bab 49

22.2K 1.3K 350
                                    

Dulang berisikan makanan dibawa menuju ke bilik utama iaitu bilik tidur bagi Ku Ghazli dan Ku Fatimah.Setapak demi setepak Harleen melangkah seiring dengan jantung berdetak laju.

Terasa lemah seluruh badan namun Harleen sekadar mengendahkan.Memandangkan Bonda tidak sempat menyentuh sedikit pun makanan,Ku Sarah bercadang ingin melihat keadaan Bonda sekaligus menghantar makanan.

Namun awal-awal lagi,Harleen sudah menawarkan diri.Berat bagi Ku Sarah tetapi selepas diyakinkan beberapa kali akhirnya dia terpaksa merelakan.

Sebaik tiba,nafas dikumpul malah diatur sebaik mungkin.Kemudian,perlahan tombol pintu dipulas.Pintu mula terkuak serta menghasilkan bunyi.

Langkah diayun.

"Bonda...Mari makan."Ku Fatimah yang baru sahaja mahu melelapkan mata selepas emosi kembali tenang,terus terbantut niatnya itu.

Pandangan sedikit teralih sebelum birai bibir ternaik sinis.Terlihat satu bayangan seseorang mula muncul.Entah apa niat Harleen datang ke mari sambil membawa makanan pulak tu.

Sudahnya Ku Fatimah hanya menyandarkan badan di kepala katil.Kedua belah tangan naik memeluk dada.

Jelas kelihatan begitu angkuh.

"Kau nak apa?.Berani betul kau tunjukkan muka depan aku.Sorang-sorang pulak tu.Kau tak takut ke atau sebenarnya kau ada niat lain?Mentang-mentang suami aku dan anak-anak aku mula percayakan kau,senang-senang je kau naik kepala.Mesti kau suka tengok aku macam ni kan?!"

Tempelak Ku Fatimah keras.Sukar untuk dia meluahkan rasa di hati.Apabila wajah Harleen muncul di hadapan mata,hati tiba-tiba bertukar menjadi benci.

Rasa marah makin membuak-buak walhal itu semua hanya sekadar hasutan syaitan malah Ku Fatimah sendiri,langsung tidak berusaha untuk mengukuhkan iman di dada.

"Leen datang bawa makanan untuk Bonda.Kalau Bonda nak tahu,kami semua risau bila Bonda tak turun makan.Jadi Leen ada bawak makanan.Leen tahu Bonda mesti lapar."

Biarpun seburuk mana layanan Ku Fatimah terhadapnya.Harleen masih boleh melayan dengan baik.Sejurus itu pinggan yang sudah tersedia nasi bersama lauk dihulurkan kepada Ku Fatimah.

Betapa kecewanya Harleen pabila huluran tersebut tidak disambut sebaliknya dipandang seakan-akan tidak sudi.

"Aku tak lapar lebih-lebih lagi bila kau yang beri.Aku lebih rela berlapar dari sentuh atau terima makanan daripada kau."Meskipun perut sudah meronta-ronta inginkan makanan tersebut.Ku Fatimah masih tetap mendahulukan ego.

Wajah sungul Harleen ditatap sekejap.Kadang-kadang terdetik satu persoalan.

Gadis ini tidak tahu erti penat ke?Dari awal sehingga sekarang, layanan yang diberikan bukan baik mana malah sangat teruk.Jika gadis lain,Ku Fatimah cukup yakin yang mereka akan mengalah awal namun sikap Harleen berlawan.

Sama seperti sekarang.Gadis itu masih boleh tersenyum.Cara percakapan juga lembut bahkan tidak pernah sekalipun Ku Fatimah mendengar sebarang keluhan terlepas dari bibir mungil Harleen.

"Kadang-kadang aku ada terfikir satu perkara.Kenapa kau masih buat baik dengan aku sedangkan selama ini layanan aku terhadap kau jauh berbeza nak dibandingkan aku melayan Sarah."

Sambungan kata Ku Fatimah buatkan nafas Harleen tersekat di celah kerongkang.Jujur dia cukup terkesan dengan persoalan itu namun Harleen juga bukanlah manusia yang mudah melenting.

Pinggan diletakkan kembali.Sejurus itu jemarinya mencapai kedua belah tangan Bonda lalu digenggam erat.Sangat erat..

Ku Fatimah tersentak tapi tidak pula dia cuba menarik kembali tangannya supaya dapat terlepas dari genggaman hangat itu.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now