Seperti yang dijanjikan.Mereka kini berada di sebuah pusat membeli-belah.Hanya mereka berdua.Ini kerana,sebelum berangkat pergi.
Ku Fatimah mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan bahawa kawan baiknya dikejarkan ke hospital akibat terkena serangan sakit jantung.Mahu atau tidak,Ku Fatimah terpaksa
batalkan niat untuk menemani Harleen.
Sebaliknya,dia bergegas ke hospital.Sebelum itu,Bonda sempat mengarahkan Ku Gibran supaya mengawasi Harleen.Memandangkan hari ini,Harleen ada temu janji bersama doktor.Ku Fatimah terpaksa menggunakan khidmat pemandu.Manakala,
Ku Gibran dan Harleen bergerak menuju ke klinik.Selesai check-up,mereka bergerak menuju ke destinasi seterusnya pula.Setelah mengetahui jantina sebenar anak mereka.Pusat membeli-belah adalah destinasi yang paling menarik bagi Ku Gibran.Sementelah lagi,membeli barangan bayi adalah pengalaman kali pertama buatnya.
Perjalanan tidak perlu mengambil masa yang cukup lama.Tetapi kenapa,Harleen merasakan perjalanan kali ini terlalu lama dan jauh.
Atau mungkin sebab,Ku Gibran sengaja memandu perlahan?Dia mula mengeluh bosan.Berbanding di sisi kanan.Semenjak pulang dari klinik,Ku Gibran asyik tersenyum.Bahkan,kelihatan lebih manis.Pandangan mata kemudiannya jatuh
ke arah peru sebelum kembali memandang isterinya.Bukan selalu dapat keluar berdua macam sekarang.Malahan,bukan senang untuk dia memujuk Harleen bagi meluangkan masa bersama.Dan bila diberi peluang,Ku Gibran akan pastikan peluang tersebut digunakan sebaik mungkin.
"Sayang,nak beli baju untuk baby je ke?
Untuk sayang sendiri taknak ke?"Dari
dalam kereta hingga tiba disini,Harleen masih mendiamkan diri.Akhirnya Ku Gibran sendiri yang menyoal.Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket
seluar.Sementara itu,tangan kanan pula
berada kemas di pinggang isterinya.Tubuh
kecil Harleen ditarik rapat sehingga ke dada.
Walau apa pun,keselamatan isterinya harus sentiasa dijaga.Tidak melarang.Jauh sekali memberontak.
Harleen sekadar membiarkan walaupun
makin lama,makin erat pelukan Ku Gibran."Untuk saya tak perlu rasanya.Duit saya pun cukup-cukup beli barang-barang baby aje."
Jawapan jujur tersebut bukannya dapat melegakan hati.Sebaliknya,dahi Ku Gibran mula kelihatan berkerut.Walaupun,dia tahu Harleen tidak berniat untuk menyindir.Tetapi kenapa,bicara tersebut berjaya meninggalkan kepada dirinya.
Susuk tubuh yang bersaiz kecil itu dipandang sekejap.Bila mana melihat isterinya berada
di dalam persalinan yang cukup ringkas itu.
Bibir mula membentuk satu senyuman kecil.
Tidak perlu mewah mahupun bergaya seperti wanita lain.Harleen cuma memakai dress mengandung berwarna merah jambu.Dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih.Wajah dihiasi dengan solekan nipis. Sekalipun,Harleen tidak mengenakan solekan.Ku Gibran tetap akan akui bahawa isterinya cukup cantik.
"Tapi,duit abang kan ada.Untuk apa duit tu kalau bukan dihabiskan untuk sayang dan juga anak kita.Dalam rezeki seorang suami,ada juga rezeki untuk isteri dan anak.Tak kisah semahal mana pun harga barang.Untuk sayang,sebesar zarah pun abang tak berkira.Apa yang terbaik untuk anak kita,Insyallah abang akan usaha selagi boleh."Ucap Ku Gibran perlahan.
Jika,Harleen api maka dia adalah air.Air yang sedang cuba memadamkan api kemarahan Si isteri.Situasi di mana,seorang suami sedang merendahkan ego demi isteri tercinta.
"Jaga-jaga,sayang."Pelukan semakin dia eratkan.Tangan yang sedari tadi berada di dalam poket seluar dikeluarkan.Lalu,hinggap di bahu Harleen.Keadaan mall yang semakin sesak membuatkan Ku Gibran makin berjaga-jaga.
Ucapan Ku Gibran dibiar sepi tanpa balasan.
Mereka kemudiannya menyusun langkah ke sebuah gedung pakaian bayi.Malah,terdapat juga pakaian bagi wanita mengandung.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...