Bab 40

3.4K 85 5
                                    

AFRINA Aireen tersengih-sengih membaca whatsapp yang diterima.

Alia menjeling penuh kehairanan. Apa kena dengan minah ni?

"Kau ni dah kenapa senah? Tersengih-sengih, tersengih-sengih. Macam kerang busuk!" Kutuk Alia. Tak tenang jadinya dia nak selfie.

"Ada lah. Sibuk je..." Afrina menjeling kawannya itu. Sibuk je hal orang. Teruskan je lah dengan selfie tu.. biar full storage tu..

Telefonnya berbunyi lagi. Senyuman kian memekar di bibirnya.

"Kau ni, jangan sampai aku hantar kau masuk Berek 12.. Risauuu aku tengok kau ni lah!" Tambah Alia. Dia letak telefonnya di meja batu itu. Rasanya dia kena tilik betul-betul minah ni. Takut terputus wayar kat mana-mana je..

"Berek 12?" Berkerut keningnya. Apa tu? Tak pernah dengar pun..

Dia teruskan menatap skrin telefonnya.

"Kau tak tahu?!" Membulat mata Alia.

Afrina geleng.

"Berek 12 ni.. hospital. Nak tahu lebih lanjut, tanya abang google... Bukan abang bomba.." Seloroh Alia yang mengharapkan tawa Afrina meletus. Hakikatnya tidak.

"Ha ha ha.. kelakar.." Bersahaja dia membalas.

Makin marak kemarahan Alia. Eii geram lah.

"Kau dah berbaik dengan Zafril eik?!" Tak puas hati. Dia nak korek cerita Afrina. Nak jugak, nak jugak.

"Hmm rahsia.." Dia malu sebenarnya. Yelah, kata-kata makan diri sendiri. Hm...

"Eleh. Betul lah tu.. Patutlah dah tak nak layan aku. Orang dah berbaik dengan suami. SUAMI! Untunglah ada suami.." Nada suaranya seakan merajuk dengan Afrina Aireen.

"Haa kuat lagi. Kuat la lagi suara tu.. Biar satu uni tahu, aku ada suami.."

"Lahh kau ni, sampai bila kau nak sorok? Macam mana kalau diorang tahu sendiri? Lepastu buat macam-macam spekulasi? Nanti kau jugak nak marah kan... Tak pasal-pasal nanti, timbul pulak fitnah.. Kita ni orang islam, Rin. Sepatutnya kita kena hindarkan diri kita ni, daripada buat perkara yang menimbulkan fitnah orang terhadap kita...." Bebel Alia.

Dah mula dahhh dia.. bukan dia nak sorok. Tapi kan, tiada sebab untuk semua orang tahu pasal status dia kini. Dan, ada lah beberapa sebab lagi.. tapi antara cepat atau lambat sahaja, dia akan expose pasal statusnya..

Afrina mengeluh perlahan. Meletakkan telefon di dalam beg.

"Haa mengeluh. Aku nasihat ni sebab aku sayangkan kau. Err degil! Ni lah orang kata, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Inilah penyebabnya pepatah ni wujud. Sesuai sangat dengan kau, Rin. Errr..."

"Satu lagi pepatah.. bagai mencurah air ke daun keladi.. Haaaaa sejibik dengan kau!!" Sambungnya lebih bersemangat memberi hujah.

Afrina Aireen ketawa terbahak-bahak. Alia ni kan...

"Ada, ada je kau ni, Alia. Kan tak pasal-pasal tambah terhibur aku dengar kau berhujah. Dah macam mak leha dah.." Ketawanya masih bersisa.

Alia menampar bahu Afrina. Tak sempat Afrina mengelak. Memang tepat kena!

Sakitlah. Husband kiter pun tak pernah lempang kiter macam ni... Mentang-mentanglah dia ada silat gayung plus blackbelt taekwondo..

"Aku cakap ni dengar. Untuk kau jugak..."

"Yelah Cik Alia, peguam mahkamah syariah. Alhamdulillah.. terima kasih atas nasihat dan pandangan cik.. Saya amat hargai..."

Bahu sahabatnya dirangkul.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now