"Maaf..Kami dari jabatan agama Islam.Kami mendapat satu aduan yang mengatakan di dalam rumah ini mempunyai pasangan bukan muhrim tinggal bersama.Mulanya kami sangka aduan itu palsu tapi bila melihat cara pemakaian pihak lelaki rasanya aduan tersebut benar"Salah seorang daripada mereka berlima bersuara.Sama ada Harleen atau Ku Gibran,kedua sekali masih berdiri kaku di hadapan muka pintu.Mulut mereka terkunci kemas.Tidak mengeyakan atau membangkang.
Keliru dengan apa yang terjadi."Er..kami rasa encik semua ni dah salah faham.Kami berdua ini ialah pasangan suami isteri."Mahu tak mahu dia terpaksa berbohong kerana baginya dengan cara itu sahaja boleh menyelamatkan mereka daripada terus disoal siasat.Hakikatnya loya anak tekak apabila terpaksa memberitahu mereka berdua ialah pasangan suami isteri.Ku Gibran meletakkan harapan sangat tinggi supaya pengawal-pengawal ini mempercayai alasannya.
"Kalau macam tu boleh kami tengok kad kahwin awak berdua"Senyuman penuh harapan Ku Gibran mati.Mana mungkin dia mampu tunaikan permintaan tersebut.Jangan katakan kad kahwin.Rupa kad kahwin sahaja pun tidak pernah melihat.Sementara itu,apa yang mampu dilakukan oleh Harleen sekarang ialah menundukkan kepala.Perasaan menyesal menyerbu dirinya.
Kini barulah Harleen tahu yang dia telah ditipu hidup-hidup oleh gadis misteri itu.Tidak boleh menuduh gadis itu juga seratus peratus kerana jika dia lebih berkeras tidak mahu menghantar hantaran pada waktu malam pasti perkara ini tidak akan terjadi.Benarlah nasihat kawan baiknya.Jangan terlalu baik dengan manusia.Mereka hanya mahu mengambil kesempatan diatas kebaikan kita.
Melihat pasangan itu mendiam diri,salah seorang pengawal kembali bersuara.Kali ini lebih tegas daripada ketuanya.
"Nampak gaya kamu berdua memang bukan pasangan suami isteri dan kami mohon tolong bagi kerjasama.Sila ikut kami ke balai.Kita uruskan semuanya di sana."
"Perlu ke Encik?Kalau selesaikan dekat sini aje tak boleh ke?."Ku Gibran masih lagi berdegil dan berusaha mencari jalan keluar.Jika pengawal ini berkata mahu menyelesaikan melalui duit,dia sanggup membayarnya.Cakap sahaja nilai tersebut,dia sanggup beri.Asalkan jangan membawa kes ini ke tengah.
Pengawal tersebut mengelengkan kepala"Tak boleh dan tolong ikut kami ke balai."
"Sebelum itu tolong pakai pakaian yang elok dan lebih tertutup"Tegur seorang lelaki yang berada di bahagian belakang.Dia pula berasa mahu melihat pemakaian Ku Gibran.Pakai seluar macam tak pakai seluar.Terlalu ketat dan menonjol.
Rambut berwarna perang diserabutkan.
Dicengkam sedikit kuat.Melakukan gaya seperti boleh hilangkan masalah di kepala padahal tidak.Masalah tidak hilang sebaliknya sakit yang dapat rasa.Kemudian mata helangnya memandang ke arah gadis yang sedang menahan tangisan itu.Tchh...Bibir mengerot sinis.Harleen sangat pandai berlakon dan sangat handal mengeluarkan air mata palsu.Kini barulah Ku Gibran faham akan rentak permainan gadis ini.Mula-mula berpura-pura menghantar bunga padahal dari awal lagi Harleen sudah menelefon pejabat agama.Kemudian menggoda dirinya sehingga dia tidak tahan.Ditarik tubuh gadis itu masuk ke dalam rumah.Akhir sekali pura-pura terkejut selepas kedatangan pengawal agama.
"Cik,boleh ikut kami keluar sementara menunggu boyfriend awak bersiap memakai baju"Harleen diam tidak membalas.Akur dengan arahan lalu langkah diatur keluar.Dia hanya mampu menahan tangisan sambil itu mengekori langkah 5 orang pengawal tersebut.
Hanya kerana satu malam,kehidupannya hancur berkecai.Harleen sudah tidak nampak lagi hala tuju kehidupannya sekarang.Hanya disebabkan bunga masa depannya berubah.Dari cerah kepada gelap.Ini belum lagi diketahui ayah dan abangnya.Harleen yakin yang mereka berdua akan kecewa terhadap dirinya.Anak kesayangan keluarga sudah menconteng arang di wajah abah dan abang.Memikirkan itu sahaja mampu membuatkan air matanya laju menurun.Dia tidak sanggup untuk menghadapi semua itu.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...