bab 54

23.3K 1.1K 72
                                    

Usia kandungan semakin meningkat.Begitu juga dengan perubahan dari segi bentuk tubuh badan.

Tidak dapat menafikan,kelihatan jelas Harleen semakin membesar.Pipi juga makin tembam.Mungkin salah satu faktor disebabkan mengandung.

Dia membuat andaian sendiri.Segala fikiran negatif cuba tidak dipeduli.Tch,perempuan mana saja ingin memiliki saiz bentuk badan.

Harleen kemudiannya,mengusap perut
sendiri.Dalam tak sedar,tersungging satu senyuman.

Bahagia....

Meskipun,ketika ini kehidupannya tidak lagi seperti dulu.Namun begitu,dia masih tetap melahirkan rasa syukur.Dalam derita pasti akan ada terselit secebis kebahagian.

Seketika kemudian,kelopak mata dipejam rapat.Suasana sepi sunyi ini dihayati sebaik yang mungkin.Rumah yang dahulu sentiasa dihiasi gelak ketawa mereka sekeluarga,kini
berubah sekelip mata.

Sepi?

Sudah tentu sekali tetapi apabila terlalu lama hidup sendiri maka Harleen sudah biasakan diri.Semenjak,abangnya berpindah ke rumah baru.Harleen mula belajar hidup sendiri.

Sepertimana diberitahu,Amir mahupun Kak Nasuha ada mengajaknya tinggal sekali cuma dia sahaja yang menolak.

"Tak sabarnya ibu nak tunggu anak ibu keluar."Dengan tangan yang masih mengusap perut,Harleen berkata perlahan.Tak dapat gambarkan perasaan teruja ini.

Selang beberapa minit,keluhan pula dilepaskan.Tiada lagi senyuman kegembiraan sebaliknya digantikan dengan seraut wajah sayu.

Jika difikirkan balik,mujur saja dia tidak patuh dengan arahan Ku Gibran.Arahan supaya gugurkan kandungan,jika suatu hari nanti zuriat ini hadir tanpa sengaja.

Dan mujur juga,kandungan ini diketahui sewaktu dia dalam keadaan kritikal.Keadaan
di mana Harleen perlu melawan penyakit tersebut.Walaupun ketika itu,nyawa sudah berada di hujung tanduk.

Bibir melorek senyum.Tampak pahit di mata kasar.Setiap kali teringat,rasa ingin memaafkan Ku Gibran hilang entah ke mana.

TING..

Gara-gara pesanan yang baru sahaja diterima itu,segala lamunan terhapus.Gajet tersebut dicapai.Mahu melihat penghantar pesanan itu.

Dahi berkerut buat sekalian kalinya.

Dayana.

Sebaris nama mampu menimbulkan rasa aneh di hati namun tatkala gambar yang dihantar dapat dilihat jelas,reaksi lain pula ditayangkan.

Biarpun sekeping gambar tapi nampak sangat menyelerakan.Tanpa menyoal,Dayana terus memberitahu lokasi terbabit.

Festival makanan.

Bukan festival itu menarik melainkan makanan yang dijual disana.Rambang mata Harleen melihatnya.Tanpa berlengah,nombor terus Dayana didail.

"Ha!Hello!"Tanpa salam,satu jeritan
nyaring terlebih dahulu yang menjamah telinga.Telefon dibawa jauh dari telinga.
Barangkali,Dayana ingin melawan suasana hingar-bingar.

"Kau ada dekat festival tu lagi ke?"Soal Harleen sekaligus meletakkan harapan tinggi agar gadis itu masih berada disana.

"Tak!Aku dah nak balik.Ramai sangat
orang dekat sini.Aku tak tahan.Lagipun,
aku datang sini sebab adik aku yang ajak teman."Ternyata jawapan Dayana sudah menghancurkan harapannya.

Sudut bibir melengkung ke bawah.Kecewa.

"Kenapa Leen?"

"Err...Takda apa-apa lah.Saja aje tanya.Kalau macam itu,aku letak dulu.Jumpa kedai esok."

Mrs Gibran Where stories live. Discover now