Pandangan terhala tepat ke hadapan.
Kening pula berkerut-kerut seiringi
dengan melepaskan satu keluhan kecil.
Ingin berpatah balik rasa macam rugi pula apatah lagi bila keretanya sudah berhenti di kotak parking.Mungkin disebabkan malam ini adalah malam pertama festival ini berlangsung,jadi sambutan orang ramai sememangnya memuaskan hati.Namun begitu,itu bukan satu sebab kenapa Harleen harus mengalah.Walau macam mana sekalipun,dia tetap berkeras ingin masuk dan melihat sendiri makanan yang dijual disana.
Usai,membolos diri dan tidak lupa juga untuk mengunci kereta.Kakinya mula melangkah,
mendekati gerbang pintu festival tersebut.Ketebalan hoodie yang ketika ini dipakai,
langsung tidak dapat mengatasi kedinginan angin malam yang jauh lebih dingin.Justeru itu,spontan kedua tangan diangkat tinggi lalu Harleen memeluk tubuh sendiri.Tika ini,dia sedang berdiri di bahagian
tengah diantara kiri dan kanan yang
dipenuhi dengan deretan konopi para
peniaga.Tidak terbilang jumlah keseluruhan konopi tersebut cuma Harleen anggarkan bilangan melebihi dua puluh.Selain itu,jeritan peniaga dari konopi yang berlainan kedengaran lantang malah tidak bertali arus menyebabkan suasana makin meriah.
Seakan-akan anak kecil.Anak mata asyik bergerak ke kiri dan ke kanan.Hati sedang menahan gelora.Harleen akui,bahawa dia tergoda melihat semua makanan ini.
Tampak menyelerakkan!
Namun disebabkan,dia mudah berasa letih jadi perjalanan tidak dapat diteruskan lagi.
Sudahnya,kedai yang berhampiran mula didekati.
"Dik,nak corn dog satu."Pesan Harleen sopan.
Sementara,menunggu pesanan siap.Sempat pula,Harleen singgah di gerai nasi lemak dan lain-lain.Satu makanan sahaja tidak cukup.
Sekurang-kurangnya,lima jenis makanan harus dibawa pulang.
**************************
Entah apa yang merasuk dirinya ketika ini.Sewaktu dalam perjalanan pulang,satu cahaya terang yang terhasil dari satu arah menggamit perhatian.Seolah-olah ada satu daya tarikan kuat dan Ku Gibran cuba mendekati cahaya tersebut.Agak terkejut bila mana,cahaya terang itu sebenarnya sudah membawa dia ke sini dan ini juga,adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di tempat seperti ini.
Baginya,tempat-tempat seperti festival sangat membosankan.Selain dari,keadaan begitu sesak.Mereka juga perlu menghimpit antara satu sama lain.
Menyusahkan diri sendiri sahaja!
Sesaat kemudian...Ku Gibran mula teringat akan sesuatu.
Patutlah petang tadi,anak saudaranya beria-ria mengajak ke sini cuma dia sahaja yang menolak mentah-mentah.
Apabila,terasa tiada sebarang faedah berada disini,Ku Gibran mula berkira-kira kembali
ke kereta.Tch..Dia pun satu,buat apa keluar semata-mata mahu melihat suasana festival sahaja.Kenapa tidak terus balik saja!
Seketika kemudian...
Langkah terhenti sendiri.Kedua belah kaki terpasak kemas di tanah.Ku Gibran tidak jadi untuk melangkah pergi tatkala pandangan mata tertancap tepat ke satu arah.Dapat dia rasa,tubir matanya mula panas.Dada dihurung rasa sebak.
Walaupun wajah sebenar kurang jelas dilihat,bila mana tubuh kecil itu dihimpit
oleh para pengunjung lain.Ku Gibran yakin.Itu adalah isterinya.
Perkara yang paling menyayat hati bila mana melihat kesungguhan Harleen,semata-mata ingin melindungi plastik makanan di tangan.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...