bab 37

16.8K 751 89
                                    

Lelaki itu memandang dinding putih dengan pandangan kosong.Sekosong hatinya.Tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya ketika ini.Rasa bersalah semakin menyelubungi diri.Semakin lama berfikir soal itu semakin bersalah dia dibuatnya.

Sudah berjam lamanya dinding kosong tersebut dipandang.Bukannya tidak mempunyai kertas kerja yang perlu diselesaikan namun setiap kali memegang batang pen pasti rayuan halus isterinya kedengaran.

Ku Gibran sangka situasi tersebut cuma sebentar tapi semakin lama semakin berlarut.Suara halus Harleen kedengaran semakin dekat malah mendayu-dayu.

Terdengar sangat menyayat hati.

Masih segar lagi perbuatan dirinya semalam di kotak fikiran.Dengan tubuh kurus Harleen dilibas menggunakan tali pinggang berkali-kali.Bukan tidak dengar tangisan Harleen cuma tangan ini seolah-olah tidak boleh berhenti dari terus memukul.Sebelum ini mana pernah sekali pun dia berlaku keras kepada perempuan.Semua perempuan yang dikenali diberikan layanan seperti puteri raja.

Dibelai,disayang,memberikan kepuasan di atas ranjang.

Pukulan itu terhenti ketika Ku Gibran mula menyedari bahawa isterinya sudah terkulai pengsan.Terus tali pinggang terjatuh sendiri di lantai.Badannya menggigil ditambah pula apabila melihat darah yang mengalir di lantai bilik.

Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dan degup jantung.Peluh membasahi dahi manakala langkah terpasung di lantai,tidak dapat bergerak atau digerakkan.Ku Gibran takut jika Harleen mati dan punca kematian bukan kerana sakit melainkan dirinya sendiri.

Pada masa yang sama Ku Gibran juga takut jika Harleen meninggalkan dia sendiri seorang diri.Tidak tahu kenapa tapi dia takut dengan kehilangan isterinya.Disebabkan itulah keputusan diambil dengan mengangkat tubuh terkulai Harleen dan dibawa ke atas katilnya.

TOK...TOK..TOK

Musnah seketika lamunan tatkala pintu pejabat diketuk dari luar.Pandangan dialihkan arah ke arah pintu berkaca kukuh itu.Kelihatan satu bayang-bayang seorang lelaki berada di luar sana.

Tidak gerangan siapakah itu.

Mahu kata pekerja rasanya bukan.Jarang sekali pekerjanya dapat bersemuka dengannya.

Jikalau semua pekerja mahu menghantar kertas kerja,mereka diarahkan menghantar kepada pembantu peribadinya terlebih dahulu.

"Masuk."Kebenaran diberikan kepada gerangan misteri itu.Ku Gibran tahu gerangan itu bukan Serra kerana sikap susuk tubuh itu sopan sekali.Kalau Serra pasti sudah menerjah masuk tanpa mengetuk pintu ataupun mendapat kebenaran terlebih dahulu.

"Bro."Terukir satu senyuman tatkala melihat susuk tubuh kawan baiknya yang mula melangkah masuk.Sudah lama mereka tidak bertemu maklumlah masing-masing sudah mempunyai isteri.

Senyuman Ku Gibran dibalas.Kerusi ditarik dan tanpa dipelawa punggung dilabuhkan di kerusi empuk tersebut.Kedatangan Faris bukanlah saja-saja.Ada perkara yang mahu diberitahu kepada Ku Gibran.

Dan sudah pasti tentang soal rumah tangga yang sudah hancur.

"Kenapa kau datang sini?Bukan ke time macam ni kau mesti perlu berada di office?.
Nak kata kau ponteng kerja tak mungkin..Eh kejap,asal kau pakai baju hitam dan seluar hitam ni?"

Dahi berkerut seribu melihat pemakaian Faris hari ini.Tidak seperti biasa.Tiada kemeja berwarna,tiada tali leher dan juga tiada kot kemas.Semua pakaian berwarna hitam seperti baru pulang dari mahkamah.

Duduk diperbetulkan.Rasa curiga pula dengan Faris ini.

"Aku baru balik dari mahkamah."Lagi berkerut dahi yang sudah memang berkerut itu.Pen diletakkan terlebih dahulu.Kini tumpuan diberikan sepenuhnya kepada lelaki ini.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now