bab 7

18K 864 6
                                    

Mereka bertiga melangkah keluar dari restoran itu sambil memimpin tangan kecil Ku Ayana.Sorang tangan kiri,sorang tangan kanan.Jika dilihat orang sekeliling pasti mereka akan anggap Harleen dan Ku Gibran pasangan bahagia.Namun sebaliknya hanya mereka berdua yang tahu.Pantang berjumpa pasti pihak lelaki akan mencari gaduh.Macam anjing dengan kucing.

"Thanks awak sebab belanja saya makan."Ucap Harleen apabila sudah tiba di hadapan kereta lelaki itu.Rezeki betul malam ini kerana dibelanja oleh Ku Gibran.Tidak sangka pulak yang Ku Gibran ada baiknya juga.Ingatkan kedekut jugak.

"Benda kecil je,setakat belanja makan tu apa lah sangat.Aku boleh belanja lebih dari semua ni"Nama pun Ku Gibran.Sikap angkuh langsung tidak hilang di dalam diri lelaki itu.Mungkin rezeki Harleen malam ini.Bukan senang dia mahu belanja orang yang baru dikenali.

"Sombong betul awak ni kan?"Soal Harleen sambil berpeluk tubuh.Dia tidak kisah jika kata-katanya membuatkan Ku Gibran terasa.Ada dia kisah?

"Why?Kau tergoda ke?Aku tahu kau tergoda dengan aku.Yelah,kau sendiri pun tahu yang aku seorang terkenal.Sebut je nama aku,semua orang kenal."Ye dikenali tapi terkenal melalui perangai buaya darat dan kaki perempuan.Harleen membuat wajah jelek.

"Eiiiii,sorry ye.Saya tak suka dengan lelaki macam awak dahlah playboy."Perkataan terakhir diperlahankan sedikit.Pandangan dikalihkan ke arah kereta yang sibuk lalu lalang.Seketika kemudian,keadaan menjadi cangung.Antara mereka berdua hanya diam.Ku Gibran langsung tidak membalas ucapan Harleen yang boleh dikatakan agak pedas.Sebelum ini dia tidak kisah jika orang ramai memanggilnya kaki perempuan namun bila Harleen sendiri mengelarkan.Dia rasa seperti tidak guna.Jahat.

"Dahlah saya balik dulu."Untuk menghilangkan rasa canggung.Gadis itu segera meminta diri.Belum sempat pintu kereta dibuka.Lengannya dipegang oleh satu tangan tangan kecil dan halus.

"Akak kita boleh jumpa lagi kan?"Soal Ku Ayana lembut.Sedari dari tadi dia hanya menjadi penonton pergaduhan mulut antara Ku Gibran dengan Harleen.

Kepala ditunduk ke bawah.Nafas lega dihempuskan.Ingatkan Ku Gibran yang menyentuh tangannya rupa-rupa si kecil ini..Nasib Yana yang pegang.Kalau Ku Gibran yang pegang memang dia tampar lelaki itu.Kali ini Ku Gibran pula yang menjadi penonton drama tengah malam ini.Perempuan.Tidak lari dari drama sedih.Tch

"Sure pretty,nanti kita jumpa lagi ye.Yana cakap je nak jumpa dekat mana.Akan akan jumpa yana."Harleen bersuara seraya mencubit pipi tembam Ku Ayana.Terus ceria wajah Ayana.Kepala didongakkan memandang wajah Ku Gibran.

"Paklong nanti bolehkan kita jumpa akak ni lagi?"Soal budak perempuan itu dengan ceria.Sinar wajahnya seperti berharap yang Ku Gibran bersetuju dengan ajakannya yang entah bila boleh laksanakan.

"Hm boleh."Acuh tak acuh sahaja Ku Gibran menjawab.Aneh sungguh dengan perangai anak buahnya ini.Setahunya Ku Ayana memang tidak akan rapat dengan orang luar kecuali ahli keluarga mereka sahaja.Budak ini seorang pemalu dan tidak pandai berkawan.Di rumah dia hanya bermain seorang diri sahaja.Sama seperti Ku Gibran.Dia tidak bersuka mempunyai kawan lebih dari seorang.Baginya bersendirian lebih tenang dan dan menyeronokkan.

"Akak balik dulu,see you later baby."Sebelum berangkat pulang rambut Ku Ayana diusap sayang.Kemudian gadis itu terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.Sempat juga tingkap kereta dibuka bertujuan mahu memberi lambaian kepada Ku Ayana.

"Bye akak cantik."Luang Aryana kuat sambil melambaikan tangan ke arah kereta Harleen sehingga menghilang di jalan raya.Kemudian mereka berdua pula berangkat pulang.

"Amboi suka betul yana dengan akak tu."Pintu kereta dibuka.Badan dimasukkan ke dalam perut kereta.Tubuh Ku Ayana diletakkan di seat sebelah.Enjin kereta dibuka.Menunggu sebentar kerana mahu membalasa pesanan dari kawannya.Temannya ada mengajak Ku Gibran lepak di kelab namun ditolak oleh Ku Gibran.Dengan alasan yang malam ini dia mahu berehat.

