Kesemua pekerja mula beransur beredar tanpa sebarang kata cuma yang tinggal hanyalah seorang lelaki.Perwatakan kemas selama ini sudah tidak lagi kelihatan sebaliknya lelaki itu tampak selekeh.
Tali leher entah hilang ke mana.Gaya rambut tidak terlalu kemas seperti sebelum-sebelum ini.
Malah tiada sesiapun di antara mereka memberanikan diri untuk bertanya atau mengajak lelaki itu supaya turut melangkah pergi sama.
Sewaktu perbincangan juga mood Ku Gibran kurang baik.Jadi lebih baik mereka diam daripada bercakap.Silap hari bulan jika salah seorang pekerja melakukan kesilapan pasti akan ditengking.
Dan nasib mereka sangat bertuah kerana meeting ditamatkan sebelum tepat pada waktunya.
Itu pun kerana arahan daripada Ku Gibran sendiri.
Hening buat seketika..
Rasa sakit di bahagian kepala semakin mencucuk.Kening berkerut-kerut.Ku Gibran mengerang kesakitan.
Perlahan-lahan kepala direhatkan di bahagian empuk kerusi.Seiring dengan itu satu keluhan dilepaskan.
Kedengaran sangat lemah dan tidak bermaya.
Semakin lama berada disini Ku Gibran dapat rasakan suhu badannya semakin meningkat naik.Ingin menghubungi Harleen rasa macam kurang sopan pula.
Fikirnya mungkin pada waktu begini,isterinya masih sibuk menguruskan kedai lagipun waktu lunch bermula cuma tinggal beberapa minit aje lagi.
"Kamu dah kenapa along?."Kelopak mata yang sudah dipejam,kembali terbuka.Walaupun susuk tubuh seseorang kelihatan tidak begitu jelas tapi telinga masih boleh mendengar derapan sepasang kaki.
Orang itu sedang menghampirinya.
Satu kerusi bersebelahan anaknya ditarik keluar.Kemudian dijatuhkan punggung disitu.
Sewaktu mencari bayangan Ku Gibran di ruangan biliknya.Ku Ghazli dikhabarkan oleh Linda bahawa anak sulungnya itu masih belum beredar dari bilik mesyuarat.
Linda juga tidak lupa untuk memberitahu tentang kondisi Ku Gibran.
"Sakit kepala je ayahanda."Lemah Ku Gibran menbalas bahkan kurang jelas di telinga.
"Ini bukan sakit kepala biasa tapi demam.Nak buka mata pun tak larat.Itulah kamu,kuat sangat bekerja.Hari cuti pun masih lagi siapkan kerja.Kamu ingat ayahanda tak tahu sikap kamu yang ini?Sekarang Ayahanda nak kamu pergi balik rehat."Sebagai seorang bapa ada juga terselit simpati kepada anaknya ini meskipun sudah bergelar suami orang.
"Memang nak balik pun cuma along kena tunggu Leen datang ambil.Hari ini Leen yang hantarkan along pergi kerja.Sekarang tengah tunggu waktu lunch habis sebab Leen kata nak datang ambil selepas waktu rehat."
Biarpun masih dengan kelopak mata tertutup rapat.Ku Gibran tetap menjawab.
"Jadi Leen pun kerja separuh hari macam kamu?"
"Hm..Dia ada cakap macam tu tapi along tak pasti pulak."Tekun Ku Ghazli mendengar.Siku ditongkatkan di atas meja kaca.
Meskipun masih dalam fasa baharu dalam mengenali hati budi menantunya.Ku Ghazli menilai bahawa Harleen ialah seorang isteri yang tidak pernah mengeluh.
Buktinya,lihat sahaja keadaan sekarang.Gadis itu sanggup mengambil cuti semata-mata ingin menjaga suami sakit.
"Kamu dah tak pergi ke club?."Pertanyaan ayahanda mengundang satu batuk kecil.
Hairan kerana tiba-tiba sahaja perkara remah ini dibangkitkan.Sesaat,bebola mata melirik wajah lelaki berusia itu.
Tampak tenang dan inginkan jawapan.
"Lama dah tak pergi..Kenapa?"
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...