditutup kemas dan dikunci.Seketika dahinya berkerut pabila melihat sebuah kereta yang berada di sebelahnya.Kereta Axia yang berwarna putih.Oleh kerana disitu tiada lampu jalan jadi penglihatan matanya terhalang sehingga tidak boleh melihat nombor plat kereta tersebut.
Macam kereta perempuan tu.Desisnya di dalam hati
"Paklong cepat lah,yana lapar ni."Suara Ku Ayana menyapa di hawa telinga sekaligus menamatkan lamunan Ku Gibran mencari pemilik kereta ini.Dia memandang wajah cemberut Ku Ayana.Senyuman manis terukir.
"Ye..ye sekejap."Tanpa berlengah lagi.Kaki panjangnya mula melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.Sebaik sahaja berdiri di pintu masuk.Satu keluhan dilepaskan.Ini yang dia tak suka datang kesini.Terlalu ramai orang.Sebelum ini selalu sahaja dia makan di restoran ini dan Ku Gibran memang tidak dapat menafikan yang restoran ini selalu dipenuhi dengan orang ramai.Mungkin kerana makanan disini terlalu sedap hingga menjadi tarikan orang ramai.
"Kita makan dekat lain ye,dekat sini ramai lah."Pujuk Ku Gibran lembut.Haraplah Ku Ayana menerima cadangannya.Namun hampa.
"Taknak!yana nak makan dekat sini."Tak semena-mena Ku Ayana meronta-ronta meminta untuk turun.Agak sukar untuk Ku Gibran mengawal kerana rontaan Ku Ayana semakin lama semakin kuat.
"Sini ramai lah sayang,tak ada tempat kosong untuk kita duduk"Pujuk Ku Gibran lagi tetapi Ku Ayana tetap meronta-ronta sehingga dia terpaksa menurunkan budak itu.Nasib dari awal budak itu memakai selipar.
Sebaik sahaja dia menurukan Ku Ayana.Budak perempuan itu terus berlari dan menuju ke arah satu meja yang diduduki oleh seorang perempuan.Membulat mata lelaki ini.Terkejut dengan tindakan drastik Ku Ayana.Belum pernah Ku Ayana membuat perangai seperti ini.
"Yana!."Terkocoh-kocoh Ku Gibran berlari mendekati ke arah anak saudaranya.Suka hati je budak tu duduk dengan orang yang tak kenal.
"Paklong,sini ada kosong"Tangan kecil itu sibuk melambai sambil menyeru Ku Gibran supaya datang kesini.Pak long cakap tak ada tempat kosong padahal ade je dekat sini.Dengan akak cantik.
"Akak,yana dan paklong nak duduk dekat sini boleh?."Soal Yana kepada seorang gadis bertudung sarung.Mata digerdipkan berkali-kali.Biasa kalau dia buat aksi ini pasti papa atau mamanya akan cair.
"Boleh sayang,duduk lah."Kata perempuan itu dengan lembut.Entah kenapa dia boleh bersetuju untuk membenarkan budak ini dan bapa saudaranya duduk semeja dengannya.Mungkin kerana budak ini terlalu comel walhal dia sudah tahu yang nanti akan ada seorang lelaki menyertai mereka juga.
Belum sempat Ku Ayana mengambil tempat di sebelah gadis itu.Ada satu suara sudah menghalang tindakan budak itu.
"Yana,jangan kacau akak tu.Jom kita balik."Terkedu Harleen mendengar suara itu.Air liur tersekat di celah kerongkang.Tangan digenggam erat.Sumpah dia tidak berani untuk berpusing ke belakang.Mendengar suara garau itu sahaja dia sudah tahu gerangan tersebut.Tidak cukup bergaduh di tempat kerja.Takkan dekat sini pun nak gaduh!
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...