bab 30

17.9K 754 113
                                    

KRING...KRING....KRING

Sekali kali fokus Ku Gibran terganggu.Lelaki itu mendecit perlahan,rambut diramas sekuat hati.Fikirnya bunyi tersebut terhasil kerana panggilan daripada bonda jadi dibiarkan tanpa mengangkat.Namun semakin lama dibiarkan semakin kuat berbunyi sehingga naik muak.

Tidak dapat menahan lagi telefon dicapai sebelum itu satu rengusan kasar dilepaskan.
Mulut sudah bersedia mahu membidas  jikalau sekali lagi bonda berani menuduh isterinya.

Tahulah apa yang mahu diperkatakan namun lain pula reaksi diberikan.Dahi berkerut melihat nombor tidak dikenali tertera di screen telefon.Itu bermakna panggilan tersebut bukan daripada kenalan.Belum sempat diangkat kerana mahu bertanya dari mana gerangan itu mendapat nombor telefonya panggilan tersebut sekali lagi ditamatkan lebih awal.

Ku Gibran menjadi tertanya-tanya siapakah gerangan tersebut.Setahunya sebelum-sebelum ini tidak pernah dia memberikan nombor telefon kepada orang luar kecuali ahli keluarganya dan Harleen.

Dia tidak suka menyimpan perkara remeh seperti itu kerana baginya itu semua tidak penting.

Malas untuk mengambil tahu,telefon bimbitnya diletakkan kembali dan menyambung kembali perkerjaan yang tertangguh dek kerana kejadian tadi.

BAM

Pen di tangan terlepas dan terjatuh di lantai itu kerana tersentak apabila pintu pejabat dibuka kasar oleh seseorang,segera Ku Gibran mendongakkan kepala bersertakan raut wajah  bengis.

Mahu melihat gerangan manusia yang begitu kurang ajar.Berani saja memecah masuk ke dalam ruangan pejabatnya tanpa meminta izin.Ada juga rasa geram kepada Linda.Selaku pembantu wanita itu harus tahu apa pantang larangnya dan wanita itu harus memainkan peranan penting.Menghalang orang asing menerjah masuk.

"Maaf Tuan saya dah halang dia untuk masuk dan berjumpa Tuan tapi dia tetap berkeras..
Saya mintak maaf Tuan"Tertunduk separuh badan Linda sambil di bibir tidak henti-henti  meminta maaf.Inilah risiko jika mempunyai boss garang seperti singa kelaparan.Tidak kena sikit pasti dimarahi cukup-cukup.

Kali ini Linda yakin bahawa Ku Gibran akan memarahinya dengan agak teruk sekali.Bukan dia tidak cuba menghalang bekas pekerja sekaligus merangkap sebagai bekas kekasih Ku Gibran namun kudrat Linda tidak dapat melawan kudrat gadis yang mempunyai ketinggian seperti model ini.

Sambil berkata sambil itu dia mencuba menarik lengan Serra dibawa keluar.

"Sakit lah bodoh!."Tengking Serra apabila Linda berani mencengkam lengan sangat kuat.Pantas pegangan tangan dilepaskan kasar.Tajam mata menikam wajah selamba Linda.

Kurang ajar!

"You tengok perempuan ni buat apa dekat I."
Adu Serra gedik.Langkah diatur mendekati bekas kekasihnya yang masih setia berada di kerusi empuk tersebut.Dengan menggunakan wajah seperti mahu menangis lengan Ku Gibran disentuh lembut.Meraih simpati daripada lelaki itu.

"Linda you keluar dulu,I akan uruskan perempuan ni."Linda mengangguk kepala lalu melangkah keluar sebelum itu satu jelingan tajam kepada Serra.Tidak peduli lagi keberadaan bossnya disitu.Jika ikutkan hati mahu sahaja rambut Serra ditarik sekuat hati tapi disabarkan hati supaya tidak bertindak melulu.

Jika tidak pasti dia akan digantung kerja alasan kerana membuat keoh dan pasti gadis seperti Serra tidak akan membiarkan hidupnya berasa tenang.

"Siapa perempuan tu?Kurang ajar betul!Ada ke patut dia tolak I tadi,habis sakit tubuh I.
Sepatutnya orang macam tu You patut pecat lepastu ambil semula I kerja dengan you."

"Kau buat apa kau datang dekat sini?."Soalan dibalas soalan.Wajah Serra dipandang tanpa beriak.Sudah lama dia tidak bertemu gadis ini selepas dia sendiri membuang gadis ini di dalam hidupnya.Lagi pula sewaktu Ku Gibran singgah di kelab malam pada minggu lepas kelibat Serra pun dia tidak terlihat.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now