Takut lah nak publish cerita ni sebenarnya. Hopefully, suka..😭
Description:
Perhubungan tak dijangka, menyatukan dua hati.
Menerima insan baru dalam hidup susah. Tak mudah. Inikan pula insan yang bergelar suami. Pernikahan yang tak pernah diimpikan bersama lelaki bernama Irham Malik menjadi kenyataan.
Pertemuan di resort sebagai 'owner' dan 'guest' telah merubah hampir keseluruhan kehidupan Elena Airis dan Irham Malik.
Satu tragedi yang menjadikan mereka suami isteri tanpa cinta. Itu kerana Irham Malik! Iya, kerana dia.
Percintaannya bersama Izham Daniel langsung tidak mendapat restu dari ayah dan ibu. Namun, pertemuan yang sekejap dengan Irham Malik mampu dicurahkan 100% kepercayaan pada lelaki itu. Nonsence! Sakit jiwa raganya tiada siapa yang tahu.
Sang suami mencari cinta, sang isteri pula membenci. Adakah bahagia untuk mereka? Setiap percakapan akan ada 'perpisahan' yang dipinta. Begitukah kebahagiaan?
"Aku nak kau lepaskan aku."
Cukup dengan gelengan saja Irham membalas permintaan Elena. Tak cinta tapi kenapa tidak mahu melepaskan? Kerana dia yakin cinta akan ada bila tiba masanya.
Elena berkerut seribu. Apa yang sebenarnya lelaki ini nak dari dia?
Berjuta kali perpisahan dipinta. Tak ada sekali pun Irham menerima. Itu satu hal yang membenihkan rancangan jahat di benak Elena.
**
Bagi Irham Malik pula, hubungan ini tak pernah dia ingin. Namun, jika diberi tanggungjawab mengapa harus dia persiakan? Suara hatinya mula berubah sebaik saja nama Elena Airis dilafaz menjadi isterinya. Ada janji yang dia tanamkan."Tak kesah la apa yang jadi. Saya di sini tetap bersama awak. Kerana itulah janji saya sebaik saja kita dinikahkan."
"Macam mana pun awak benci saya, saya dah pun jadi suami awak, El. Jadi sekarang tanggungjawab saya adalah mencintai dan menjaga awak."
Elena merengus. Dia benci dengar ayat Irham.
"Suami? Suami apa? Aku tak pernah ingin kau jadi suami aku! Tak pernah! Kau dengan aku tak sepatutnya berkahwin! Faham!"
Jadi, bagaimana pengakhiran hubungan mereka? Bertahan atau melepaskan?
**
Nak ke? Tak nak takpe.. :)
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...