"Yana suka dengan akak tu.Dia baik.Dia suka usap rambut Yana.Tak macam girlfriend paklong yang lain.Gedik."Laju sahaja Ku Ayana mengutuk kekasih gelap Ku Gibran yang pernah dibawa ke rumah bonda dan ayahanda sebelum ini.Ramai juga perempuan yang selalu Ku Gibran bawa pulang.Dia pun tidak ingat nama kesemua gadis itu tapi apa yang dia ingat ialah seorang gadis mencuri barang kemas Ku Fatimah yang berada di atas meja makan.

Ketika itu Ku Fatimah lupa meletakkan barang kemasnya dimana dan Ku Ayana pun tidak berani memberitahu perkara itu kepada sesiapa.Takut semua orang tidak pernah dengan dirinya jadi dia mengambil keputusan untuk diam sampai ke hari ini.

Ku Gibran tergelak kecil.Kepala digelengkan berkali-kali.Memang itu perangai Ku Ayana yang langsung tidak suka dengan semua kekasih gelapnya.Tidak tahu kenapa.

******************************
Perut dah kenyang.Mata pun sudah mahu tertutup.Sampai sahaja di rumah dia mendapati yang abah sudah masuk tidur lebih awal dari biasa.Kalau tidak pasti lelaki berusia itu sudah menunggu kepulangan dirinya di sofa sambil menonton TV.

Lama berada di dalam posisi memandang lampu bilik diatas kepala.Sebelum satu senyuman terukir.Terasa lucu apabila mengingati semula pertemuan dirinya dengan Ku Gibran tadi.Macam tak percaya pulak dia boleh makan bersama dengan lelaki itu.Baru sehari kenal sudah berbual satu meja.Kalau dulu bukan main lagi.Tak kenal lah.Apa lah.

"Handsome jugak mamat tu."Wajah kacak Ku Gibran bagaikan berputar-putar di kepalanya.Hidung mancung.Bibir merah yang dari awal memikat hati dia.Kening tidak lebat mahupun tidak nipis.Cara pemakaian lelaki itu betul-betul boleh memikat hati gadis-gadis diluar sana.Tch entah-entah tunang orang pun boleh terjatuh cinta dengan Ku Gibran.Tapi sayang jika lelaki itu suka tersenyum pasti lebih kacak.

"Ehhh aku dah kenapa teringatkan dekat dia."Tangan diangkat menampar-nampar pipi sendiri selepas merasakan dirinya sudah hanyut dengan wajah kacak Ku Gibran.Boleh pulak dia membayangkan setiap inci wajah lelaki itu.Rasa ingin melihat wajah itu dengan jarak yang lebih dekat semakin meninggi.

"Tapi dia handsome sangat."Bantal kecil yang berada di sebelah kanan diambil sebelum ditekup di wajahnya.Dia menjerit sepuasnya.Kaki dihayunkan ke atas.Tujuan dia berbuat begitu kerana dia tidak mahu abah mendengar jeritannya seperti tadi.

"Kau dah gila ke Leen?."Bangun dari pembaringan.Berjalan mengelilingi katil.Wajah merah membahang dilihat dari cermin meja solek.

"Kau memang dah gila."Ujarnya kepada dirinya sendiri.Ye!dia gila kerana teringat kepada lelaki itu.Padahal satu hajat sudah tertanam di dalam dirinya iaitu jangan pernah meminati lelaki itu atau lebih baik jangan terjatuh cinta.Tapi nampak sekarang,semua hajat itu dibawa angin.Terbang entah ke mana.

Tidak lama kemudian dia kembali berbaring.Selimut ditarik menutupi separuh badannya.Perlahan-lahan mata ditutup.

*************************
Tidak kurang jugak di sini.Seorang lelaki sedang memandang gugusan bintang.Di bibirnya tidak lari dari tersenyum.Wajah cantik Harleen bagaikan berada di sebalik bintang itu.Dia akui perasaan tenang berada di dalam dirinya jika menatap wajah gadis itu dan dia tidak puas.Perasaan ini muncul apabila dekat dengan gadis itu.

"Harleen Delisha."Nama penuh Harleen disebut oleh Ku Gibran perlahan.Sungguh cantik nama itu dan dia pasti disebalik nama indah itu pasti maksudnya juga indah.Wajah garang Harleen menjadi kegemaran Ku Gibran.

"Cantik juga perempuan tu."Mata dipejam rapat untuk memproses semula wajah ayu itu di dalam kotak fikiran.Sangat cantik.Ditambah pula dengan sehelai tudung yang menutupi seluruh rambut dan dada Harleen.Pandai Harleen menjaga aurat walaupun masih tidak sempurna sepenuhnya.Seketika kemudian.Dia tersenyum sinis.Sekarang dia sudah mempunyai alasan untuk mengenal gadis itu dengan lebih rapat.

"See you later my dear."Ucap Ku Gibran sebelum masuk ke dalam bilik.Pintu gelongsor ditutup serapatnya.Langsir ditarik.Serta-merta ruangan itu menjadi gelap.Sangat gelap dan dia suka keadaan seperti itu.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now