bab 42

18.1K 821 12
                                    

Bersama senyuman yang masih belum hilang semenjak pagi tadi.Kaki dihayun menghampiri pintu kedai.

Kemudian pintu kaca ditolak sehingga menghasilkan bunyi loceng.

Dari jauh sahaja sudah dapat melihat susuk tubuh Dayana.Gadis itu sedang menyapu lantai.Seperti katanya semalam.Hari ini adalah permulaan pertama bagi Dayana.

"Hai..Dayana awal sampai?."Soal Harleen sekadar berbasa-basi.Handbag diletakkan di bawah meja sebelum apron bercorak kartun dicapai dan disarungkan.

Dayana hanya tersenyum manis sambil menjatuhkan kepala sebanyak dua kali.

"Awal sangat ke saya datang?."Soalan Harleen tidak dijawab malah dia pula yang menyoal.

Satu tawa kecil mula tercetus.Aduhai polos betul gadis ini.

"Tak awal sangat dan tak lewat sangat,kira macam okey lah.Ha!Awak dah jumpa kawan lelaki saya?Ke dia tak datang hari ni?."

Separuh kepala diangkat tinggi mencari kelibat Betty.

Takkan tak datang kot?Biasanya kalau lelaki mengambil cuti mengejut.Pasti malam itu Betty akan lebih awal menghubungi ataupun menghantar satu pesanan.

Namun semalam juga telefon bimbitnya sunyi daripada sebarang bunyi.Bermakna tiada panggilan tidak dijawab mahupun pesanan belum dibaca.

"Sudah..Saya dah jumpa dia.Mula-mula kekok juga tapi lama-kelamaan sudah boleh biasakan diri.Kalau Leen cari dia memang dia takda sekarang.Keluar menghantar pesanan bunga customer."Terang Dayana tentang keberadaan Betty ketika ini.

Beberapa minit sebelum ketibaan Harleen.Betty ada datang berjumpa bertujuan meminta izin kerana mahu meminjam motor.

Harleen sekadar mengangguk.Buku pesanan dicapai.Beberapa pesanan yang masih belum diselesaikan dibaca dengan penuh teliti.

Kira-kira lebih kurang 40 pesanan lagi yang masih belum disiapkan.

Dalam tak sedar,satu keluhan dilepaskan.Jika jumlah itu perlu disiapkan pada hari ini pasti dia akan pulang lewat seperti semalam walhal sudah berjanji dengan Ku Gibran bahawa akan pulang sebelum pukul 7.

"Awak dah kahwin Leen?."Masih berada di dalam keadaan membisu.

Tiba-tiba satu soalan terpancul keluar.Dan itu sangat membuatkan Harleen tersentak.

Timbul rasa aneh di hati.

"Sudah..Saya sudah berkahwin."Jujur jawapan diberikan tanpa menyembunyikan seperti dulu lagi.

Sekarang dia tidak perlu lagi  menyembunyikan status sebenar kerana hubungan mereka sudah mula kelihatan jernih.

"Kenapa awak tanya?"

Dayana tersenyum kekok.Mujurlah Harleen memberi tindak balas positif.Bagaimana jika soalan itu dibiarkan sepi?Malu bukan..

"Tak..Saya terpandang cincin di jari awak tu,sebab tulah saya tanya.Biasanya jika seorang gadis memakai cincin.Itu membawa tanda bahawa gadis itu sudah berpunya."

Dari hari pertama lagi Dayana perasan dan baru hari ini dia memberanikan diri untuk bertanya.

Cincin itu sangat cantik ditambah pula dipakai oleh Harleen.

Harleen tergelak kecil.Buku pesanan diletakkan kembali.Kemudian bergerak menghampiri satu sudut.

Sudut yang menempatkan bunga ros.

10 kuntum menjadi pilihan.Sama seperti jumlah yang dipesan oleh customer.

"Takda maknanya kalau macam tu.Ada saja perempuan yang memakai cincin tapi tidak berpunya.Kalau macam saya memang sudah berpunya.Awak pula?Masih mencari ataupun sudah dimiliki?"

Mrs Gibran Where stories live. Discover now