SEBULAN berlalu begitu pantas. Dalam masa sebulan ini juga dia dapat banyak berita. Berita gembira dan sebaliknya.
Zayn telah ditangkap polis sudah hampir dua minggu. Rumahnya diserbu oleh pihak polis dan mendapati Zayn jadikan rumahnya yang lama sebagai tempat penyimpanan barang terlarang itu. Entah siapa yang membuat laporan. Tetapi bila difikirkan, ada baiknya juga.. Sampai bila nak biarka Zayn begitu.
Mungkin sudah tiba masanya untuk dia bersemuka dengan Zayn. Walaupun rasa kecewa itu ada. Jika sebelum ini mereka dapat bertemu tanpa ada yang menghalang, sekarang lain. Ada kaca besar dan jeriji menjadi penghalang antara mereka.
Zafril memandang Zayn yang kelihatan berserabai.
"Kau nak apa? Nak gelakkan aku?"
"Sampai bila kau nak macam ni?"
Dia bukan sesuap untuk menilai Zayn. Tapi, Zayn perlu diberikan nasihat. Kerana, dia tahu Zayn mampu berubah menjadi lebih baik.
"Kau okay tak?" Soal Zafril.
Tiada jawapan balas dari Zayn malah dia hanya merenung tajam ke arah Zafril.
Zafril bersandar pada kerusi. Dia tahu, pasti Zayn mengagak dia punca Zayn berada dalam lokap.
"Kalau tak ada apa nak cakap. Baik kau blah lah!" Dia dah rimas dengan Zafril yang melawan renungannya. Dan akhirnya, dia yang kecundang awal.
Zayn mendengus kuat. Dia berdiri mahu beredar.
"Zayn, kejap!"
"Kejap.." pinta Zafril.
Zayn duduk semula.
"Semua ni jadi ada hikmah. Aku nak kau berubah."
Kata-kata Zafril membuatkan Zayn ketawa sinis.
"Ada hikmah.. Berubah.."
"Kau masih ada ruang, peluang dan masa untuk berubah. Kau tak sepatutnya kat sini. Aku tak tahulah macam mana kalau atuk tengok sendiri apa yang berlaku pada kau.."
"Memang. Memang atuk akan sentiasa bela kau. Tapi kau kena tahu, atuk sentiasa mengharapkan kau berubah.."
"Aku pun manusia, aku pun pernah buat dosa. Tapi kita boleh bertaubat. Allah bagi kita banyak peluang untuk kembali pada-Nya."
"Aku nasihat ni, bukan untuk aku. Tapi untuk kau. Aku sebagai abang, sahabat, teman, sepupu kau.. Nak kau berubah."
"Kau ada aku, kau ada orang yang sayangkan kau. Keluarga kau. Bila-bila je kau boleh call aku kalau kau perlukan kawan atau abang untuk kau bercerita."
Butang baju kemeja dibuka. Terdedah dada kirinya yang sudah berparut. "Pasal ni.. Aku maafkan kau. Dan aku anggap ini sebagai gurauan yang kau mainkan."
Terdiam seribu bahasa. Riak wajah Zayn mula berubah.
"Kau upah Imran kan.."
"Kau tahu?"
Zafril memberi senyuman.
"Kenapa kau tak dakwa aku?"
"Sebab kau, family aku."
"Imran?"
"Dia kat pusat pemulihan. Dia pun ada hak untuk berubah."
"Ril.." Panggil Iqbal di muka pintu sambil menunjuk ke jam sebagai isyarat masa telah tamat.
"Call lah aku kalau kau perlukan aku." Zafril bingkas berdiri dan bersiap sedia untuk beredar.
"Aku pergi dulu.."
![](https://img.wattpad.com/cover/301443266-288-k136605.jpg)
YOU ARE READING
Takdir kita
Roman d'amourMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...