bab 33

16K 755 57
                                    

Faris melangkah masuk ke dalam rumah dengan keadaan cukup lesu dan tidak bertenaga.Memandangkan hari ini terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan segera membuatkan Faris terpaksa korbankan waktu lunch.Sudahlah sarapan pagi tadi langsung tidak dijamah.

Pekerjaan Faris dan Ku Gibran sama sahaja iaitu menguruskan syarikat keluarga cuma tempat kerja sahaja berlainan.Boleh dikatakan mereka berdua terlahir daripada keluarga yang berharta.Faris tidak mempunyai ramai kawan selain Ku Gibran.Mereka berdua berkenalan dari zaman belajar lagi.Sebab itulah perangai lebih kurang sama sahaja.

Sejurus itu duduk dilabuhkan.Kepala yang
berdenyut sakit direhatkan di kepala sofa. Walaupun pangkat CEO syarikat disandang olehnya itu tidak bermakna dia boleh melepaskan tanggungjawab kepada pekerja sahaja.Jikalau bukan dia yang menguruskan syarikat milik keluarganya siapa lagi yang boleh diharap?.

"Awak dah balik?."Gegendang telinga disapa satu suara lembut.Kepala terus diangkat dan menoleh ke belakang sebentar.Faris mendecit perlahan.

Tiada wajah lain ke yang boleh menjadi tatapan mata apabila pulang dari kerja.Asyik wajah ini sahaja.Kalau cantik seperti kekasih clubnya boleh tahan lah juga.

"Hm."Dayana tersenyum nipis,sudah terbiasa dengan layanan dingin suaminya.Itulah rutin harian sepanjang menjadi isteri kepada lelaki ini.Setiap kali suaminya pulang pasti dia akan membawa satu gelas air untuk berikan kepada Faris dan sepanjang itu jugalah layanan Faris tetap sama.

Tidak berubah.

"Minum lah awak,saya tahu awak penat"

Dayana bersuara menggunakan nada cukup lembut sehingga Faris terlalai mendengar.
Tubuh ditegakkan sedikit lalu mencapai air pemberian isterinya diteguk rakus.

Tegak yang kering sudah dibasahkan kerana air ini.

Kepala ditoleh semula ke arah isterinya,dahi berkerut tatkala melihat di tangan Dayana mempunyai satu sampul surat berwarna koko.Dan wajah isterinya pun seperti sedang kegelisahan sahaja.

Sekejap menguis ibu jari,sekejap memandang lantai.

"Kenapa kau buat muka macam tu?Ada apa-apa yang kau nak bagitahu kepada aku ke?."Tubuh dialihkan sedikit supaya dapat memandang wajah isterinya.Kedudukan mereka masih jauh.

Faris sendiri yang membuat sedemikian rupa.
Dayana menghela nafas.Jujur katakan dia cukup penat dengan perkahwinan mereka.

Hampir setiap hari dia terpaksa makan hati dengan sikap sang suami namun reaksi lelaki ini seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sakit...Penat...Kecewa...Semua itu dia sendiri yang menanggung .Sedangkan Faris elok berfoya-foya di luar sana.Perempuan keliling pinggang.Meneguk arak seperti menguk air mineral.

"Semalam awak mana?."Soal Dayana kepada Faris,cukup ringkas tapi di dalam sangat terluka.Masih bertanya walaupun sudah tahu akan kebenaran sebenar.Sengaja dia mahu menguji kejujuran suami sendiri.Mahu melihat sama ada lelaki ini bercakap jujur ataupun tidak.

"Soalan apa kau tanya ni?Mestilah aku pergi kerja.Kau sendiri pun tahu yang sekarang kerja aku terlampau banyak sampaikan tak sempat balik ke rumah!"Sengaja menaikkan nada suara supaya rahsianya tidak terbongkar.Walhal ketika ini sudah meneguk air liur berkali-kali.

Buat pertama kali dia berasa berdebar seperti ini...

Namun penjelasan Faris tidak mudah dipercayai oleh Dayana sebaliknya gadis itu boleh tersenyum sinis.Dengan penuh berhati-hati sampul coklat tersebut dibuka.Segala isi di dalam dikeluarkan lalu dilemparkan ke atas meja.Kuat bunyinya hingga membuat Faris terkedu.

"Tu apa?!Pergi kerja ke macam tu?."

Serta-merta anak mata Faris terbuntang melihat gambar-gambar yang sudah berterabur jatuh di atas meja malahan di lantai sekali pun.Seluruh anggota badan menggeletar hebat.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now