"KAK long kat bilik Fira..." beritahu Fira yang melihat Zafril keluar masuk biliknya.
"Buat apa kat bilik Fira?" Marahnya tak semena-mena.
Dia segera berjalan menghampiri bilik adiknya.
"Abang tak boleh masuk!" Pantas Fira menghalang. Dia mendepa bagi menghalang abangnya. Ini permintaan kakak Afrina, dia perlu tunaikan.
"Kenapa pulak?" Soal Zafril tak puas hati.
Fira sekadar menjongket bahu. Dia hanya buat apa yang disuruh. Tak tahu pulak apa masalah diorang ni.
Zafril mendengus geram.
"Tak kira, along nak masuk jugak."
Zafril cuba menolak pintu tapi ditahan oleh adiknya.
"Adik, jangan buat hal. Along nak jumpa akak."
"Akak tak bagi."
"Akak bagi ke tak, along tak kesah. Yang sekarang ni, Fira nak sibuk kenapa? Kak long tu, isteri along tau.." Dia tidak berputus asa.
"Memang lah, kak long tu isteri along. Tapiii... kak long cakap, dia nak tidur kat bilik Fira malam ni.." jawab Fira juga tidak mahu mengalah.
Zafril mendengus geram dengan Fira. Fira ni memang menguji kesabaran dia.
"Sayangg bukak la pintu nii.."
Zafril ketuk pintu bertalu-talu. Suaranya mendayu-dayu merayu.
Tergeleng kepala Fira. "Aiii along ni.. Fira dah cakap kan.. Kak long tak nak jumpa along. Niii mesti along ada buat masalah kan..." Fira pandang abangnya atas bawah.
Berkerut kening Zafril. Dia cekak pinggang.
"Masalah apa nya? Tak ada pun lah. Petang tadi elok je kak long cii....." serta merta dia berhenti bersuara.
Dia seakan baru terdetik sesuatu di fikiran. Rasanya itulah penyebab Afrina menghindar darinya...
Kalau nak kata ada salah, apa pula kesalahan dia buat? Tak ada, tak ada.. dia yakin, itulah masalahnya.
"Ccciii apa long?" Soal Fira.
Zafril tersenyum. "Nothing. Emmm.."
"Fira nak tak, kalau along bagi Fira Ipad pro, yang ada kamera 3 biji kat belakang tu?"
Zafril memulakan taktiknya. Dia tahu Fira dah lama teringinkan benda tu.
"Kenapa?" Tanyanya dingin.
"Kalau Fira nak.. along boleh belikan." Zafril jongket kening. Suaranya diperlahankan.
"Tapi.. Fira kena benarkan along masuk bilik ni dulu. Boleh?" Ujar Zafril.
"Nak?"
Membulat mata Fira. "Along nak belikan?"
Zafril angguk.
"Woww!"
"Shhh!" Zafril tekup mulut adiknya. "Janganlah kuat-kuat." Perlahan-lahan dia larikan tangannya.
"Boleh. Tapi kan.. mama tak bagi Fira guna Ipad tu.." Memuncung mulutnya.
"Alah, janganlah risau. Ni along lah. Nanti along pujuk mama.." kata Zafril bersungguh.
"Betul ni??" Soal Fira yang sudah seperti khayal dalam angannya.
Pantas Zafril angguk kepalanya bagi meyakinkan Fira.
"Janji?" Fira mengangkat jari kelingkingnya.
"Yaa along janji.. Tapi Fira kena tepiii sikit. Along nak msuk bilik ni jumpa kak long."
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...