bab 12

14.9K 690 36
                                    

Kereta berjenama mewah terhenti pabila sudah selamat meluncur masuk ke dalam garaj yang saiznya agak besar.Boleh dikatakan garaj ini mampu memuatkan lebih 10 biji kereta.Maklumlah dia dan Ku Gazwa suka membeli kereta.Menukar kereta sahaja seperti menukar baju.Teruk juga mereka
berdua dimarahi Ku Ghazli.Kata ayahanda mereka berdua suka membazir.Namun nasihat atau kemarahan Ku Ghazli ibarat mencurahkan air ke daun keladi.Sia-sia!

Kemudiannya telefon yang berada di tempat duduk sebelah dicapai.Digenggam erat seraya melangkah keluar dari perut kereta.Setelah berjam-jam berkurung di dalam ruangan kerja akhirnya dapat juga dia menghirup udara segar.Langkah diatur kemas.

Pintu rumah dikuak perlahan.Tanpa memberi salam Ku Gibran melangkah masuk.Tiada apa lagi yang mahu dia fikirkan sekarang melainkan mahu berehat.Sungguh penat hari ini kerana terpaksa siapkan 3 projek besar sekaligus.Siapkan seorang diri tanpa sesiapa membantu kerana hanya dia seorang  sahaja yang mengurus syarikat milik keluarganya.Ini kerana adiknya sudah mempunyai syarikat sendiri.Jika dulu ringan lah jugak beban.

"Pak Long!!!."Ku Gibran yang ketika itu sedang santai merehatkan diri di atas sofa,tersentak.Mendengar suara itu sahaja boleh buatkan senyuman terukir.Setelah itu dia mengamit kedatangan Ku Ayana yang entah muncul dari mana.

"Ye baby,nak apa?."Tubuh kecil itu diangkat dan diletakkan di atas riba.Hilang segala penat lelah yang dirasai tadi.Melihat wajah comel ini sahaja sudah mampu membuatkan dia tenang.

"Heheheh,tak ada apa-apa."Kepala dilentokkan di dada bidang Ku Gibran.Mainan beroda yang dibawa bersama di mainkan disitu.Tempat dia melentokkan kepala.

"Mana mama dan papa yana?."Setelah menyedari keberadaan Ku Gazwa dan isteri tiada di ruangan ini.Dia bertanya.Tayar kereta yang masih bergerak di atas dadanya dek kerana pergerakan tangan Ku Ayana dibiarkan begitu sahaja.

"Ada dekat dapur dengan nenek dan atuk."Petah sahaja Ku Ayana menjawab.Selang beberapa minit sahaja cuping telinga dapat menangkap beberapa derapan kaki mendekati ke arah dia dan Ku Ayana.

"Ha along,baru balik?."Soal Ku Fatimah yang mula mendekati anak sulungnya.Tidak ketinggalan juga Ku Ghazali dan Ku Gazwa juga turut berada dibelakang.Manakala Ku Sarah berada di sisi suaminya.Mereka berempat baru sahaja selesai makan malam tanpa menunggu kepulangan Ku Gibran kerana masing-masing sudah tahu sikap lelaki ini.Kurang makan malam.

"Ye bonda,baru balik."Badan digesotkan sedikit  bagi membolehkan adiknya mengambil
tempat di sebelah.Sofa ini bersaiz besar dan ukuran agak panjang.Boleh memuatkan 3 orang dewasa dan beberapa budak kecil.Ku Ghazli yang berada di sofa single memandang wajah anak sulungnya dengan pandangan cukup bangga.Dapat dilihat wajah itu kepenatan dan memerlukan rehat secukupnya.

"Ayahanda bangga dengan along.Walaupun berseorangan along pandai uruskan syarikat kita tanpa ada cacat cela.Ayahanda tahu bukan senang nak uruskan projek itu semua,satu projek pun dah boleh memeningkan kepala."Dirinya begitu kagum dengan sikap bertanggungjawab anaknya itu.Meskipun perangai Ku Gibran memang nakal tetapi jik soal kerja memang sikap lelaki itu akan berubah menjadi tegas.Entah dari mana anaknya itu mewarisi sikap tegas itu.Mahu katakan dia.Tidak pula.Sikapnya lebih kepada lembut dan senang bekerjasama.

Ku Gibran tergelak kecil.

"Takda apa-apa yang boleh dibangga pun Ayahanda,macam lah Ayahanda tak tahu dengan along.Bukan sahaja bijak tapi kacak pula."

Kepujian Ku Gibran untuk diri sendiri membuatkan Ku Gazwa menjuihkan bibir.Kurang senang dengan  keangkuhan abangnya itu"Eleh kau,Ayahanda puji macam tu pun kau dah riak.Tengok aku dah ada syarikat sendiri.Macam mana nak lagi lelaki macam aku.Umur baru 23 tapi dah boleh bina syarikat atas nama sendiri."

"Diam lah kau.Kau ingat  aku tak boleh bina syarikat sendiri?Kalau aku nak sekarang pun bolehlah tapi aku cuma berfikir panjang.Cuba kau fikir kalau aku ada syarikat sendiri.Siapa yang nak uruskan syarikat Ayahanda?."Bahu adiknya ditumbuk sedikit kuat.Dari dulu lagi Ku Gazwa suka mencari pasal dengannya dan setiap kali adiknya mencari salah dirinya.Satu tumbukan akan diberikan.Mereka berdua sejenis bergurau kasar sedikit.Biasalah kalau mereka berdua sahaja anak dalam keluarga ini.Lelaki pulak tu.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now