bab 27

15.6K 712 63
                                    

Selesai menyelesaikan kerja terakhir iaitu mengosok tudung.Harleen membawa tudung tersebut ke katil.Didamparkan di atas tilam sebelum menuju meja solek.Rambut panjang disanggul sebelum menyarungkan anak tudung berwarna hitam.Tudung bawal yang didamparkan sebentar tadi dicapai kembali.

Mengayakan bentuk tudung yang tidak berlebihan tapi dapat menarik minat.

Agak lama sosok tubuh tersebut berdiri di hadapan cermin.Membetulkan awning tudung supaya tidak kelihatan terlalu selekeh.Lebihan tudung dibawa ke depan.Menutup yang mana perlu ditutup.

Setelah 5 hari bercuti kerana ingin menyelesaikan masalah akhirnya dia kembali semula ke kerja.Sebelum ini dia sudah memberitahu kepada kawan baiknya bahawa dia terpaksa mengambil cuti mengejut namun baru sahaja semalam Betty menelefonnya membawa berita bahawa stok bunga sudah habis.

Di kedai tersebut tugas memesan bunga dan mengambil stok diberikan kepada Harleen.

Lelaki itu juga ada bertanya tentang kenapa dia mengambil cuti mengejut namun Harleen hanya menjawab bahawa dia mempunyai masalah keluarga.Mujurlah Betty tidak bertanya lebih jika tidak ligat otak berkerja mencari buah fikiran.

Setelah berpuas hati akan penampilan diri tas beg dicapai,semua barangan penting dimasukkan ke dalam itu.Harleen melangkah keluar,mengatur langkah menuju ke arah bilik suaminya.

Jika orang berfikir Harleen akan bermasam muka selepas perbuataan Ku Gibran kepadanya itu semua silap.Harleen seorang gadis yang mempunyai hati sesuci kain bersih.Langsung tidak menanam rasa benci atau marah terhadap suami sendiri.

Berdiri di hadapan muka pintu buatkan nafas tersangkut di tengah.Ditarik lalu dihembus perlahan.Tangan dibawa ke depan muka pintu.

TOK..TOK..TOK

"Awak....Awak dah bangun ke belum?."Soalnya perlahan.Sangat perlahan hampir diri sendiri juga tidak dapat mendengar.Meskipun masih berlagak berani namun perasaan takut mengusai diri.Dia bertindak tidak membuka pintu sesuka hati tanpa belum mendengar sahutan dari dalam.

"Awak?."Pintu bilik diketuk kembali.Sudah beberapa kali perbuataan itu diulangi tetapi masih lagi tiada respon.

Akhirnya satu keputusan gila diambil.Tombol pintu dipulas perlahan.Tiada niat mahu mengganggu tidur lelaki itu melainkan mahu mengejutkan Ku Gibran.

Kelihatan katil bersaiz king iaitu tempat beradu lelaki itu sudah kosong.Masih berselerak tapi tuan empunya badan tidak kelihatan.Leher dipanjangkan mencari kelibat suaminya.Memandangkan ini adalah bilik utama jadi ruangan agak besar.Menyukarkan lagi misi mencari.

Tiada.

Kembali menoleh melihat katil yang dibaluti menggunakan cadar berwarna hitam.Tidak tahan melihat keadaan katil yang begitu berselerak buatkan Harleen mengorak langkah.

Dia bukanlah salah seorang pesakit OCD tapi sebagai seorang gadis dan juga bergelar sebagai isteri mana mungkin dia akan membiarkan keadaan katil seperti itu.Ada satu kata-kata yang selalu tersemat di fikirannya hingga kini.

Muka tak cantik takpa asalkan kemas dan bersih.

"Kau buat apa masuk bilik aku?."Dia yang tadi ralit mengemas katil terhenti sekejap.

Mendengar suara kasar tersebut dia menjangka kedudukan lelaki itu berada di belakangnya.Mengakhiri pekerjaan dengan meletakkan bantal peluk di tengah katil sebelum memusingkan badan.Pandangan diangkat melihat wajah suaminya.

Tetapi itu semua hanya sebentar sebelum kembali menundukkan pandangan.Air liur ditelan kesat.Hampir melompat keluar jantung melihat pemandangan indah di pagi hari.Ku Gibran hanya memakai tuala yang dililitkan di pinggang.Dada bidang lelaki itu terdedah sama juga dengan perut berkotak.Dibiarkan terdedah disapa angin.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now