bab 25

15.6K 737 56
                                    

Harleen mengheret bagasi yang sudah terisi pakaian sehingga di hadapan pintu rumah,sudah tiba saatnya mereka sekeluarga berpisah dan dia dan akan tinggal bersama si syaitan.Eh si suami.

Agak berat untuk mengikut arahan tersebut namun apabila teringat akan pertukaran statusnya sekarang Harleen akur.

Ku Gibran mengekori langkah isterinya dari belakang manakala di belakangnya turut di ikuti oleh abang ipar dan ayah mertuanya.
Dipandang sahaja gerak badan Harleen yang ketika itu sedang menolak bagasi tanpa mempunyai niat untuk menolong.Kini bermacam-macam rancangan membalas dendam kepada gadis itu berlegar-legar di kepala cuma menunggu masa sahaja.

"Leen pergi dulu abah,abah jaga diri ye.Leen janji kalau Leen ada masa Leen akan selalu melawat abah.Abah jangan lupa makan ubat tepat pada waktu,jangan skip makan ubat.Jangan buat kerja rumah berat-berat.Jangan....."

Belum sempat pesanan dihabiskan tangisan terlebih dahulu pecah.Sungguh dia tidak sanggup meninggalkan abahnya seorang diri dan tidak sanggup tinggal bersama Ku Gibran.Dia takut..dia tidak kuat untuk menghadapi semua itu.Kehidupan gadis yang selama ini dijaga penuh kasih sayang berubah sekelip mata.

Tak semena-mena tubuh anak perempuannya ditarik dandimasukkan ke dalam pelukan.Tubuh belakang Harleen diusap-usap.Encik Ahmad kemam bibir.

"Dah jangan menangis,Leen kan dah besar.Dah jadi isteri orang dah pun.Jangan risau tentang abah.Abah tahu jaga diri sendiri,cuma sekarang Leen kena fokus soal rumah tangga Leen aje.Abah percaya Leen akan menjadi isteri yang terbaik.Dah jangan nangis dah."Air mata Harleen yang seperti air terjun itu dihapuskan menggunakan jemari.Hakikatnya bukan Harleen seorang yang sedang menahan sebak,dia juga turut sama.Susah untuk melepaskan puteri bongsunya ini,tetapi nak tak nak dia harus melepaskan juga.Hak penjagaan sudah bertukar sepenuhnya,apa yang boleh dia lakukan sekarang adalah redha dan ikhlaskan pemergian Harleen.

Kepala dijatuhkan berkali-kali.Kemudian dia memandang pula abangnya.Perlahan-lahan mendekati meskipun masih berasa takut dan gementar.Apabila sudah berdiri di depan lelaki ini,air liur diteguk berpasir.

"Abang...maafkan adik kerana kecewakan abang,abang jangan marah Leen lagi.Leen dah takda adik beradik lain selain abang.Abang aje yang Leen ada.Leen tak sanggup kalau abang masih tidak mahu bercakap dengan Leen,maafkan Leen abang.Tolong jangan bencikan adik"Amir Syafiq memandang sekilas wajah adiknya yang tadi sudah kering kini kembali basah dipenuhi air mata.Lelaki itu sedang berperang dengan ego.Namun tidak lama kemudian tubuh kecil Harleen ditarik.Dipeluk erat.

"Dah jangan nak nangis lah budak,awak tu dah besar.Ye,abang maafkan adik.Kan tak elok kalau adik beradik bergaduh lama-lama.Kalau abang buang adik dalam hidup,abang siapa lagi yang nak jadi adik abang?Abang taknak orang lain,abang nak Leen sorang je jadi perempuan istimewa dalam hati abang selain arwah ibu.Ingat,abang sayang sangat adik."

Pelukan dilerai lembut kemudian dahi Harleen dicium sekilas.Menggambarkan rasa sayangnya yang tidak terhingga melalui cara tersebut.

Harleen tersenyum bahagia.Fikirnya pergaduhan antara mereka berdua akan meleret sehingga bila-bila tapi tidak.Jika dia tidak menurunkan ego meminta maaf terlebih dahulu pasti mereka berdua masih bermasam muka.

"Leen dah nak pergi dah ni,abang jaga abah elok-elok tau.Jangan lupa bagi makan ubat tepat pada waktu.Jaga pemakanan abah dan jangan bagi abah buat kerja berat-berat" Sempat lagi dia memberi pesanan terakhir sebelum betul-betul melangkah pergi.Tiada lagi air mati melainkan senyuman bahagia.

Ku Gibran di belakang tersenyum mengejak.Ketawalah sepuas-puasnya Leen sebab nanti bila kaki kau dah mula menjejakkan kaki ke dalam rumah aku,ketahuilah nasib kau.Aku yakin takkan selamat lagi.Hari-hari kau akan menjadi gelap- segelapnya.Setiap hari kau akan ditemani dengan air mata.

"Iye abang tahu dan abang ingat."Balas Amir Syafiq bersama nada menjengkelkan.Inilah tabiat Harleen jika mahu meninggalkan abah seorang diri.Memberi pesanan seperti mereka akan terpisah negara padahal tidak perlu diulangi lagi dia sendiri sudah tahu apa yang perlu dibuat.

