bab 18

14.1K 602 83
                                    

Laci meja yang sememangnya disediakan khas untuk koleksi kesemua jam tangannya ditarik keluar.Tidak terus memilih sebaliknya memerhati terlebih dahulu.Beberapa minit berlalu sebelum satu jam tangan berjenama rolex berwarna hitam menjadi pilihan hati.Kebanyakkan barang peribadi milik Ku Gibran berada di rumah keluarganya berbanding rumah sendiri.Mungkin kerana Ku Gibran jarang pulang ke sana.Jadi lelaki itu menyimpan semua barangnya disini.

Ada juga dia menyimpan pakaian atau barangan lain tapi dalam kuantiti sedikit.Jika merasakan terlalu lama meninggalkan kondo tersebut,Ku Gibran akan pulang.

Kemudian satu botol kaca minyak wangi disembur ke seluruh tubuh.Menghasilkan satu bau.Bau yang memang sudah sebati dengan dirinya.Tidak boleh ditinggalkan walaupun hanya duduk di rumah.Malahan bau itu juga berjaya menarik minat gadis-gadis termaksud pekerja sendiri.

Entahlah?.Itu mungkin kerana dari awal lagi Ku Gibran mendidik diri supaya memakai wangian ataupun memang dari awal dirinya sudah wangi.?

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri.Dia melangkah keluar.Malam ini ialah malam minggu jadi dia bercadang mahu menginap di rumah sendiri.Susah jika hari minggu dia menginap di rumah ini.Salah satu kerana tidak boleh membawa pulang perempuan dan tidak boleh mengadakan party.

Sunyi..

Suasana di tingkat 2 sangat sunyi,tidak seperti sebelum ini.Suara Ku Ayana juga tidak kedengaran.Firasat Ku Gibran mengatakan yang Ku Gazwa dan keluarga kecilnya sudah pulang ke rumah sendiri.Jadi yang tinggal
malam ini hanya bonda dan ayahanda sahaja.

Lelaki ini mencari kelibat Ku Fatimah namun tidak kelihatan.Dahi berkerut untuk seketika sebelum langkah diusung ke tingkat bawah pula.Mungkin wanita itu berada di dapur ataupun di ruang tamu.Saat kaki melangkah menuruni tingkat bawah.Tiba-tiba keinginan Ku Fatimah menerjah masuk ke dalam kotak pemikiran.Sewaktu makan malam sebentar tadi,wanita itu ada mengatakan tentang kesunyian rumah ini.

"Bonda rindu nak dengar suara bayi baru lahir merengek"Itulah kata-kata yang terpancul keluar dari bibir bonda.Namun Ku Gibran mendiamkan diri sahaja.Membiarkan adiknya membalas kata-kata bonda kerana dia sudah tahu kata-kata itu dituju kepadanya.

Itu bermaksud suruhan kepadanya untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan bonda sendiri.

Satu keluhan dilepaskan.Boleh dikatakan setiap kali mereka sekeluarga berkumpul pasti topik itu akan dibangitkan.Cukuplah Ku Gazwa sahaja yang mengikut telunjuk bonda.Itu pun nasib baik Ku Sarah dan Ku Gazwa belajar untuk menerima antara satu sama lain walaupun perkahwinan mereka diatur oleh kedua belah pihak.

"Bonda oo bonda."Ku Gibran menyeru sebaik sahaja tiba di ruang tamu.Sangkanya sosok tubuh itu berada di ruangan ini namun hampa.

"Ye,bonda ada dekat dapur ni.Along datanglah sini"Mendengar sahaja arahan tersebut,terus kaki diangkat.Kelihatan Ku Fatimah sedang membasuh pinggan.Membelakangi dirinya.

Jam tangan ditilik sekejap.Masih awal tapi dia perlu beredar sekarang kerana mahu mengelak dari kesesakan jalan raya.Maklumlah malam ini malam minggu,pasti ramai manusia akan keluar mencari angin malam.

"Bonda..Along balik dulu ye.Nak kena pergi sekarang sebab takut jalan sibuk"Ujar Ku Gibran meminta izin.Sengaja dia tidak  memberitahu tentang perkara ini dari awal.Kalau tidak pasti wanita itu akan melarang dia pulang ke sana.

"Aik,along nak balik dekat mana?."Soal Ku Fatimah.Paip air ditutup lalu dicapai satu tuala kering.Tangan yang basah di lap sehingga kering.Kini pandangan kembali ditumpukan kepada Ku Gibran.Dia berharap sangat Ku Gibran tidak akan pulang ke kondo.Keadaan banglo ini akan menjadi sunyi jika kedua anak lelakinya pulang ke rumah sendiri.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now