SOFEA cepat-cepat mendaki anak tangga tatkala ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya. Sudah hampir bertahun, dia tidak kelihatan.
"Zafril!" Laung Sofea dari jauh sambil cuba melajukan langkah kakinya.
Zafril Mikael berpaling untuk melihat siapa yang memanggilnya. "Sofea.."
"Yeahh! It's me!" Jawab Sofea setelah berada di hadapan Zafril.
Jelas keterujaannya dapat terserempak dengan Zafril Mikael hari ni.
"Lama tak nampak you..." kata Sofea.
"Haah.."
Jawapan balas Zafril sungguh mengecewakan Sofea. Namun, dia tetap mampu mengukir senyuman manis pada lelaki di hadapannya.
"You buat apa kat sini?"
Zafril mengalih matanya setelah sedar matanya sudah melampaui batas. Dia terseksa melihat pakaian wanita di hadapannya.
"Hmmm.. I ada kerja sikit kat sini..." Jawab Zafril tenang.
"Oh.. by the way, I dengar citer you dah balik Malaysia dah lama.. but why you tak contact I pun?"
"Oh really, sorry.. I lost contact." Kata Zafril bersahaja. Dia menilik jam tangannya.
"Macam tu rupanya, I ingatkan you marahkan I pasal.." Sofea berdeham kecil sambil berfikir ayat lain untuk dia sambung.. "You ada kerja apa kat sini?"
Zafril kerut dahi. Rasanya dia dah boleh agak apa ayat yang tertinggal itu. Pasal dia dengan Zayn.. Mungkin.
"I ada hal nak jumpa pengarah. Why? Tak boleh ke I datang kampus lama I ni?" Soal Zafril. Dia pun malas melayan perempuan ni. Bukan apa, busybody hal orang ada lah..
"Owww.. I ingatkan you datang nak jumpa ex you tu. Oh no, bukan ex.. lebih kepada toyssss.." ucapnya dengan nada memerli. Bibirnya senget.
Zafril terbungkam kata. Dia menahan perasaan dengan kata-kata Sofea. Dia tahu apa yang tersirat itu.
"But don't worry, I tak fikir pun you macam tu.. lagipun for what kan?" Kata Sofea yang disusuli tawa kecil.
Dia mengangguk kepala berkali-kali. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.
"So.. you ada hal apa dengan pengarah kali ni?"
Kan dah kata, minah ni busybody !
Zafril senyum separuh. "You tak perlu tahu."
Sofea mencemik.
"What if, kita lepak kat kafe dulu?" Pelawa Sofea. Gila dia nak lepaskan lelaki ini macam tu je.. Dah la lama tak jumpa, makin handsome pulak tu. Nampak bergaya, al maklumlah pewaris syarikat perabot terbesar di Malaysia.
"Sorry.."
Sofea buat muka kecewa. "Please Zafril.. Sekejap pun takpe. Lagipun, kita dah lama tak jumpa kan.. Jadi apa salahnya kita lepak kejap. Ke.." Dia melihat kiri kanan sebelum menyambung ayatnya semula.
"Ke.. you takut perempuan tu akan meroyan lagi bila nampak you kat sini?" Sofea ketawa kecil sambil hujung jarinya menutup mulut.
Zafril keliru. Apa yang dimaksudkan Sofea sebenarnya ni? Dari tadi lagi, perempuan perempuan.. siapa? Afrina Aireen kah yang dimaksudkan? Meroyan?
"Meroyan? Siapa?"
Zafril menyilang lengannya.
"You buat-buat tak ingat, ke you memang tak ingat? Tak silap I 'dia' sorang je yang you dah mainkan.." Dia putar mata hitamnya ke atas saat menyebut 'dia'. Argh menyampah!
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...