"Sarah ada lagi ke benda yang perlu akak buat?."Sawi yang berada di dalam genggaman Ku Sarah terlepas tatkala mendengar suara lunak kakak iparnya terhasil dari belakang.
Mana tak terkejut kalau disapa secara mengejut begitu sudahlah dia langsung tidak mendengar derapan kaki Harleen.Tanpa menunggu lagi badan dikalihkan.Kelihatan Harleen sedang berjalan menghampiri dirinya dan kini sudah berdiri di sebelahnya.
Isteri kepada Ku Gazwa ini melihat sahaja segala pergerakan Harleen yang ketika itu sedang membelek-belek sawi.Sebenarnya dari awal lagi dia sudah mendengar suara abang dan kakak iparnya di bahagian depan sana cuma tidak pula menyamput kedatangan mereka kerana sibuk di dapur.
"Sebenarnya semua makanan sudah siap cuma perlu angkat dan dibawa ke depan sahaja."
Terang Ku Sarah seraya menyimpan kembali sayur tadi ke dalam peti.Rasanya tak perlu lagi menambah lauk kerana sudah bermacam-macam lauk dimasak.Jika mahu menambah lagi Ku Sarah bimbang akan membazir.
Mendengarkan itu Harleen berasa segan.
Ikutkan dia juga pandai memasak cuma kelewatan masa sahaja.Ku Gibran memakan masa sangat lama ketika hendak bersiap kalau tidak sebelum maghrib lagi mereka sudah berada disini.
"Maaf Sarah sebab akak tidak dapat tolong Sarah sekali,bukan sengaja akak nak datang lewat.Sejak kebelakangan ini along selalu pulang lewat dari kerja sedangkan boleh saja akak datang seorang diri sebab waktu kerja akak habis awal tapi along yang ajak datang sekali."
Harleen semakin berasa serba salah dengan Ku Sarah.Kesian adik iparnya terpaksa bertungkus lumus seorang diri menyediakan makan malam untuk mereka.
Namun balasan Ku Sarah hanyalah tersenyum manis.Tidak mempamerkan reaksi marah ataupun sebalik itu.
"Takpa lah akak Sarah faham lagipun bukan susah sangat nak masak semua ini.Inipun Sarah masak biasa-biasa aje,tak menyusahkan pun.Lagi satu akak kan masih pengantin baru jadi rasanya tak payah kot turun dapur semata-mata untuk siapkan makanan.Kali ini Sarah nak akak rasa masakan Sarah.Confirm menjilat jari."
Lengan Harleen diusap lembut dan Harleen menghamburkan ketawa dengan gurauan adik iparnya.Tentang ini memang dia menyokong seratus peratus.Masakan gadis ini tidak pernah mengecewakan,pasti menjilat jari.
Meskipun terlahir dari keluarga kaya-raya akan tetapi Ku Sarah langsung tidak kekok melakukan tugas seorang isteri seperti memasak,mengemas rumah.
"Kalau macam tu apa kata akak tolong Sarah angkat semua lauk ini bawa ke depan"
Harleen menganggukkan kepala lalu mencapai satu mangkuk agak besar dari rak pinggan untuk digunakan sebagai mengisi lauk iaitu ayam gulai.Kemudian satu lagi mangkuk dicapai dan kali ini mangkuk kaca itu diisikan pula dengan ayam masak merah.
Manakala Ku Sarah menyiapkan juadah lagi.Mereka sama-sama melangkah keluar dari bahagian dapur dan bergerak ke meja makan yang berada di tengah-tengah itu.Meja makan tersebut sangatlah panjang.Terlebih cukup untuk mereka melabuhkan duduk disitu.
"Abang,jom lah makan.Jangan lupa ajak Ayahanda,Bonda dan along sekali."Arahan diberikan kepada Ku Gazwa yang baru sahaja turun dari tingkat atas,tidak lupa memberi pesanan supaya suaminya memanggil ahli keluarganya yang lain datang kesini.
Tidak bersuara mahupun menolak.Ku Gazwa mengangukkan kepala lalu mengatur langkah ke ruang tamu.Tidak lama kemudian mereka semua sudah berada di meja makan.Ku Sarah duduk disebelah suaminya begitu juga dengan Harleen namun kerusi disebelah kanan sudah diduduki oleh Ku Ayana.Suaminya pula berada di sebelah kiri.
"Awak nak makan lauk apa?."Soal Harleen selepas selesai mencedokkan nasi kepada suaminya.Wajah dingin suaminya ditatap penuh kasih namun Ku Gibran hanya diam.
Tidak memberi sebarang respon seolah-olah soalan Harleen itu ibarat angin lalu.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...