bab 9

16.5K 789 25
                                    

Harleen mengatur langkah dengan semangat yang membara-bara.Orang yang lalu lalang di sudut koridor tersebut disapa ramah oleh gadis ini.Semua penyewa disini sudah cukup kenal dengan sikap Harleen.Baik dan tidak sombong.Jika mempunyai waktu terluang.Gadis ini akan singgah di mana-mana yang berdekatan.Kadang-kadang mereka akan berkumpul dan berbual.Dia langsung tidak kisah sama ada orang itu tua atau muda.Semua sama sahaja.

"Goodmorning Leen."Ucap Betty dengan suara yang saja dibuat lembut.Dia baru sahaja keluar dari stor belakang.Mengeluarkan segala jenis bunga yang rosak untuk dibuang.Jika ada bunga sudah rosak atau dimakan dengan serangga memang mereka akan buang.Mahu jual pun tiada orang yang sudi membeli.

"Goodmorning too."Anak mata Harleen bergerak ke atas,ke bawah.Melihat cara pemakaian lelaki ini.Pelik sungguh,baju hijau,seluar biru.Ditambah pula satu cermin mata hitam terletak elok di wajah itu.Saiz terlampau besar.

"Kau dah kenapa pakai cermin mata dalam kedai ni?.Macam orang tak betul"Komen Harleen sambil meletakkan handbag di atas meja kuanter.Kemudian dia bergerak ke suatu sudut.Apron dicapai lalu disarungkan.Dia dapat dengara satu rengusan yang terbit dari bibir Betty.

Wajah masam mencuka.Tangan disilangkan di dada.Ini yang dia tak suka ni!Suka betul Harleen memberi komen tentang pakaian harian dia.Padahal bagi dia pakaian ini nampak cantik.Warna-warni.

"Suka hati aku lah,yang kau nak dengki kenapa?.Aku mengaku yang aku lebih mahir dalam bidang fashion.So hari ini aku memilih tema pelangi.Kita kan berkerja di kedai bunga jadi penampilan haruslah sentiasa dijaga.Bukan customer je yang nak tengok kita.Bunga-bunga yang ada dalam kedai ni pun tengok kita tau.So kita kena lah bagi aura positif kepada diorang."Panjang lebar Betty menerangkan tentang spekulasi yang direka sendiri.Cahaya matahari sahaja tidak cukup untuk bunga-bunga ini.Jadi dia mengambil
keputusan untuk menambahkan lagi satu aura ceria iaitu dirinya.

"Tapi kau je yang tak pandang niat baik aku.Asyik cari salah aku je"Sambungnya lagi.Sekuntum bunga matahari diletakkan di dalam pasu.Agak kasar.Protes.

"Aku tanya je kan.Yang kau nak marah aku pulak kenapa?Period ke?"Nada Harleen berubah menjadi meninggi namun tidak marah.Biasalah bergurau kawan-kawan.Betty memberikan satu jelingan tajam kepada Harleen.

"Eii..bencilah."Kaki dihentakkan berkali-kali.Kerusi ditolak ke belakang.Dia bangun sebelum memusingkan badan ke belakang.Dia mahu duduk di stor belakang.Lagi tenang dari menghadap muka Harleen.

BUK.

Inilah akibat apabila memakai cermin mata hitam di dalam kedai.Disaat tubuh mula dipusingkan.Tanpa sedar,di belakangnya mempunyai satu dinding kosong dan secara tidak sengaja Betty menempuh dinding tersebut.Terbongkang lelaki itu terjatuh di atas lantai.Percaya atau tidak walaupun sudah terlanggar dengan dinding.Cermin mata hitam
itu langsung tidak patah malahan kedudukan langsung tidak teralih.

"Aduh sakitnya."Lelaki itu mengaduh kesakitan sambil mengosok dahi yang sudah nampak benjol.Segala carutan terlepas dari bibir lelaki itu.Baru sahaja dia mahu mulakan hari dengan positif tapi nampaknya aura negatif yang terlebih dahulu datang menyerang.

Dalam kesibukan Betty mengaduh kesakitan ada seorang gadis sedang menahan daripada ketawa.Bukannya dia tidak lihat kejadian tersebut.Mahu sekali dia melepaskan ketawa yang dari tadi ditahan namun oleh kerana mahu menjaga hati kawan baiknya itu.Niat itu dibatalkan sahaja.Susah pulak jika lelaki ini merajuk.Biasalah jika seseorang lelaki itu perwatakan agak lembut.Mereka akan lebih sensitif dari perempuan yang sebenar.Kalau merajuk memang susah nak pujuk.

Kring...Kring.Kedengaran bunyi loceng yang terhasil di pintu masuk.Itu menandakan ada orang  melangkah masuk.Jika sesiapa membuka pintu masuk.Akan ada bunyi yang  terhasil.Itu dilakukan kerana mahu mengelak daripada terjadi perkara yang tidak diingini.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now