Bab 36

3.1K 115 9
                                    

"TAK payah nak cemas sangat lah budak. Tahu la sayang isteri..."

Atira menyiku Zafril yang bersandar pada dinding. Matanya tak lepas dari memandang Afrina Aireen di katil.

"Afrina demam je la.. Bukan apa pun.. Kejap lagi dia sedar lah tu..." kata Atira. Dia terus datang ke rumah Zafril selepas ditelefon. Sebab suara Zafril tadi kedengaran sangat cemas lah, dia terus arahkan pekerjanya untuk batalkan beberapa temu janji dengan pesakit di klinik hari ini. "Kau tak percaya cakap doktor ke ni?"

"Alah kau tu doktor je.. bukannya tuhan."

Berubah wajah Atira. Tak pernah-pernah la dia dengar waris pesakit kata macam ni pada doktor.. Isy! Sedap mulut kamu ye Zafril!

"Amboi kau.. dahtu kenapa kau suruh doktor yang rawat Afrina? Kenapa tak hantar kat tuhan aje?" Bidasnya pula.

Satu sama..

"Eh kau ni!" Zafril celik mata pada Atira yang lebih berusia 5 tahun darinya.

"Betul la aku kata... itulah, nak cakap apa-apa tu fikir dulu.. Aku tahu lah kerja aku.. apa aku buat, aku tahulahh.." Dia jeling Zafril yang menjuih bibirnya.

"Kenapa dengan Afrina? Kau buat apa pada dia sampai jadi macam ni?" Soal Atira.

Zafril gigit bibirnya. Dia kesal kerana Afrina terlantar di katil, gara-gara dia.

"Aku tak buat apa-apa pun lah.. adoiii.." Rambutnya diraup ke belakang. Kecewa sungguh riak wajahnya.

Tergeleng-geleng kepala Atira memandang Zafril. Berserabut benar nampaknya. Afrina demam saja... Tak ada apa yang serius..

"Kau kenal Ariq Naufal?" Tanya Zafril tiba-tiba.

"Ariq Naufal? Siapa?"

"Boyfriend Afrina."

Ternganga Atira. Biar betul?!!

"Boyfriend tu dulu, sekarang dah jadi ex boyfriend.. maybe..." Jelasnya semula.

"Tak kenal lah."

"Eish kau ni! Apa je kau tahu?"

Tak semena-mena Atira dapat jelingan tajam dari Zafril.

"Eh kau ni. Dia tu belajar undang-undang. Aku ni medic. Kan jauhhh tu.."

"Manalah aku tahu. Afrina pun aku kenal sebab kan kau.. kalau tak, hmm mana adanya aku nak ambil kesah pasal orang lain ni..." jawab Atira.

Memuncung bibir Zafril.

"... dah tu? Apa yang kau nak risau sangat? Dia tu ex je. Bukannya boyfriend."

"Memang la. Tapi aku fikir, mungkin itu juga sebab Afrina tak ada perasaan pada aku, dan perasaan tu ada pada Ariq. Tapi aku yang menghalang hubungan diorang..."

Muram mukanya. Sungguh dia tak dapat nak terima jika perkara ni benar-benar terjadi. Dia perlukan cinta dan sayang dari Afrina seperti dahulu.

"Hmm.. sekarang baru kau fikir pasal ni? Kenapa bukan sebelum kau paksa dia kahwin dengan kau tu?" Tokok Atira. Berkenaan Zafril dan Afrina dia tahu dari awal lagi.

"Sebab aku tak nak orang lain ambil dia dari aku. Dia hak aku. Dan semua ni jadi bukan sebab aku. Semua sebab Zayn."

"Yelah Ril. Kau jangan risau lah. Kalau betul lah Afrina tu masih ada perasaan pada budak tu.. Kau tu suami. Kau lebih layak terima semua tu..."

Atira tepuk bahu Zafril dengan harapan dapat hilangkan muncung Zafril yang makin panjang. Nak saja dia ikat. Lepastu potong, lepastu bagi kat buaya.

"Hm..."

Takdir kitaWhere stories live. Discover now