63-END

40.7K 1.5K 465
                                    

Harleen terjaga dari tidur gara-gara
merasakan tidak selesa.Satu keluhan meniti
di bibir.Dalam keadaan sekarang ianya
adalah satu kesukaran bagi Harleen.Nak bangun saja berminit-minit.Usai saja,badan disandarkan di kepala katil.Dada tiba-tiba terasa sesak akibat terlampau keluarkan tenaga.

Seraut wajah yang jelas kelihatan nyenyak tidur dipandang cukup lama.Dada juga turut
berombak tenang.Menandakan keadaan lelaki itu baik-baik sahaja.Spontan bibir
mengukir satu senyuman.

Semenjak kebelakangan ini,dia lebih suka
berada dekat dengan Ku Gibran.Kalau boleh dia mahu mereka sentiasa berada bersama.
Melalui layanan,sikap dan tutur kata suaminya berjaya mencuit ego Harleen sebagai seorang wanita.

Dia marah,Ku Gibran senyum.Dia memberontak,Ku Gibran sekadar diam.
Dia menangis,Ku Gibran jugalah yang sedia memujuk.Dan lama kelamaan,Harleen tewas.

Berbanding dulu,sekiranya suaminya
bertanya dia lebih memilih untuk tidak menjawap atau diam.Sekarang,pantang
Ku Gibran diam,Harleen akan mencari
topik perbualan terlebih dahulu.

"Shhh."Merasakan kesakitan di bahagian ari-
ari membuatkan Harleen mendesis.Jantung
berdegup kencang.Mencucuk-cucuk rasa
sakit tersebut.Malah,disebabkan inilah dia terjaga dari tidur.Fikir Harleen,kesakitan itu sekejap cuma.

Berbekalkan cahaya lampu tidur,kedua
belah kaki perlahan-lahan dijatuhkan.
Kalau boleh dia tidak mahu setiap dari pergerakannya boleh mengeluarkan
sebarang bunyi sehingga mengganggu
lena Ku Gibran.Belum sempat tubuh ditolak
bangun,tingkah laku tersebut serta-merta
terhenti.

Seluruh tubuh mula menggigil halus.Sejurus itu,tangan yang sudah terketar-ketar dibawa
ke celah kangkang.Basah!

Buat kesekian kali,dada Harleen berombak
kencang.Dia cukup yakin ini bukan air
kencing kerana cecair ini langsung tidak menghasilkan sebarang bau.Jauh sekali
bau hancing.

"Sayang..?"Dalam dia masih ketakutan,
Ku Gibran menyeru perlahan.Walaupun
masih dalam keadaan mamai,suaminya
cuba untuk bangun.

Dan Harleen,sekadar duduk di birai katil menanti.

"Sayang nak pergi tandas ke?Kenapa tak kejutkan abang?"Sesudah itu,Ku Gibran
mula bertanya.Tika sedang lena tidur,dia
dikejutkan dengan satu pergerakan kecil.
Oleh kerana terlalu penasaran,Ku Gibran
cuba menoleh di sebelah kanan dan sangkaannya benar.Pergerakan kecil itu
adalah berpunca daripada isterinya.

Tidak menjawab sebaliknya menyeruh
Ku Gibran supaya lebih dekat.Harleen
berfikir bagaimana cara untuk memberitahu suaminya soal ini.Oleh kerana cuma diterangi
lampu tidur,itu membuatkan suasana terasa lebih seram.

"Sayang..Abang tanya ni.Kenapa bangun
tengah-tengah malam macam ni?Sayang
sakit ke?Atau,sayang lapar?Sayang nak
makan?Please,jawab bila abang tanya."

Barangkali geram dengan kebisuan Si isteri,
nada suara Ku Gibran kini kedengaran sedikit
meninggi.Tanpa dipinta,isterinya itu mula
menangis kecil.

"Eh sayang,abang tak marah.Sayangjangan salah faham.Abang cuma tanya aje."Sisi kepala digaru meskipun tidak gatal.Aduhai Harleen...

Bertambah keliru dibuatnya bila Harleen mengelengkan kepala.

"Saya bukan nak ke tandas.."

Jeda....

Sungguh,kesabaran Ku Gibran betul-
betul diuji.Dia tidak marah jauh sekali
ingin meninggikan suara.Cuma bila,Harleen cuba bermain tarik tali pada waktu sebegini,
Ku Gibran tidak suka.

"Habistu apa,sayang?"

"Seluar saya basah.Saya tak kencing.Tapi
kenapa,seluar saya basah?Perut pun rasa macam tercucuk-cucuk."

Mrs Gibran Where stories live. Discover now