bab 5

19.1K 835 4
                                    

Harleen menghempaskan badan di atas katil,balik sahaja dari kerja terus dia masuk ke dalam bilik dan mandi.Walaupun hari ini kedai tidak sibuk seperti biasa tapi penat itu masih dirasa.Mana tidak penat kalau semua benda dia buat seorang diri.Ditambah pula stok yang baru sampai perlu disusun dengan kadar segera.Maklumlah dia tidak suka meninggalkan kerja yang tidak sudah.Nanti keesokan hari akan menjadi kalut.Hura-hara jadinya.

Sekarang bukan itu yang dia fikirkan tapi serabut dengan ugutan Ku Gibran tadi.Fikir nak ambil stok baru pun tak stress macam ini!

"Arhhh,serabutnya!"Jerit Harleen.Kaki dilayankan di udara.Kononnya sedang menyepak wajah lelaki itu.

Tok..Tok..Tokk,pintu biliknya diketuk.Terus gadis itu bangun dari pembaringan.Rambut yang sedikit serabai sempat dikemas.Pintu bilik dibuka.Terpampang wajah Encik Ahmad.

"Kenapa abah?."Soal Harleen lembut.Dia mempelawa abah masuk ke dalam bilik.Senang untuk berbual lebih panjang tapi Encik Ahmad menolak dengan lembut.

"Abah datang sebab terdengar adik menjerit.Kenapa adik ada masalah ke?."Soalan dijawab dengan soalan.

Ha sudah!

Kepala yang tidak gatal digaru.Tidak sangka pula jeritannya tadi boleh terdengar sampai keluar."Hehehehe,mana ada adik menjerit,abah salah dengar kot"

Kali ini Encik Ahmad pula yang mengaru kepala,takkan dia salah dengar.Nak kata dia pekak,tak pekak lagi

"Mungkin anak jiran sebelah kot yang menjerit tadi."Tambah Harleen lagi.Sebolehnya dia tidak mahu Abah mengetahui masalah yang dihadapi.Harleen tidak mahu abah bimbang akan keadaan dirinya.Maklumlah anak bongsu,perempuan pula tu.Kalau dulu Encik Ahmad berkeras tidak mahu Harleen berkerja tapi biasalah Harleen memang keras kepala.Tetap memujuk abah untuk memberi izin kepada dirinya.Berkali-kali dia menyakinkan lelaki ini dengan mengatakan tiada perkara yang akan berlaku diluar sana.

"Hm yelah.Ini abah nak tanya.,Leen dah nak tidur ke?."

Harleen mengelengkan kepala"Tak lagi,kenapa?."

"Abah nak mintak tolong Leen ambil ubat untuk abah boleh?Ubat yang abang kamu bagi bulan lepas dah habis"Pinta Encik Ahmad.Dari dulu lagi dia menghadapi penyakit jantung dan sentiasa perlu membekalkan ubat.Baru sahaja petang tadi dia mendapat panggilan dari anak sulungnya.Lelaki itu mengatakan yang dia sudah menghantar semua ubat untuk dirinya ke sebuah farmasi di bandar.Jadi Harleen hanya perlu ambil sahaja ubat itu.Lelaki itu bimbang jika adiknya terpaksa memandu kereta pada waktu malam hanya untuk mengambil ubat di hospital.Farmasi itu milik salah seorang kawannya jadi senang untuk meminta tolong.

"Boleh,kejap Leen pergi bersiap."Pintu bilik dikatup semula.Lantas dia mencapai tudung sarung yang sudah tergantung di belakang pintu.Malam ini dia hanya memakai hoodie dan seluar trek.Simple sahaja

"Nah duit."Encik Ahmad menghulurkan duit yang bernilai Rm 100 kepada anak daranya.Walaupun ubat itu sudah dibayar oleh anak sulungnya tapi Encik Ahmad masih memberi Harleen duit.Mana tahu jika Harleen mahu membeli makanan diluar sana.

"Tak payah abah,Leen ada duit sendiri."Ujar gadis itu dengan senyuman.Kemudian kunci kereta dicapai dan melangkah keluar.

"Hati-hati bawak kereta Leen."Pesan Encik Ahmad.

"Yelah abah,kalau abah mengantuk abah pergilah tidur dulu jangan tunggu Leen."Bukannya dia tidak tahu yang Abah suka menunggu kepulangan anak-anak.Kadang-kadang sampai tak tidur.Kata lelaki itu tidurnya tidak akan lena jika belum melihat wajah anak-anaknya.

"Yelah."Tidak lama kemudian dia hanya melihat bayangan kereta Axia sudah menghilang dari garaj rumahnya.Pintu rumah ditutup dan dikunci rapat.Nasib Harleen sudah membawa kunci pendua.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now