bab 52

27K 1.2K 235
                                    

Tanah perkuburan Islam dipandang lama.
Pandangan berbaur emosi.Rasa sebak menghimpit dada.Sepertiman dijangka,pasti akan tumpah beberapa titisan air mata walhal sebelum tibanya disini,dia sudah berjanji tidak akan menitiskan air mata walaupun setitis.

Justeru ini apa?!Dia menemplak kepada diri sendiri.

Menarik nafas kemudian dihembus perlahan.
Setelah mengumpul sisa kekuatan,dia menampak keluar.Gerimis hujan mula membasahi bumi dan disebabkan itulah sekaki payung dibawa bersama.

Tanah yang sedikit berlecak menyukarkan perjalanan.Tikar dibentang luas sebaik tiba di salah satu pusara yang berada di tanah perkuburan ini.Duduk bersimpuh seraya membuka surah yassin.

Dua ulas bibir mula mengalunkan ayat suci Al-Quran sekaligus memecahi sepi petang.
Langit mendung bersertakan gerimis hujan menambahkan lagi rasa sayu di hati.

Beberapa minit sudah berlalu.Usai mengakhiri bacaan,beberapa doa dititipkan.

Air mata yang bercucuran jatuh dilap lembut.
Merindui seseorang yang sudah tiada di muka bumi sangat menyakitkan.Tiada ucapan rindu boleh disampaikan melainkan hanya doa.

"Leen balik dulu abah,nanti Leen datang lagi.Leen rindu abah.Macam tak percaya yang abah sudah tiada.Leen tak sempat jumpa abah buat kali terakhir..."Bibir dikemam rapat.Tidak dapat menyudahi kata kerana air mata terlebih dahulu berbicara.

Kepala menekur ke bawah.Mengingati kembali soal itu tidak ubah seperti menikam diri sendiri.Luka lama kembali berdarah.
Kesakitan makin bertambah.

Tika mendapat tahu abah meninggal sebaik sahaja pembedahan selesai,Harleen berubah seratus peratus.

Personaliti gadis yang selama ini sentiasa cerita berubah secara mendadak.Kini,dia lebih gemar termenung dan menangis seorang diri.

Selain itu,ucapan maaf disebut tanpa henti.
Seakan-akan berfikir bahawa dia penyebab kematian abah.

Dan selama itu juga Amir ialah orang paling penting bagi Harleen.Lelaki itu sentiasa akan memastikan adiknya berada di tempat terbuka.

Pendek kata,dia tidak akan biarkan Harleen berada di tempat gelap atau sunyi seorang diri.Emosi Harleen juga dijaga rapi sementelah sekarang adiknya sedang mengandung.

"Dulu abah selalu cakap yang abah nak jumpa arwah ibu,abah nak berada dekat dengan arwah ibu.Sekarang abah sudah berjaya buktikan yang abah ialah lelaki setia.Sanggup menunggu isteri sehingga akhir hayat.Terima kasih juga kerana sanggup mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk Leen."

Harleen menyudah kata.Bunyi guruh di langit memberi tanda bahawa dia harus segera pulang.Tanpa berlengah,Harleen bangkit berdiri.Sedikit sukar disebabkan bentuk badan mula berlaku perubahan cukup ketara.

**********************************
Tidak terus pulang ke rumah sebaliknya Harleen singgah di sebuah kedai.Kedai yang sentiasa dikunjungi sekarang.Pelbagai jenis kek dan brownies disajikan disitu.Tidak dapat menafikan,semakin sarat kandungan semakin bertambah seleranya.

Anak?

Tangan yang asyik membelai perut tiba-tiba terhenti sebaik perkataan itu terlintas di benak fikiran.Untuk seketika,bibir mengulum  senyuman pahit.

Tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ketika dia dimaklumkan di dalam rahimnya mempunyai satu makhluk bernyawa.Justeru apabila disoal,Harleen sekadar berkata..

"Anggap sahaja ini ialah peneman untuk Leen sewaktu kebahagian Leen musnah."

Marah?

Tiada sebab dia perlu marah.Bukankah ini rezeki bagi setiap pasangan suami isteri bahkan Harleen perlu bersyukur.Bukan semua pasangan suami isteri yang dapat merasai nikmat ini.Ada pasangan sudah mendirikan rumah tangga dalam tempoh cukup lama namun rezeki untuk dikurniakan zuriat masih tiada.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now