bab 10

19.5K 744 10
                                    

Tanpa Harleen menyedari.Di bahagian belakang ada seorang lelaki yang tadi menyaksikan pergaduhan antara Harleen dan Ku Gibran.Terkejut juga dia dengan kemunculan lelaki itu.Tapi bila difikirkan balik tentang kejadian yang diceritakan oleh Harleen minggu lepas iaitu tidak sengaja melanggar Ku Gibran.Tidak hairanlah jika buat pertama kali lelaki itu menjejakkan kaki disini.Dalam keadaan sibuk memilih bunga.Dia dikejutkan dengan jeritan Harleen.Terkocoh-kocoh dia berlari.Ingatkan gadis itu kena rompak rupa-rupanya bergaduh mulut dengan Ku Gibran.

Tanpa berlengah lagi.Betty mengorak langkah ke bahagian depan.Ingin menyoal siasat kawan baiknya.

"Amboi..amboi...amboi happynya kau tadi.Marah-marah manja"Dengan gaya seperti model dia mendekati Harleen.Sambil berkata,tangan disilangkan di dada.Kaca mata hitam dilepaskan dan diletakkan di kepala.Berdiri di hadapan Harleen.

Harleen mendecit perlahan.Tidak habis lagi dengan Ku Gibran.Datang pula lelaki ini.Ini datang mesti nak korek rahsia.Kepala didongak sekejap.

"Salah ke kalau aku nak happy.Nak marah,nak suka.Tak susahkan hidup kau pun."

Betty membuat muka menyampah"Salah tu memang tak salah tapi yang salah tu bila kau bergembira dengan crush aku.Eii sakitnya hati aku."Sekuntum bunga matahari yang sudah rosak dicapai dan dilemparkan tepat terkena wajah Harleen tanpa sempat gadis itu mengelak.Jika orang lain melihat keadaan dirinya sekarang pasti mereka akan mengatakan yang Betty seorang gedik.Namun bagi lelaki itu kata-kata orang luar langsung tidak menjejaskan imej dirinya.Dia bukannya ubah jantina cuma sikapnya sahaja sedikit lembut.

Tentang meminati Ku Gibran pula.Dia hanya minat cara pemakaian lelaki itu sahaja.Tidak lebih.Sama macam Harleen.Minat cara penampilan Ku Gibran.Kemas dan segak.

Bunga yang terjatuh di lantai dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah"Suka hati aku lah nak happy dengan siapa pun.Aku ada hak tapi kalau dengan lelaki tu.Maaf aku tak berkenang.Dahlah suka marah lepastu ejek orang."

Lelaki tersebut menjeling Harleen sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi yang pernah diduduki oleh Ku Gibran.Suka betul dia.

"Ini aku nak tanya.Macam mana kau boleh kenal buaya darat tu?Ye,aku tahu yang sebelum ni kau pernah terlanggar dia tapi dari gaya yang aku nampak.Koranh macam dah kenal lama.Jarang betul aku tengok ada perempuan berani macam kau."Terhambur gelak apabila mendengar panggilan khas untuk Ku Gibran.

Buaya darat?

Hm,memang sesuai untuk Ku Gibran.Buaya segala buaya.Tanpa berlengah lagi.Terus dia menceritakan tentang kejadian malam semalam.Pertemuan dia dengan Ku Gibran di kedai makan bersama si kecil.Ku Ayana.Bercakap tentang budak itu.Membuatkan perasaan rindu semakin menebal.Lupa pula dia mahu bertanya kepada Ku Gibran tentang khabar Si comel itu.

Tapi kalau dia tanya.Lelaki itu nak jawab ke?Bimbang juga jika Ku Gibran menganggapnya sebagai busy body.

"OMG!!!Sumpah lah kau jumpa macam tu je.Kalau orang lain memang lambat lagi dapat makan semeja dengan dia.Nak bercakap pun dah rasa macam nak terkencing dalam seluar.Ini kau selemba je boleh duduk semeja dengan dia"Meja kayu tersebut diketuk sedikit kuat.Terlalu teruja padahal tuan punya badan santai-santai sahaja.

Biasalah adat berkawan.Jika seorang lelaki datang melamar kawan baik sendiri.Kita pula yang terlebih teruja.Blushing tidak tentu arah.

Dahi berkerut sekejap.Pasu terakhir yang sudah siap dihias diletakkan di meja sebelah.Badan direngangkan untuk menghilangkan segala sengal badan.Apa orang ingat hias bunga ni senang ke?Hm nak patah tulang belakang.

"Kau ni dah kenapa?Gedik semacam je aku tengok.Memang lah bagi kau seronok tapi bagi aku tak!Aku tak suka dengan lelaki tu.Kau tak pernah kena kutuk dengan dia bolehlah cakap.Cuba kau terkena sekali.Silap hari bulan majalah yang ada gambar dia kau bakar"

Mrs Gibran Where stories live. Discover now