bab 38

16.8K 794 37
                                    

Perjalanan kembali diteruskan walaupun sudah lima kali berhenti berehat di tepi jalan.Untuk masa rehat pertama boleh lah jugak membeli makanan tapi untuk kali seterusnya mana mungkin dapat merasa makanan lagi.Hanya sebotol air mineral yang menjadi peneman setia.

Kini tiba lah saat dia mencari pekerjaaan untuk meneruskan hidup.Kalau dulu hanya perlu duduk di rumah sambil menunggu nafkah bulanan masuk sekarang tidak lagi.

Meskipun masih mempunyai simpanan tapi kalau setiap hari perlukan duit bagi menampung keluarga,lama-lama akan habis juga.

Barulah Dayana tahu bahawa hidup di kota besar ini memang mencabar.Ye,Dayana tahu sekarang dia masih berada di dalam tempoh iddah tetapi disebabkan kedua ibu bapanya sudah berusia dan selalu sakit-sakit.Dayana terpaksa keluar mencari kerja sementelah lagi adik-adiknya masih bersekolah.

Hidupnya bukan senang seperti bekas suaminya.Selama ini pun Faris yang menyara kehidupan mereka sekeluarga.Lelaki itu tidak pernah leka dalam hal ini.Pasti setiap bulan bekas suaminya akan memberikan wang secukupnya kepada ibu dan ayah bagi tempoh selama sebulan.

Dan kini selepas mereka berdua sudah berpisah,Dayana yang harus menjadi tulang belakang keluarganya.Kemudian botol air yang berada di tangan dibawa ke mulut.Diteguk bagi membasahkan kerongkang kering dek kerana cuaca terlalu panas.

Gadis ini mengeluh untuk seketika.Sudah banyak tempat disinggah bertanyakan tentang kerja kosong namun semuanya sudah penuh.Baginya mendapat pekerjaan biasa-biasa sahaja sudah memandai.

Dia bukanlah bijak mana.

Perjalanan masih panjang diteruskan lagi sambil anak mata tidak berhenti mencari jikalau ada tempat yang ingin mengambil pekerja sehingga tiba-tiba langkah terhenti di hadapan sebuah kedai bunga.Tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia berhenti padahal masih lagi mahu mencari di hadapan sana.

Tanpa disengaja pandangan jatuh ke arah pintu kaca kedai tersebut sebelum senyuman terukir apabila membaca tulisan di kertas putih tersebut.Di situ ada mengatakan bahawa kedai ini sangat memerlukan seorang pekerja.

Tidak kisah perempuan atau lelaki.Seolah-olah tahu-tahu sahaja situasi dia sekarang.Tanpa memilih terus pintu kaca ditolak.

"Assalamualaikum,ada orang ke tak?."Langkah diambil ke hadapan sedikit.Mencari sosok tubuh pekerja kedai.Oleh kerana bilangan bunga segar terlalu banyak menjadikan pemandang mata agak terlindung sedikit.

Melihatkan suasana cerai dan damai sahaja sudah dapat mengagak bahawa pekerja kedai ini mesra dan tidak sombong.

Lima minat kemudian salam Dayana disambut oleh satu suara lunak.Kelihatan seorang gadis bertudung bawal melangkah keluar dari sudut tersembunyi.Gadis itu memiliki rupa paras sangat cantik dan ayu,apatah lagi menyarung apron berwarna pink.Menambahkan lagi seri wajah.

Senyuman juga tidak lekang dari bibir.

"Ye adik cari apa?Cari bunga ke?."Soal Harleen ramah kepada gadis yang sedang berdiri di hadapan ini.

Dayana mengelengkan kepala.Menidakkan soalan itu.

"Hm tak...Sebenarnya saya datang ini kerana sewaktu lalu area sini saya terpandang kertas di hadapan pintu kaca.Katanya kedai ini memerlukan seorang pekerja.Betul ke?"

Sempat lagi beberapa helai rambut diselitkan di tepi telinga.Tidak mahu menampakkan dirinya terlalu selekeh.Cara pemakaian kemas juga ialah salah satu syarat jika ingin mencari pekerjaan.

Harleen angguk kepala.

"Ye betul lah tu.Memang kedai saya sedang mencari pekerja kerana kami kekurangan tenaga untuk menguruskan kedai.Sejak kebelakangan ini customer terlalu dan tempahan juga semakin bertambah.Kenapa?awak berminat ke?."

"Ye...Saya berminat sangat.Itu pun kalau awak sudi terima saya bekerja disini.Sebelum ini saya dah cuba mencari kerja sekitar sini tapi semuanya sudah penuh.Saya nak cari duit untuk menyara keluarga saya."Jelas Dayana sambil menatap anak mata Harleen.

Pandangannya penuh berharap agar dia diterima..

