bab 17

13.7K 637 43
                                    

Kening berkerut-kerut.Makanan yang masih berada di dalam mulut dihabiskan secepat mungkin.Gelas dicapai lalu dihirup sedikit teh panas tersebut.Terasa hangat apabila menyentuh permukaan perut.Kemudian sistem pendengaran dipasang kembali.Tidak silap,sebentar dia ada mendengar 2 suara manusia seperti sedang bertikam lidah.

Tapi bila difikirkan balik mustahil kerana hanya dia dan Betty sahaja berada di dalam bangunann ini.Memandangkan sebelum datang ke kerja sebarang makanan atau minuman belum diambil walaupun sedikit.Oleh itu,sebaik sahaja sampai Harleen mengambil keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu.

Meninggalkan kerja di hadapan sana kepada Betty sementara dia menghabiskan sarapan di bahagian belakang.Namun tidak sampai 2 minit,suara tersebut kembali kedengaran

Sayup-sayup tapi suara yang paling jelas kedengaran ialah suara kawan baiknya.

Sudu diletakkan kembali.Tubuh ditolak bangkit lalu langkah diatur kemas.Menuju bahagian depan.Tapi sebelum itu semua sampah-sarap dibuang.Gelas dicuci bersih-bersih.Perasaan ingin tahu semakin melonjak tinggi.Sepanjang dia bekerja belum pernah dia mendengar suara Betty seperti itu.Nampak sangat marah dan tidak berpuas hati.

Kerana sebelum ini tugasan melayan customer ialah tugasan Harleen.Manakala lelaki itu hanya membantu yang mana perlu.Tiba sahaja di bahagian depan,bebola mata Harleen terbeliak besar.Terkejut melihat kejadian yang berlaku di depan mata.Kelihatan Betty sedang menarik rambut seorang gadis dan gadis itu juga turut membalas sama.Mereka berdua sama-sama menjerit kesakitan tanpa melepaskan cengkaman tersebut.

Meskipun masih kaget tetapi diagahkan jua kaki menuju ke arah mereka berdua.Mahu tak mahu dengan terpaksa bahu Betty ditarik sedikit kasar,mahu ditolak ke belakang.Percubaan pertama tidak berjaya kerana lelaki itu sengaja mengeraskan badan sehinggalah percubaan kedua.

Berjaya!!

"Ya Allah,apa yang berlaku ni?!Betty kau dah kenapa tarik rambut perempuan ni?!"

Tidak dihiraukan lagi jika suaranya dapat menarik minat orang luar.Cermin kedai terlalu nipis jadi tidak hairanlah kalau sekarang kedai ini menjadi tarikan ramai.Entah-entah pergaduhan tadi sempat dilihat orang ramai.Dada Betty berombak ganas.Bebola mata memancarkan kemarahan seperti gunung api yang menunggu masa untuk meletup.

"Kau tanya sendiri lah perempuan ni?Dasar betina kurang ajar.Tak faham bahasa!"Lantang dia bersuara bersama rengusan nafas kasar.Rambut serabai dibetulkan semula.Ini semua kerana perempuan ini.Entah datang dari mana tiba-tiba cari pasal dengan dia.

Kening dijongketkan sebelum pandangan dialih ke sebelah kirinya.Turun naik anak mata memandang sosok tubuh gadis ini.Jika diukur ketinggian mereka.Memang gadis ini yang menang.Gaya seperti seorang model terkenal.Melihat pakaian pula,Harleen yakin yang gadis ini berasal dari golongan orang biasa seperti mereka.Dress nipis menjadi pilihan.Hanya menutup yang mana perlu.

Sangat cantik...Cuma

Gaya rambut sahaja yang merosakkan imej tersebut....Sudah seperti sarang tebuan.

Gadis itu memandang Harleen sekilas sebelum kembali memandang Betty.Gigi terkacip-kacip.Genggaman tangan menjadi lebih kuat.Bila-bila masa sahaja dia boleh saman lelaki itu dengan atas apa yang berlaku.

"Err.....Cik,saya nak mintak maaf bagi pihak kawan saya.Saya harap Cik takkan kenakan sebarang saman kepada pihak kami.Saya betul-betul minta maaf."Separuh badan diturunkan sedikit.Tidak habis-habis dia meminta maaf demi menjaga nama baik perniagaan.Harleen terpaksa merendahkan sedikit egonya.Terlalu bahaya terlalu bahaya jika gadis ini viral kan kedainya.Sekarang semua perkara hendak diviral kan dan sangat mudah untuk tersebar luas.

"Boleh saya tahu kenapa awak dan kawan saya bergaduh.?"Soal Harleen ingin mencari tahu punca bergaduhan tersebut.Dia tidak boleh mendengar sebelah pihak sahaja.Mana tahu jika Betty yang mulakan dahulu.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now