Pejam celik,pejam celik sudah beberapa minggu berlalu dengan sangat pantas.Tanpa disedari hubungan Ku Gibran dan Harleen juga lenyap begitu sahaja,tiada pesanan mahupun panggilan di antara mereka berdua.Kali terakhir pertemuan mereka ialah pada beberapa minggu yang lepas,iaitu di mana hari Harleen menerima ajakan Ku Gibran berjogging bersama.
Selepas menghantar Harleen pulang ke rumah,Ku Gibran langsung tidak mengganggunya lagi.Kalau sebelum ini pasti setiap malam dia akan menerima panggilan daripada lelaki itu.Apabila Harleen bertanya sebab kenapa call,lelaki itu akan menjawab rindu.Dan Harleen hanya sekadar melayan sahaja.Sudah tahu Ku Gibran seorang lelaki yang mulut manis.Apa yang dikatakan oleh Ku Gibran,dia mengeyakan sahaja sehingga panggilan tersebut tamat.
Spontan satu keluhan dilepaskan.Kepala ditundukkan.Perasaan sayu menatang di hati.
Rindu?
Perkataan itu sesuai ke jika digunakan dalam situasi Harleen sekarang?Baru je semalam dia ada membaca satu artikel di google.Artikel itu mengatakan jika seseorang tidak kira perempuan atau lelaki berada di dalam bilik ataupun di mana-mana tempat sunyi dan berseorangan.Pasti akan hadir satu perasaan.Perasaan yang mampu membuatkan kita tidak senang duduk,sesetengah orang akan berasa sedih,sendu,rasa nak menangis.Dan salah satu sebab kerana mereka sedang merindui seseorang.
Bibir mengherot ke tepi.Entah betul atau tidak dia pun tidak tahu.Kadang-kadang artikel seperti itu rekaan sahaja.
"Woi!!."Harleen yang ketika itu sedang mengelamun tersentak teruk.Terasa meja kuanter bergegar dek kerana hasil hentakan telapak tangan Betty.Panggung kepala.Mahu melihat wajah lelaki itu.
Bukannya meminta maaf tapi selamba tersengih seperti orang tidak bersalah.
"Kau nak apa?."Soalnya agak kasar.Mata dikecilkan.Kecik besar,kecik besar aje dia tengok kawan baiknya ini.Disebabkan lelaki inilah lamunan tentang Ku Gibran hilang begitu sahaja.
"Alah kau jangan lah marah,lagipun dari tadi aku panggil kau tapi tak menyahut pun.Ralit sangat tengok bunga-bunga ni macam nak terkeluar biji mata aku tengok"Bunga matahari yang berselerak di atas meja dikemaskan terlebih dahulu sebelum melabuhkan duduk berhadapan Harleen.
Namun Harleen hanya diam.Tidak membalas satu perkataan pun.Mana dia sedar akan seruan Betty jikalau terlalu fokus memikirkan keberadaan Ku Gibran sekarang.Entahlah dia pun tidak tahu apa yang sudah terjadi terhadap dirinya sekarang.Fokus sudah hilang,asyik termenung.Tak sampai 5 minit termenung,dia akan menangis.Perasaan bercelaru.
Kemaruk sangat kot.
"Tengok!Sempat pulak kau termenung masa aku tengah membebel eh!"Ucap Betty sekali lagi.Kali ini nada suara menjadi lebih tinggi.Bertujuan menyedarkan Harleen dari terus mengelamun.Terkacip gigi menahan geram.Kalau Harleen ini sama jantina dengannya sudah lama kepala gadis itu disekeh.
"Kau kenapa ada masalah ke nyah?."Tadi marah sekarang prihatin pula.Kelihatan Harleen mengalih pandangan ke arah pintu masuk.Cuma sekejap sebelum wajah Betty dipandang.
"Kau kenalkan Ku Gibran?."Betty mengangguk
"Kau tahukan sejak kebelakangan ini hubungan aku dengan dia semakin rapat.Bukan sebagai kekasih cuma kawan biasa?."Betty mengangguk lagi.Sudah semestinya dia tahu,itupun Harleen memberitahu.Kalau tidak sampai kesudah tidak tahu.
Nafas dihela lemah"Aku tak tahu nak cakap macam mana,tapi yang aku dapat rasakan sekarang.Kami berdua semakin jauh.Kali terakhir kami berjumpa minggu lepas itupun keluar berjogging bersama anak saudara dia.Lepas dia hantar aku balik,kami seakan-akan lost contact.Dia pun hilang macam tu aje."
Dada yang terasa sempit akhirnya menjadi lapang jua.Jika sebelum ini pasti nafas menjadi semput.Entahlah kenapa atau mungkin itu bermaksud dia memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat meluah.Tidak kuat jika mahu menyimpan masalah seorang diri.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...