Entah apa,diberitahu Ku Gibran hinggakan
tiba-tiba,Ku Fatimah menghubunginya.Pada awalnya,Harleen agak terkejut sebelum tahu tujuan Ku Fatimah menghubunginya.Wanita itu sekadar menjemputnya datang ke rumah mereka.Dan Harleen juga,tidak menolak atau memberi sebarang alasan.Memandangkan,statusnya masih isteri sekaligus ahli kepada keluarga itu.Jadi mustahil,untuk dia menolak pelawaan ibu mentuanya.Lagi pula,sampai dia harus sembunyikan diri lagi.
Sepertimana diberitahu,kini Harleen sudah berada di luar kediaman keluarga Ku Gibran.
Sengaja dia datang awal walaupun ibu mentuanya menyuruh datang selepas
maghrib.Kereta ditempatkan di garaj.
Bersebelahan dengan kereta adik iparnya.Pasti keluarga itu bermalam disini.Bila perihal Ku Gazwa terlintas,satu senyuman terukir di wajah.Selepas dia memutuskan hubungan dengan Ku Gibran.Siapa sangka,
Ku Gazwa dan isterinya sentiasa mengambil berat tentang Harleen dan kandungan berusia 5 bulan ini.Malahan,Ku Sarah juga pernah memberi beberapa helai pakaian bayi.Seketika kemudian,kedengaran satu keluhan meniti di bibir tersebut.Pintu gah yang di hadapan direnung lama.Ketahuilah perasaan Harleen ketika ini sangat bercelaru.Terasa berat kaki ingin melangkah sementelah kisah silam memujah fikiran.Bagaimana jika wanita itu berubah seperti dahulu dan dia pula dilayan teruk.
Menjadi menantu yang tidak diterima bahkan lebih teruk,bila dihalau.Menyedari itu,kepala
digeleng berkali-kali.Untuk selamat,Harleen putuskan untuk pulang sahaja.Akan tetapi...
Baru separuh badan dipusingkan.Kedengaran satu suara halus sedang menyeru.
Harleen bungkam.
"Mama Long!"Kalau bukan kerana pertolongan seseorang,pasti Harleen sudah tersembam jatuh.Gara-gara tindakan Ku Ayana yang tiba-tiba datang memeluk kakinya buatkan Harleen hilang imbangan.
"Yana!Kenapa buat perangai macam tu?Kalau Mama Long,jatuh macam mana?Nasib baik Pak Long sempat sambut.Kalau tidak,tak tahu apa yang terjadi."Keras bicara Ku Gibran.Dahi berkerut menahan geram.
Gara-gara terkejut,dia yang sebelum ini
tidak pernah tinggikan suara kepada
Ku Ayana,terpaksa lakukan itu.Hampir putus nafas tika melihat isterinya yang tersungkur jatuh.Dengan kecekapan,
lelaki itu pantas bertindak sebelum terjadi perkara tidak diingini."Sorry...."Bila sudah dimarah,tidak kata dapat dibalas melainkan meminta minta.Ku Gibran bukan sekadar marah tetapi turut meningking sama.Bibir tercebik-cebik menahan tangis.
Melihatkan itu,hati Harleen melahirkan rasa simpati.Jatuh kesian melihat budak sekecil itu dimarahi sedemikian rupa.Ku Gibran tidak patut gunakan nada seperti tadi bila hendak menegur anak kecil Ku Ayana.Tidak peduli riak wajah lelaki itu,pandangan langsung jatuh ke bawah.
"Takpe,Mama Long tak marah.Lagipun,Yana tak sengaja.Kan?Mana mungkin,Yana sanggup sakitkan Mama Long sebab Yana sayangkan Mama Long.Betul tak?"Kepala anak kecil itu diusap lembut.
"Haah..Yana sayang sangat.Tapi betul ke Mama Long tak marahkan,Yana?"
"Iye,sayang."Harleen sekadar mampu mencuit hidung.Untuk dukung seperti sebelum ini,dia sudah tidak larat.Dalam keadaan seperti ini,segala tindakan dibuat agak terbatas malah mampu bertahan selama beberapa minit sahajaz
Peka dengan reaksi isteri,Ku Gibran
bertindak mengurut badan Harleen.Dia tahu Harleen sedang menahan sakit.Bahkan,ini juga bukan perkara lazim baginya.Ku Gibran tahu apa patut dibuat walaupun,baru semalam mereka berkesempatan tinggal bersama.Dari bawah naik ke atas bahu.Agak-agak,
urutan diberikan terlampau selesa sampai terdiam Harleen dibuatnya."Selesa tak?"Harleen berpaling ke belakang.
Tidak menjawab sebaliknya sekadar senyum.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...