Sedar tak sedar sudah dua minggu Harleen dan suaminya tidak bertegur.Pada masa yang sama juga,tiada perkara menarik yang terjadi melainkan satu perkara iaitu..
Ku Fatimah..
Saban hari,Harleen semakin dapat melihat kesungguhan Ku Fatimah dalam perhubungan mereka.
Boleh dikatakan hampir setiap hari ibu mentuanya akan menghubunginya.Walaupun perkara itu ialah suatu perkara kecil,namun berbeza bagi Harleen.
Dan siapa sangka perubahan drastik Ku Fatimah diterima baik oleh ahli keluarganya yang lain.
Manakala Ku Gibran pula...
Ada kalanya lelaki itu seolah-olah tidak wujud di muka bumi ini.Semakin lama semakin nipis peluang untuk mereka berselisih meskipun jarak antara mereka tidak terlalu jauh.
Selain itu,Ku Gibran makin kerap pulang lewat malam.Pernah juga pulang dalam keadaan mabuk.Siapa lagi yang tolong bersihkan kalau bukan Harleen.Pembersihan dilakukan dalam keadaan suaminya separuh sedar.
"Kau pulak Leen.Kau setuju tak dengan cadangan Dayana?"Segala lamunan terbang keawangan tatkala pertanyaan Betty menceroboh gegendang telinga.
Serta-merta perhatian sepenuhnya teralih kepada dua individu yang sedari tadi,setia menanti jawapan daripadanya.Ketika ini mereka bertiga berada di sebuah restoran
yang terletaknya di dalam sebuah Mall."Huh?"
"Kau ni Leen.Aku tanya kau setuju tak dengan cadangan Dayana.Semenjak kebelakangan ini,hampir setiap hari kita akan menerima pesanan.Jadi tugas menyiapkan semua pesanan customer ialah tugas aku dan kau tapi kalau setiap hari macam ni,aku dah tak boleh buat kerja hantar pesanan macam dulu lagi."Panjang lebar Betty menerangkan mengenai perbualan dia dan Dayana sebentar sahaja tadi.
"Jadi aku cadangkan supaya kau ambil seorang lagi pekerja tapi dia hanya sekadar menghantar pesanan sahaja dan semua kerja di kedai hanya kita bertiga yang perlu selesaikan.Hm..kau setuju tak Leen?"Kali ini Dayana pula bersuara.
Sejenak Harleen diam.
"Hm..Aku setuju kalau itu yang bagus."Cukup ringkas balasan Harleen.Buat masa sekarang Doktor melarangnya berfikir terlalu banyak.
Bimbang akan jatuh pengsan lagi.
"Kau okey,Leen?"Mungkin disebabkan jantina Betty adalah seorang lelaki maka tidak hairan jika lelaki itu tidak perasan setiap perubahan Harleen.
Cukup sekadar memandang mata Harleen kerana dari situ sahaja jelas menunjukkan segalanya.
Harleen tampak seperti kehilangan.Dayana tidak dapat menebak sepenuhnya disebabkan ketika ini,Harleen seakan-akan berusaha menjadi tabah.
"Okey.."Harleen cuba mengawal intonasi sebaik mungkin.
"Lambat betul makanan kita sampai.Aku dah lapar ni."Rungutan halus Betty mematikan tindakan Dayana yang ketika itu asyik merenung tajam kepada Harleen.
"Sabarlah..Bukan kau aje yang tengah lapar sekarang.Aku pun lapar jugak."Sebal Dayana membalas.
"Itulah korang.Aku dah cakap tadi,beli nasi ayam di area kedai kita aje tapi degil.Lagi-lagi Si Leen ni.Sebelum ini tak pernah pulak lunch dekat sini tapi hari ini dia pulak yang beria."
Tidak henti-henti Betty membebel ditambah pula apabila Dayana turut melayan sama dan Harleen sekadar senyum.Tidak dapat menafikan lagi hakikat sebenar.Banyak sahaja deretan kedai yang menjual nasi ayam namun selera Harleen terlalu inginkan nasi ayam disini.
Tidak lama kemudian, seorang waiter lelaki menghampiri mereka bertiga sambil menatang dulung.
Sewaktu menghidangkan makanan,panahan mata lelaki tersebut tidak sedikit pun terkalih menatap sisi wajah Harleen.Apa yang pasti perlakuan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang selesa kepada Harleen.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...