bab 36

17.5K 884 159
                                    

PANG

Sebaik tiba di kondo tubuh halus Harleen diheret kasar dan tanpa diduga wajah cantik itu ditampar kuat.Gadis yang masih keliru itu terjelopok jatuh di hujung kaki suaminya.
Meskipun sudah memahami keadaan isterinya yang masih tidak bersedia dan sedang menahan sakit,Ku Gibran terus datang menerpa.

Ditarik kasar supaya gadis itu bangun menghadapnya.Entah angin apa yang datang menyerang,tiba-tiba sahaja Ku Gibran naik hantu.Mungkin kerana kejadian di rumah keluarganya.Disebabkan Harleen makan malam mereka sekeluarga porok-peranda.

Masa bersama adik dan ayahanda tidak dapat dihabiskan sebaik mungkin kerana gara-gara Harleen.Sudahlah sekarang masa terlalu singkat baginya.Hendak berjumpa dengan mereka sahaja perlu melihat jadual kerja terlebih dahulu.

Maklumlah jika mempunyai waktu lapang dia lebih suka menghabiskan masa di pejabat.Menghadap kertas kerja lagi bagu dari pulang ke rumah.

"Kau memang susahkan aku kan?!Kau dah tahu bonda tak suka kau tapi kau tetap mengedik nak tolong dia!.Sekarang tengok apa yang dah jadi,bonda naik angin.Aku pulak tak dapat habiskan masa dengan keluarga hanya disebabkan kau.Dari dulu sampai sekarang kau memang suka menyusahkan aku."Tinggi nada suara lelaki itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikap isterinya.Gaya cengkaman di lengan isterinya seperti seperti mahu merobek isi lengan tersebut.

Kedua bebola mata terbuka luas..Gigi terkacip kuat.Jika dunia ini mempunyai magic pasti sudah dapat melihat kepulan asap keluar dari lubang telinga.Ketika itu jugalah bibir si gadis tidak henti-henti merintih kesakitan.Berkerut dahi menahan sakit.

"Awak..lepas..sakit."Sudah puas dia berusaha meleraikan pegangan tersebut namun masih sama..

Gagal.

Kaki kecil itu cuba menendang betis suaminya bagi melumpuhkan kekuatan Ku Gibran tapi apa yang diperoleh hanyalah ketawa mengejek.Untuk kali ini dengan menggunakan sisi kekuatan masih ada,dada bidang Ku Gibran ditolak kasar sekaligus meleraikan kedudukan mereka.

"Berani kau kan!."Ku Gibran sendiri terkejut dengan kekuatan isterinya.Kuat sangat sehingga terundur dia setapak.

Diabaikan jerkahan tersebut,jika Ku Gibran menganggap lelaki itu sahaja yang mempunyai baran dia silap.Harleen juga ada baran sendiri.

Setelah sekian lama bertahan nampaknya dia perlu memberanikan diri mempertahankan haknya.Tidak Ku Fatimah ataupun Ku Gibran kedua mereka sama sahaja.

Tidak puas menyeksa dan tidak puas menuduh dirinya.Rambut sedikit serabai diraup bagi menjelaskan pandangan maat.Entah bila tudungnya tercabut Harleen sendiri pun tidak sedar.

"Masalahnya itu semua bukan salah saya!Hakikat sebenar bonda yang datang tolak bahu saya lepastu senang-senang pulak dia menuduh saya.Kesalahan sendiri disorokkan. Berapa kali saya nak cakap bonda yang salah bukan saya!"Suara Harleen juga tidak kalah seperti suara suaminya.

Kuat jeritan Harleen sehingga urat leher menegang.Dia memberanikan diri melawan panahan tajam Ku Gibran.Setapak lelaki itu datang mendekat dia tetap tidak berundur sehinggakan Ku Gibran sudah berdiri tegak dihadapan.

Jarak di antara mereka hanya tinggal beberapa inci sahaja.

"So kau nak cakap itu semua salah bonda bukan salah kau?"

"Dah memang itu salah dia!"

Harleen musykil,kenapa lelaki ini sukar untuk mempercayai dirinya walhal sudah terang lagi bersuluh memang dari awal Ku Fatimah tidak menyukai dirinya.Ku Gibran ialah seorang lelaki jadi dia boleh berfikir sejauh mana rancangan Ku Fatimah untuk menjatuhkan Harleen tapi tetap suaminya membutakan mata.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now