Jatuh kesian Harleen mendengar penjelasan gadis tidak diketahui nama ini.Sebagai perempuan dia faham situasi gadis ini.Jika anak gadis lain pasti sedang berfoya-foya di luar sana tetapi mereka pula terpaksa mencari wang.

"Kalau macam tu bila awak boleh mulakan kerja?."Dayana tersenyum puas.Setelah seharian penat lelah berjalan akhirnya ada juga yang dapat menerima dia bekerja.Biarlah tidak semewah seperti pekerjaan lain,sekurang-kurangnya dapat berkerja.

"Kalau awak nak suruh saya mula hari ini pun boleh mulakan"Kagum Harleen melihat semangat gadis ini.Dalam diam dia bersorak kegembiraan.Dapat juga merasa bekerja bersama kaum sendiri.

Boleh dikatakan muak bila terpaksa menghadap wajah Betty setiap hari.

"Kalau macam tu esok ajelah awak mulakan kerja.Untuk hari ini saya mengajar beberapa perkara bila bekerja disini.Jom ikut saya."

Beg terus diletakkan di atas meja lalu mengekori setiap langkah Harleen dari arah belakang.Sesampai sahaja di barisan bunga-bunga segar segala penerangan diterangkan dengan jelas.Untuk permulaan bagi gadis ini,Harleen memberikan tugasan ringan-ringan sahaja.Manakala segala tugasan berat akan diambil alih oleh Betty dan dirinya sendiri.

Kadang-kadang kepala diangguk menandakan mengerti akan segala penerangan.Tugasnya ringan sahaja.

Perlu menyiram semua bunga dan bagi bunga yang sudah layu perlu dibuang.

"Dan akhir sekali jika ada customer datang memesan bunga.Awak perlu catat dalam buku ini.Semua perkara penting contohnya nama pengirim,nama penerima,nombor telefon dan alamat penerima.Awak perlu soal dan terus catat"

Sebuah buku berkulit kertas diangkat dan ditunjukkan kepada Dayana.Isi kandungan sudah lengkap.Tugas gadis ini hanya perlu bertanya segala details.

"Oh lupa pulak nak tanya.Apa nama awak?"

Soal Harleen bila teringat mereka berdua belum berkenalan dengan lebih jelas.
Sepatutnya perkenalkan diri dahulu baru mulakan penerangan.Ini terbalik pulak.

"Nama saya Dayana.Awak pula nama apa?."Soal Dayana kembali.

"Nama saya Harleen,panggil Leen je."Mereka berdua terus bersalam.Masing-masing membalas senyuman.Baru Dayana tahu bahawa Harleen ialah owner kedai bunga ini.Itupun selepas bertanya tanpa segan-silu.Kalau tidak bertanya mungkin sampai bila-bila dia akan menganggap bahawa Harleen pekerja disini.

Ini bermakna gadis bertudung ini ialah bos kepadanya.

"Satu lagi saya nak cakap.Bukan kita berdua aje yang bekerja disini.Ada seorang lagi lelaki yang berkerja bersama kita,sebenarnya dia tu kawan saya tapi awak jangan risau walaupun jantina dia lelaki tetapi sifat bukan kepada lelaki..Faham kan?."

Sedikit sebanyak tentang keberadaan Betty diterangkan kepada gadis ini.Mana lah tahu esok pagi Dayana terkejut melihat seorang lelaki di dalam kedai ini.

"Dia pondan ke?."Soalnya perlahan dan tidak sangka pula soalannya mengundang tawa Harleen.

Kepala sudah digaru.

Sisa tawa dihabiskan.Nasib kawan baiknya tiada disini kalau tidak memang merajuk satu minggu.Tanggapan Dayana sangat kelakar kerana memang itulah tanggapan orang luar terhadap Betty.Salah satunya kerana lelaki itu berkerja disini.

Hampir kesemua majoriti masyarakat kita diberi kefahaman bahawa kaum lelaki harus mencari pekerjaan lasak dan jika ada sebilangan lelaki bekerja di kedai bunga atau butik pasti akan diejek.Walhal semua itu sahaja.

Hakikatnya lelaki yang bekerja di bidang ini lagi kreatif dan mempunyai banyak idea dari perempuan.

"Tak..dia bukan pondan seperti tanggapan awak cuma perwatakan sahaja seperti perempuan."

Dayana tersenyum malu kerana sudah berfikir bahawa kawan baik Harleen ialah bonda.Tidak pelik jika berjumpa lelaki bersifat seperti perempuan.Perwatakan sahaja seolah-olah seperti perempuan tetap jiwa masih lelaki.

Terasa sangat lama berada disini membuatkan meminta diri untuk pulang.Bimbang jikalau terlepas bas pulang.Hendak atau taknak untuk hari ini terpaksa juga dia menaiki bas.

Kalau tidak kerana tayar motorsikal bocor pasti sudah dibonceng kenderaan bertayar dua itu.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now