Air paip yang mengalir deras biarkan begitu sahaja tanpa menutup.Kedua belah tangan sudah basah kerana dibiarkan di bawah aliran air tersebut.Kepingan mozek bercorak bunga-bunga kecil yang berada di hadapanya ditatap sedalam mungkin.Harleen berdiri di hadapan singki sambil termenung jauh.
Memang jasad berada di sini namun fikiran melayang jauh.Kejadian di meja makan sebentar tadi masih bermain di kotak fikiran.Baru sahaja separuh dirinya sudah boleh menghembus nafas lega kembali bergelora,bila difikirkan kembali tidak mustahil suaminya akan menceraikan dirinya dan akur akan rancangan Ku Fatimah.
Apatah lagi memang Ku Gibran tidak menyukainya.
Percaya atau tidak seteruk mana pun layanan suaminya,Harleen masih boleh menerima kerana sudah jatuh cinta kepada Ku Gibran.
Aneh bukan?
Tapi memang itu hakikat sebenar.Berkali-kali dia cuba menebis dan membuang rasa itu namun tetap tidak berjaya.Apa yang sudah terjadi kepada diri kau Leen?Kenapa masih mencintai lelaki yang sudah memperlakukan diri kau seperti binatang?...Soalan itu bergema di dalam hati.
Adakah ini perkara normal?Mencintai lelaki yang sudah tentunya akan terus menyakitkan hati.
Dalam tak sedar,dari jauh Ku Fatimah sedang memerhati Harleen.Selepas selesai menjamu selera gadis itu menawarkan diri untuk membasuh pinggan tetapi melihat keadaan sekarang buatkan hatinya membara panas.
Apa tidaknya air paip biarkan mengalir begitu sahaja. Perempuan itu ingat bil air rumah ini percuma?!.
Bersama langkah laju Ku Fatimah mendekati menantunya.Mujur hatinya terdetik mahu melihat keadaan di dapur kalau tidak sampai kesudah perempuan itu akan terus berdiri.
Bahu Harleen ditolak kasar.Oleh kerana terkejut dengan tolakan tersebut pinggan yang mahu dicuci oleh Harleen terlepas.Pinggan tersebut terhempas di lantai dan berdekatan hujung kaki Harleen.
Terhasil satu bunyi kuat malah kaca juga sudah berterabur di lantai marmar itu.Terbuntang mata mereka berdua melihat perkara itu.
Harleen sudah mengelabah.Menggigil seluruh badan terutama sekali tangan namun dalam keadaan ketakutan dia masih boleh menoleh ke belakang.Wajah bengis Ku Fatimah menjadi pemandangan mata.Turun naik dada wanita itu dek kerana menahan marah.
"Bon..da maa..fkan Leen.Leen..."Belum sempat memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar.Tudung bawal yang dipakai sudah ditarik kasar oleh Ku Fatimah.
Terjerit Harleen kerana tarikan tersebut terlalu ganas dan menyakitkan.Dia dapat merasakan perit di bawah dagu.Pasti kerongsang tudung bergesal di situ.
"KAU PEREMPUAN BODOH!TENGOK APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT PINGGAN AKU!.KAU TAHU TAK PINGGAN YANG AKU BELI ITU MAHAL.KAU TAHU TAK AKU BELI DI LUAR NEGARA TAPI SENANG-SENANG AJE KAU HANCURKAN BARANG-BARANG KESAYANGAN AKU.KAU MEMANG DAH MELAMPAU!!."
Akibat jeritan kuat Ku Fatimah dan suara Harleen meminta dilepaskan bergema di bahagian dapur kesemua mereka yang berada di ruang tamu bergegas berlari mendekati mereka berdua.
Masing-masing terkejut melihat akan keadaan Ku Fatimah dah Harleen ketika ini.Tudung gadis itu sudah terlerai oleh kerana perbutaan kejam Ku Fatimah dan secara automatik rambut panjang Harleen juga terdedah.
Cengkaman masih tidak dilepaskan sebaliknya rambut Harleen pula ditariknya.
Segala makian dihamburkan kepada menantunya.Dia belum puas menyakitkan gadis ini.Dia mahu gadis ini rasa apa yang dia rasa tatkala barang kesayangannya dirosakkan.
Pemandangan sudah kabur oleh kerana air mata laju mengalir.Bukan Harleen tidak berusaha melawan tapi kudrat ibu mentuanya melebihi dirinya sendiri.Walaupun muda dari segi umur tapi dari segi kudrat memang tidak boleh mengalahkan ibu mentuanya.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...