bab 41

19.1K 949 262
                                    

Terasa pagi ini ialah hari paling indah sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Tiada lagi tengkingan,tiada lagi cacian dan tiada juga kata hinaan dilembarkan oleh suaminya.

Sebaik sahaja membuka kelopak mata.Wajah tenang Ku Gibran memenuhi pandangan mata.Begitu tenang keadaan suaminya ketika ini dan disamping itu jugalah Harleen mengambil kesempatan memerhati setiap inci wajah suaminya.

Bermula dari rambut hitam pekat.Turun kepada hidung mancung dan bibir Ku Gibran.

Boleh dikatakan wajah suaminya saling tidak tumpah dengan wajah Ku Gazwa cuma hidung adik iparnya sahaja kurang mancung.

Tiba-tiba tercetus satu tawa kecil.Teringat kembali kejadian semalam.Kira-kira dalam pukul 12.30 tengah malam,barulah Ku Gibran selesai menyiapkan semua kerja.Kemudian barulah lelaki itu mengajak masuk tidur.

Dan apabila Harleen sudah berkira-kira mahu mengatur langkah menuju ke bilik.
Dengan kadar segera dihalang oleh Ku Gibran.

Terpinga-pinga dibuatnya sementelah lagi suaminya sudah mengheret masuk ke dalam bilik utama iaitu bilik tidur Ku Gibran.

Sejurus itu arahan mula dijatuhkan.Mulai saat ini mereka tidak perlu lagi mengasingkan tempat tidur.Meskipun tidak diterangkan lebih mendalam namun Harleen cukup mengerti.

Itu bermakna Harleen tidak perlu lagi kembali ke bilik lama kerana mereka berdua berkongsi satu bilik.Satu katil.

Sekali lagi bibir melorekkan senyuman.Sekali lagi pada malam yang cukup dingin.Harleen dihangatkan dengan dakapan erat Ku Gibran.

"Goodmorning sayang."Suara serak basah lelaki menyapa halwa telinga sekaligus mematikan lamunan.Ku Gibran tersenyum kecil sebelum dahi isterinya dicium lama.Kemudian menarik tubuh isterinya dan dibawa ke dalam dakapan.

Sama seperti semalam namun pagi ini lebih erat.Berkali-kali ciuman dijatuhkan pada ubun-ubun Harleen.Ketika ini tiada perkataan lain yang boleh diungkapkan selain...

Nyaman.

"Awal betul kau bangun."Komen Ku Gibran sambil memejamkan mata.Apabila pelukan eratanya turut dibalas.Wajah itu tidak lekang dari terus tersenyum.Sebenarnya mahu sahaja kembali menyambung tidur tapi bila sudah berkeadaan begini.

Rasa rugi pula mahu dilepaskan.

Kepala didongakkan sedikit.Pelukan suaminya terlalu erat sehingga sukar untuk bernafas.

Entah kenapa waktu-waktu seperti ini keberanian mula mengusai diri.Disebabkan itulah Harleen cuba memberi keyakinan kepada diri sendiri.

Kepala diangkat perlahan-lahan sebelum...

Satu tindakan cukup ringkas tapi mampu membuatkan Ku Gibran membuka kembali kelopak mata.

Dan..

Ciuman isterinya turut dibalas sama.Ditempat yang sama iaitu di pipi sebelah kanan.

"Nakal kau eh.Diam-diam cium pipi aku."

Rasa berderau seluruh wajah.Tidak lupa juga turut berbahang merah.Malu betul bila ditegur sebegitu tapi tidak salahkan tindakan itu?

Dia cuma mahu mengeratkan lagi hubungan mereka.

"Kau kerja ke hari ni?."Ku Gibran terus menyoal.

Kepala dijatuhkan berkali-kali.Kening kanan dijongketkan.

"Kenapa?Awak tak kerja ke hari ni?."Soalnya kembali.Setahu Harleen perkara paling sukar dilakukan Ku Gibran ialah mengambil cuti.

Lelaki seperti Ku Gibran tidak akan pernah berhenti berkerja selagi belum selesai atau mungkin juga itu memang sudah menjadi sebahagian kehidupan mereka.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now