bab 51

28.1K 1.2K 281
                                    

Sejurus menerima panggilan Ku Gibran.
Dalam kadar segera mereka bertolak ke hospital.

Sebagai penerima panggilan tersebut,Ku Gazwa menjadi tertanya-tanya.Mengapa intonasi suara Ku Gibran kedengaran seperti sedang menahan tangisan.Tutur kata pula tidak seperti sebelum ini.

Susuk tubuh yang ketika itu sedang bersandar lemah di dinding cukup menyakinkan mereka sekeluarga bahawa itu adalah Ku Gibran.

Sangka mereka hanya Ku Gibran seorang sahaja tetapi lain pula.Dua individu tidak dikenal turut sama menunggu.

"Along."Seruan lembut seseorang menarik perhatian tiga lelaki.Melihat sahaja Ayahanda dan Bonda,dia terus bangkit berdiri.

Sejurus mendapatkan kedua sekali,tangan mereka disalam hormat.Ternyata kelakuan itu diperhati lama oleh Amir Syafiq.Decitan halus terbit dari celah bibir.

"Along..Siapa mereka berdua ni?Kamu kenal ke?"Usai sahaja bersalam,Ku Ghazli terus menyoal.

Terasa perit di celah kerongkang.Lidah juga bertukar menjadi kelu.Memang diakui betapa sukarnya dia mahu menjawab pertanyaan itu namun sampai bila?

Justeru itu nafas terlebih dahulu dihela sebelum..

"Ini ayah dan abang Harleen."Perlahan suara pabila memperkenalkan abang ipar dan ayah mentuanya.

Tepat pada jangkaan,kesemua mereka kelihatan terbungkam buat seketika.Lebih kepada tidak sangka mungkin?

Menyedari hakikat tersebut,Ku Ghazli sebagai ketua keluarga terlebih dahulu menghulurkan tangan sambil itu diikuti oleh Ku Gazwa di belakang.Huluran tangan disambut baik oleh abang dan ayah Harleen.

Baru hari ini mereka berpeluang dapat mengenali ahli keluarga Harleen.Sejurus itu,suasana kembali sepi.

Terasa ada sepasang mata yang asyik mencuri pandang buatkan Ku Gazwa menolehkan kepala.Saat itu matanya dan mata Amir berpaut namun lelaki itu sekadar tersenyum nipis.

"Kenapa Kak Leen masuk hospital along?Dia sakit apa?"Disebabkan tidak dapat menahan diri daripada terus bersabar,Ku Gazwa menyoal.

Ternyata pertanyaan Ku Gazwa berjaya memecah suasana hening sekaligus menggamit perhatian si abang.

"Tak tahu..Along tak tahu.Doktor belum keluar lagi sampai sekarang."Lemah Ku Gibran menjawap.Kelopak mata kembali dipejam rapat.Namun sebentar cuma kerana tika menutup mata,bayangan Harleen dalam keadaan berdarah muncul secara tiba-tiba bahkan isterinya tidak henti menangis.

Dia dihantui oleh bayangan tersebut!

"Maaf mencelah.Saya tahu tidak elok jika berbincang dalam situasi begini tapi nampak gaya kamu semua perlu tahu soal ini."Buat sekalian sekali Ku Gibran terpanar.Berderau darah mendengar tutur kata Amir.

Rasa takut dan gelisah menyelubungi diri walhal jika diikutkan sebelum ini dia adalah seorang lelaki yang cukup berani.Tidak takut dengan segala cabaran.

"Teruskan..Kalau ini mengenai anak saya sila teruskan."Satu keluhan dilepaskan sebaik mendapat kebenaran daripada seorang wanita iaitu Bonda Ku Gibran.

"Saya abang kandung Harleen sekaligus merangkap sebagai abang ipar kepada Gibran mengaku bahawa saya betul-betul kecewa dengan dia.Selepas melihat sendiri sikap sebenar Gibran,saya mohon agar dia dapat melepaskan adik saya."Masing-masing tersentak lebih-lebih lagi lelaki yang sudah mengenal erti penyesalan.Kepala digeleng berulang kali.

"Bukan sengaja saya memohon permintaan ini lagipun siapa sahaja mahu hancurkan rumah tangga seseorang melainkan pasangan itu sendiri.Saya dan abah boleh menjadi saksi bagi kekejaman Gibran terhadap Harleen."

Mrs Gibran Where stories live. Discover now