bab 16

13.8K 676 56
                                    

Enjin kereta dimatikan apabila sebaik sahaja pancuan empat roda miliknya berhenti di hadapan pintu pagar sebuah banglo.Kertas di tangan dilihat berselang-seli melihat perkarangan banglo ini dari luar.Jika mengikut alamat yang tentera di kertas ini.Rasanya sudah tepat.

Rasa nak ketuk-ketuk sahaja kepala ini.Ada silapnya juga kerana terlupa untuk meminta customer tersebut menghantar lokasi daripada memberi alamat.Sesungguhnya melihat alamat lebih sukar berbanding mengikut location.

Ketika ini Harleen tidak ubah seperti rusa masuk kampung tatkala melihat pemandangan taman ini.Boleh dikatakan taman ini dibina khas untuk golongan orang kaya sahaja.Sepanjang di membawa kereta menyusuri lorong-lorong.Mulut tidak henti-henti memuji akan rekaan banglo disini.

Semuanya besar-besar dan mewah.Pagar juga tingi-tinggi belaka.Ini kalau ada orang datang untuk merombak silap hari bulan boleh patah kaki ketika mahu memanjat pagar.Namun Harleen yakin kes seperti itu tidak akan berlaku.

Buktinya...Lihat sahaja di hadapan sana.Ada sebuah pondok keselamatan,boleh dikatakan agak besar dari pondok keselamatan biasa.Dan 5 orang pengawal ditugaskan untuk berjaga.Tugas mereka ialah mengenal pasti gerangan manusia yang mahu masuk ke dalam taman ini.Jika wajah penghuni tetap taman ini mereka lepaskan tapi jika golongan seperti Harleen.Mereka akan menahan terlebih dahulu untuk disoal siasat.

Hampir 10 minit dia disoal sebelum dilepas pergi.Itu pun kerana customer Harleen menelefon salah seorang dari mereka berlima.

Tak mahu membazirkan masa,gugusan bunga segar di bahagian belakang dicapai dan terus  melangkah keluar dari perut kereta.Usai mengunci kereta,langkah diatur ke arah pintu pagar berwarna coklat cair tersebut.

Harleen melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu.

Sunyi....sangat sunyi.Tidak hairanlah jika keadaan seperti ini kerana kini ialah waktu bekerja bagi orang dewasa dan bagi kanak-kanak,waktu ini mungkin mereka semua masih berseronok di sekolah.

Memandangkan pintu pagar terlalu tinggi jadi terpaksa lah Harleen menjengkitkan sedikit kaki.Agak sukar namun dia tidak berputus asa.

"Ye adik,cari apa?"Tiba-tiba datang seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an menyapa Harleen.Tepat-tepat di hadapan wajah.Mujur sahaja dia tidak menjerit.Melalui ruang garis kecil yang terdapat di pintu pagar membolehkan Harleen melihat pemakaian Pak Cik itu.

Berbaju putih,seluar hitam.Kemudian di tangan mempunyai satu batang kayu berwarna hitam.Sah lelaki ini pengawal keselamatan!

"Er..ini rumah Ku Fatimah ke?."Soal Harleen dengan sopan.Raut wajah pengawal ini sedikit berubah.Jarang sekali orang luar seperti gadis ini dibenarkan masuk dan sepanjang dia bekerja di banglo ini belum pernah dia melihat wajah ini.

"Ye,ini rumah Ku Ghazil dan Ku Fatimah.Boleh Pak Cik tanya kenapa adik datang ke sini?."Soalnya kembali.Hati sudah bersorak gembira.Mungkin hari ini nasibnya terlebih baik kerana berjaya mencari rumah tanpa bantu teknologi.

"Saya dari kedai bunga yang terletak di tengah bandar sana dan pagi tadi saya mendapat satu pesanan daripada Ku Gazwa.Katanya bunga ini untuk bondanya dan dia arahkan saya untuk menghantar kesini.Tak silap saya,nama peneriman ialah Ku Fatimah."Bunga yang berada di tangan diangkat.Ditunjukkan sekaligus membuktikan dia tidak menipu.

"Jadi adik datang kesini untuk menghantar bunga kepada Ku Fatimah ke?."

Harleen mengangguk.

"Sekejap"Sejurus itu pengawal tersebut berlari masuk ke arah pondok keselamatan semula.Butang merah ditekan satu kali.Tidak sampai 5 minit menunggu,pintu pagar tersebut terbuka perlahan-lahan.Dia tidak membuka  sepenuhnya kerana bimbang jika ada anjing liar masuk.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now