Bab 26

2.8K 95 1
                                    

"WAIT!"

Farah menoleh. Dia yang ingin keluar dari bilik itu terhenti.

"Saya nak awak arahkan semua staff join meeting kali ni."

"Maksud tuan?"

Zafril memasukkan tangannya dalam poket seluar.

"Semua, termasuk Zayn! Faham?!" Naik nadanya memberi arahan.

"Baik, tuan."

"Tapi tuan, pasal..."

"Sebab tu, saya nak awak kerahkan semua staff masuk bilik mesyuarat hari ni! Dan saya nak awak bawa semua fail-fail yang awak dah check!" Potongnya.

"Baik, tuan.."

Farah keluar dari pejabat majikannya.

Zafril kepal tangannya. Berkali-kali muka diraup. Berserabut fikirannya memikirkan masalah ini.

"Ril."

Pantas kepalanya menoleh ke pintu.

"Apa dia?"

Iqbal mendekati Zafril yang berdiri sebelah meja.

"Macam mana?"

"Aku tak dapat jawapan lagi. Kau?" Soalannya beralih pula pada Iqbal dan mengharap dia dapat dengar jawapan yang gembira.

"Sama.." Iqbal mengeluh. Dia melabuh di sofa.

"Aku yakin, syarikat kita tak pernah keluarkan duit sebanyak itu.. Untuk apa, kalau ya pun? Bahan-bahan kat kilang tu pun ada banyak kurang. Kalau nak kata, wang tu guna untuk beli produk untuk kilang, pasti dah cukup lengkap sekarang.."

Zafril picit kepalanya. Kertas-kertas kerja di meja direnung lama. Dah sehabis baik dia teliti, masih tiada jawapan yang dia dapat.

"Kau rasa, benda ni ada kaitan dengan Zayn tak?" Soalan Zafril dapat mengubah riak wajah Iqbal.

"Kenapa kau rasa macam tu?" Iqbal bingkas bangun semula.

Zafril jongket bahu.

"Maybe.."

"Kau tak try siasat dia?"

Zafril geleng. "Tapi aku rasa, tak.."

"Kenapa?"

"Seboros-boros dia, takkan lah dia nak ambil duit syarikat? Dia pun dah berlambak duit.." Kata Zafril.

Iqbal terdiam. Dia tak mampu nak menyalahkan sesiapa. Tambahan pula, dia hanya pekerja, dan Zayn pula, boleh dikatakan, majikannya juga.

"Jadi?"

"Takpe.. kita tunggu mesyuarat kejap lagi. Aku akan selesaikan masalah secepat mungkin." Kata Zafril tenang.

Ketukan pintu mengganggu mereka.

"Maaf tuan."

"Ada apa, Farah?"

"Encik Zayn tak dapat dihubungi. Dah berkali saya call, tuan." Ujar Farah serba salah.

Membahang rasa dadanya.

"It's okay.. Saya akan teruskan mesyuarat ni.."

Farah mengangguk faham. Dia akur dengan keputusan majikannya.



















































ZAFRIL keluar dari lif sebaik saja pintu itu terbuka. Matanya beralih pada pintu utama syarikat. Dia mengamati tubuh yang sedang berjalan menuju ke ruang parking kereta.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now