Bab 49

2.7K 93 11
                                    

"STOP la ikut saya! Saya tak suka tau tak?!" Marah Aira Aireen. Dia rimas dengan Iqbal. Sejak dua tiga hari ni, Iqbal asyik ikut saja dia ke mana saja. Tak habis-habis dengan luahan cinta dia tu. Aduii lah.. Kenapa lah budak ni.

"Awak memang tak ada kerja ke? Tak reti reti ke nak balik? Ha?"

"Dunia sekarang moden la. Penuh dengan teknologi. Mana-mana pun saya boleh bekerja." Jawab Iqbal dengan bijak.

Aira cerlung mata. Ada je nak menjawab.

"Kalau awak tu bekerja. Tolonglah jadi profesional sikit. Tak bosan ke asyik ikut saya, ke sana sini? Saya kat sekolah tau ni.."

Aira Aireen menilik jamnya. Mujurlah sekarang waktu rehat pelajar. Tapi waktu rehat pun bahaya lah!

Teruk lah si Iqbal ni. Habis satu bilik guru tu pandang dia semacam aje. Mana taknya, tiba-tiba datang cari dia.. Macam mana la dia ni boleh terlepas masuk kawasan sekolah. Aaa pening..

"Saya takkan bosan. Saya datang ni nak bawa awak pergi pejabat Kementerian Pendidikan. Jom lah.." Jelas Iqbal.

"Untuk apa?"

"Saya nak diorang naikkan pangkat awak." Seloroh Iqbal dalam nada serius.

Hampir bercantum kening Aira.

"Tak adalah. Saya gurau je. Sebenarnya, saya nak sponsor sekolah ni untuk buat lawatan ke syarikat perabot dalam Malaysia ni.." Terang Iqbal.

"Ha?"

Iqbal tersengih.

"Awak ni kerja apa sebenarnya? Awak anak dato' ke apa?" Soal Aira ingin tahu. Nak sponsor, sponsor ni bukan benda murah. Mahal... Biar betul dia ni..

"Kerja saya tu tak penting. Yang penting sekarang, awak nak ikut ke tak ni?"

"Awak salah orang ni. Bukan saya yang sepatut awak bawa. Saya tak ada kena mengena dalam hal ni. Awak boleh je terus pergi pejabat tu sorang-sorang. Tak perlu bawa saya."

"Siapa kata tak perlu? Benda wajib kut.... Awak bakal isteri saya. Saya kenalah kenalkan awak. Dan awak pun kenalkan saya pada semua...." Kata Iqbal. Wajahnya sedikit pun tiada kecacatan. Wajah itu manis dan sempurna.

Tengoklah! Ada je benda dia nak menjawab. Sepatah dia kata, berpatah-patah dia jawab. Memang budak ni tak nak kalah!

Aira tak tahu dah nak kata apa. Dia atur langkah mahu ke bilik guru. Dia dah banyak hari cuti, kerja sekolah yang tak bertanda tu sudah bertambung. Tak ada masa nak layan perangai budak-budak, budak ni.

"Awak." Iqbal mengejar.

"Apa lagi????" Hampir saja dia terlanggar Iqbal yang tiba-tiba menghalang laluannya.

"Jom lah ikut saya.." pujuknya lagi.

"Tak nak! Awak boleh minta tolong mana-mana cikgu lain kat situ. Kecuali saya!" Aira menunjuk ke arah dinding yang terpapar gambar guru-guru yang mengajar di sekolah ini.

"Aira, jom lah. Saya nak awak je." Lembut suaranya memujuk.

Aira Aireen mendengus geram dengan sikap keras kepala Iqbal.

"Jangan paksa saya. Saya ada banyak kerja." Sudah turun nada suaranya. Dia penat berdebat dengan Iqbal. "Tepi.." Aira beralih ke kiri lantas meneruskan langkahnya.

"Hari ni, hari last saya kat sini." Ujar Iqbal walaupun Aira laju melangkah pergi.

Menyerah? Itu bukan Iqbal lah namanya...





























































































Takdir kitaWhere stories live. Discover now