Kereta yang dipandu Ku Gibran berhenti di depan halaman rumah Harleen.Lirikan mata diberikan.Seakan-akan faham lirikan tersebut kepala ditinggikan sedikit.Mencari bayangan abah.Kebiasannya waktu-waktu seperti sekarang pasti abah berada di luar rumah.Sama ada menyiram pokok ataupun membersihkan halaman depan.
Memang itu aktiviti seharian abah.Suka menanam pokok dan menghias halaman rumah dan kerana itulah halaman rumahnya nampak lebih berseri.Kadang-kadang jika mempunyai masa lapang dia juga ada menolomg abah.Cuma untuk hari ini kelibat abah tidak kelihatan.
Mungkin ada dalam rumah..Kata Harleen sekadar di hati.
"Buruknya rumah kau,dahlah kecil.Macam mana kau boleh hidup dalam rumah macam ni?."Komen Ku Gibran.Bebola mata bergerak memerhati setiap sudut rumah milik keluarga isterinya.Meskipun dari luar kelihatan sangat kemas dan cantik namun baginya itu kelihatan sangat hina.Salah satu sebab ialah kerana rumah perumahan ini tidak sebanding dengan rumah banglo keluarganya atau kondo
miliknya."Allhamdulillah,dah 25 tahun saya membesar dalam rumah ini.Selamat dan masih tetap dapat bernafas hingga ke hari ini.Walaupun rumah ini kecil tetapi tetap memberi cukup keselesaan kepada saya.Tak guna rumah besar tapi hidup tak tenang."Bidas Harleen sebelum melangkah keluar.Hati bagaikan berkecai seperti serpihan kaca kecil apabila Ku Gibran tidak henti-henti menghina keluarga dan dirinya.
Kenapa lelaki itu suka memandang rendah kepadanya?Apa dia ingat orang miskin seperti Harleen senang untuk dia memijak dan dihina.
Tidak sangka setiap kata isterinya berjaya meninggalkan bekas di hati.Streng kereta dihentak kasar.Seluruh badan terasa sangat panas tatkala isterinya berani membalas setiap tutur katanya.Setelah itu pintu kereta dibuka dan dia juga turut membolos keluar.Pintu dihempas sedikit kuat..
Dari ekoran mata Harleen sudah dapat menangkap setiap pergerakan tubuh suaminya.Perlahan-lahan lelaki itu mendekati ke arahnya.Tidak mahu mengambil peduli soal lelaki itu,Harleen mengerakkan tangan membuka pintu pagar.Tidak berkunci dan memudahkan lagi kerjanya apatah lagi sekarang memang dia tidak membawa apa-apa.
Pintu pagar rumahnya bukanlah seperti pintu pagar rumah Ku Gibran.Kalau nak buka pagar tekan aje remote control.Kalau Harleen manual.
"Jomlah awak."Ku Gibran mengekori langkah isterinya dari belakang.Bebola mata kembali bergerak.Halaman rumah sangat kecil.Boleh menempatkan sebuah kereta sahaja.Di sudut hujung mempunyai satu taman mini.Banyak pokok-pokok yang tergantung dan ada juga separuh darinya diletakkan di atas papan kayu.Setelah itu bibir tersenyum mengejek melihat sebuah basikal kecil.Rasanya basikal itu sesuai digunakan oleh budak-budak berumur 4-5 tahun.Nampak macam sudah lama dibiarkan..
Pasti itu milik isterinya..Ku Gibran membayangkan sosok tubuh Harleen menaiki basikal tersebut sambil hingus meneleh-neleh...Eiiii..
Dari kecil memang dah comot
Kemudian mereka berdua berhenti di hadapan pintu.Pintu rumah yang masih terkatup rapat itu membuatkan gadis ini semakin risau.Nafas dihela berat.Setiap fikiran negatif cuba diusir jauh-jauh.
"Assalamualaikum abah."Salam diberikan seraya sambil membuka pintu.Melangkah masuk bersama suaminya.
Hampa...
Sosok tubuh lelaki berusia itu juga tiada di ruang tamu ini.Gadis ini berpaling ke belakang.Ku Gibran menayangkan riak wajah mendatar dan sombong.Terbatal terus niat Harleen mahu mengajak suaminya mencari abah selepas melihat riak wajah lelaki itu.
"Waalaikumussalam,ye Leen..Abah ada dekat belakang ni.Tunggu sekejap."Selang beberapa minit kemudian kedengaran suara abah dari bahagian dapur.Akur dengan arahan yang dijatuhkan,mereka berdua sama-sama melabuhkan duduk di sofa.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...