"Kami pergi dulu abah."Sedari dari tadi hanya berdiamkan diri dan memberi peluang kepada isterinya meluahkan perasaan,Ku Gibran bersuara juga.Tangan berkedut Encik Ahmad disalam penuh hormat.Begitu juga tangan abang iparnya.Lelaki yang mempunyai jarak umur agak jauh darinya.

"Jaga adik aku elok-elok."Ku Gibran hanya menganggukkan kepala walhal pesanan tersebut ibarat angin lalu di tepi telinga.

Setelah meminta diri pasangan tersebut bergerak ke arah kereta lalu membolos masuk.Kereta mewah tersebut bergerak meninggalkan taman perumahan ini.Hon dibunyikan sebanyak 2 kali.

"Macam tak percaya yang adik dah tinggalkan kita.Leen sudah mempunyai kehidupan tersendiri,abah harap Gibran dapat menjaga puteri kita baik-baik."Itulah kata-kata Encik Ahmad sebelum melangkah masuk ke dalam rumah manakala Amir Syafiq hanya mampu diamkan diri sahaja.Agak lama dia berdiri di hadapan muka pintu sebelum satu keluhan meniti di bibir lelaki itu.

****************************
Kereta mewah itu meluncur masuk ke dalam kotak parking yang sememangnya disediakan  kepada para penghuni disini.Pasangan tidak bahagia tersebut melangkah keluar.Bagasi dikeluarkan sendiri tanpa meminta sedikit pun bantuan daripada suami.Dalam tempoh berada di dalam perut kereta,sama ada Ku Gibran atau Harleen langsung tidak mengeluarkan satu suara.

Aneh juga melihat Ku Gibran,selalunya pantang mempunyai peluang pasti akan ada kata-kata pedas dilontarkan hingga membuatkan hatinya terluka parah.Entahlah dia pun tidak tahu apa kena dengan suaminya.

Ketika ini Harleen berjalan di belakang suaminya,sama-sama menuju ke arah lif.Terpandang pintu besi tersebut kejadian malam itu kembali berlayar di fikiran.Susah untuk melupakan malam itu,tidak sampai 5 minit pintu lif terbuka.Mereka sama-sama melangkah masuk.

Sampai di tingkat yang ingin dituju langkah berhenti mendadak.Dia merasakan seperti ada aura negatif terperangkap di tingkat ini.Aura yang membuatkan dia sukar untuk bernafas.
Menyedari tiada derapan kaki di belakang,Ku Gibran pusingkan badan.Kecilkan mata melihat gerangan yang kelihatan seperti terpinga-pinga di tengah jalan.

"Yang kau tercegat dekat situ kenapa?Cepat lah!Kau ingat aku ada masa nak tunggu kau!"Terkejut mendengar jerkahan lelaki itu,cepat-cepat Harleen berlari.

"Maaf."Ku Gibran mendengus kasar,lembab betul perempuan ni.Kutuknya.

Pintu rumah dibuka seluasnya sebelum mereka melangkah masuk.Harleen memerhati setiap sudut kondo milik suaminya.Cantik,kemas dan bersih.Baru kali ini dia boleh memandang segenap inci rumah ini betul-betul.Disebabkan malam itu agak kelam kabut dan dia juga ingin cepat-cepat melarikan diri jadi tiada mempunyai kesempatan untuk menilik.

"Bilik kau dekat dapur,sebenarnya bilik tu aku sediakan untuk bibik tapi memandangkan kau dah ada dekat sini so bilik tu aku jadikan sebagai bilik kau."Ujar Ku Gibran cukup sinis.Mana mungkin dia berikan bilik utama atau bilik lain-lain kepada gadis sengkek ini.Baginya Harleen tidak layak mendapat bilik sebesar dan semewah itu.Sejurus itu dia menampak pergi dari situ.

"Kita tak tidur sekali ke?."Terhenti langkahnya.Tidak jadi terus menuju ke bilik.Tak tunggu lama dia kembali menghadap isterinya.Tubuh Harleen dipandang atas bawah.Pandangan mengejek.

"Kau rasa perempuan macam kau ni layak  ke tidur dengan aku?.Kau rasa kita layak ke tidur sekatil?Kau rasa layak ke seorang perempuan yang entah dari mana muncul tiba-tiba jadi isteri aku..Tidur dengan aku.Tak..kau tak layak Leen.Kau dengar sini tugas kau dekat sini tak ubah macam orang gaji.Jadi tak payah berangan nak jadi macam isteri orang lain.Satu lagi kau kena ingat yang aku tak hingin nak tidur dengan kau,perempuan miskin!!."Kepala si isteri ditunjal-tunjal kasar.Teralih sedikit kedudukan Harleen.

Entah bila masa lelaki itu datang mendekat tahu-tahu sudah berada di depan mata.

BAM

Terhinggut kedua bahu mendengar hempasan pintu.Setiap kata suaminya menyedari Harleen dari terus berkhayal di awangan.Dia ketawa mengejek kepada diri sendiri.Dari dulu sampai sekarang suka sangat berangan padahal angan-angan itu memang tidak berlaku kepada dirinya.

"Kau kena sedar Leen.Dia takkan pernah terima kau menjadi isteri dia sampai bila-bila.Kau cuma perempuan asing untuk dia"

Kali ini Ku Gibran tidak kejam mana..

Mrs Gibran Where stories live. Discover now