Bab 3

3.8K 126 5
                                    

"TAK mungkin Rin.."

"Kenapa tak?"

"Tak mungkin untuk saya kahwin dengan awak sedangkan saya masih belajar Rin.."

"Saya suruh awak jumpa abi saya.. untuk pujuk diorang dan buktikan cinta awak pada saya Riq.."

"Tapi Rin.. macam mana kalau abi awak nak saya kahwin dengan awak segera?"

"Dah tu.. awak terima lah saya. Awak sayangkan saya kan.."

"Iya, tapi awak nak ke hidup dengan saya yang tiada kerja ni? Saya tak mampu nak jaga awak Rin.. saya bukan dari keluarga yang senang."

"Jadi, awak kena terima kalau saya ditakdirkan dengan orang lain.."

"Kalau itu jalan terbaik.. saya sanggup Rin.. saya tak nak awak hidup dengan saya.. dalam kesusahan.. saya tak nak.."

Afrina diam. Jelas dimukanya.. dia sakit dengan keputusan Ariq.

"Awak bahagia cukup buatkan saya bahagia.. orang tua awak lebih tahu apa yang terbaik untuk awak. Dan saya yakin pilihan orang tua adalah pilihan yang tepat untuk awak.. mungkin ada hikmah disebalik masalah ni Rin.. saya redha kalau ditakdirkan awak memang bukan untuk saya.." jelas Ariq.

Jauh dalam sudut hatinya hanya tuhan yang mengetahui, dia tidak mampu untuk menghalang takdir Allah jika itu yang tertulis. Walau berat untuk dia terima, dia akan cuba untuk lepaskan Afrina Aireen walau sakit yang perlu dia hadap.

"Baiklah. Saya tak ada hak nak paksa awak Riq. Awak lebih berhak untuk memilih yang terbaik. Saya pergi dulu.." Afrina bangun dengan rasa kecewa seribu kali ganda berbanding rasa kecewanya terhadap Zafril.

Ariq yang dia harap dapat membantunya, setapak pun tak mahu berganjak. Susah payah dia datang ke sini hanya semata-mata mahu berjumpa dengan kekasih hati.. namun, begini saja yang dia dapat.

"Maafkan saya Rin.."

"Terima kasih bagi saya pilihan yang terbaik." Jawab Afrina sebelum beredar. Dia masuk ke perut kereta. 

Telefonnya di hidupkan.. dia menaip mesej. Dia menuju ke kampungnya semula. 

Selama 4 jam dia memandu seorang diri dari universiti ke kampung.. dan akhirnya dia sampai juga. Dia tidak terus pulang ke rumah malah dia melencong ke tempat lain. Dia harus bersua muka, berdua dengan Zafril. Sampai di taman Rembulan, dia menunggu di bangku berhampiran kolam ikan. Seketika kemudian seseorang datang menyapa dari belakang.

"Rin.."

Afrina Aireen menoleh. Sorotan matanya terlalu dingin untuk Zafril. Terlalu jauh perbezaan pandangan mata Afrina dulu dan kini.

"Awak nak saya kahwin dengan awak?" Soalnya yang duduk di bangku. Berbeza dengan Zafril yang masih berdiri.

"Ya Rin.. dah banyak kali saya cakap pada awak Rin.."

"Apa awak akan buat kalau saya tetap tak terima awak?"

"Saya sama, saya akan tetap tunggu awak untuk terima saya.. sebab saya tahu.. hanya awak dapat jadi makmum saya." tutur Zafril.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now