"KURANG ajar!!" Tumbukkan kuat dihayun ke wajah Zayn.
Zayn jatuh tersungkur ke lantai. Sudah dia tak hirau apa pandangan pekerja-pekerja di situ terhadap dirinya. Masih lagi tak puas dia melihat Zayn. Sekali lagi tumbukkan dihayunkan tetapi pantas dihalang oleh Iqbal.
Terjerit-jerit setiausaha Zayn diluar bilik itu.
"Kau apa hal?" Jerit Zayn tak puas hati.
Tak pasal-pasal pula datang lepas geram ke mukanya yang kacak itu. Berpinar kepalanya menahan rasa sakit yang menyengat. Terasa ada satu bendalir mengalir keluar dari bibir.
Kasar Zafril menepis Iqbal yang menghalangnya. Kemas pintu bilik itu diselak oleh Iqbal. Tirai bilik itu juga diturunkan.
"Kau terlibat dengan dadah lagi? Sekarang kau jual dadah pula?" Turun sedikit nadanya tetapi masih tetap gerun di dengar. "Apa bodoh sangat kau ni?" Kata Zafril geram.
Sehabis baik dia ingin kawal emosi dia. Tapi maaf, tak dapat. Ini keterlaluan.
"Patutlah duit syarikat aku hilang!! Sebab kau ambik benda bodoh tu!!"
Terluncut lagi tumbukkan padu mengena wajah kacak Zayn.
Bendalir merah yang keluar dari bibir dan hidung lelaki itu, dia sudah tak kesah. Hatinya takkan puas!
"Ril, bawa bertenang.." pujuk Iqbal. Dia tak berani sebenarnya. Tak pasal-pasal nanti, dia pula yang menjadi mangsa Zafril. Jelas sangat diri itu sudah dirasuk jin.
"Kau diam."
Zafril duduk bertinggung dihadapan Zayn yang menyeringai kesakitan.
"Sekali lagi kau cemarkan maruah keluarga kita.. Kau jangan harap kau boleh bernafas lagi. Aku akan buang kau macam kucing kurap! Kau tahu kan, bila-bila masa pun aku boleh buat."
"Kali ni, aku takkan benarkan kau bunuh sesiapa lagi dalam keluarga aku!"
Mencerlung matanya memandang Zayn. Jari telunjuk tepat ke arah sepupunya itu. Bergetar tangannya mahu menahan emosi.
"Kau faham?!!!!" Jerkah Zafril.
Terhincut bahu Zayn. Berair matanya saat ini.
"Aku tanya, kau faham tak ni?!!!" Kasar kolar baju Zayn dicengkam dan ditarik.
"Faham."
Cengkamannya dilepaskan. Dia tolak tubuh Zayn. Tiada apa yang boleh menenangkan panas barannya kali ini.
Dia berdiri.
"Selama ni aku bertahan. Aku ingat pesan arwah atuk dan papa aku."
"Kau cuma cucu angkat atuk. Tapi kau dapat segalanya. Atuk lindung kau, atuk senyapkan perangai bodoh kau. Sampai papa aku jadi mangsa.. Sampai aku, kena berkorban untuk kau.."
"Dan, sebab kau jugak, Afrina benci aku."
"Apa aku buat? Kau yang terima cabaran tu."
"Aku terima sebab kau!!! Sebab aku tahu, kau lebih teruk daripada iblis."
Zayn mendesah kuat. Dia bingkas berdiri walaupun badannya masih terhuyun-hayan.
"Kenapa?" Zayn membetulkan rahangnya.
"Kau takut aku rosakkan dia ke?"
Senyuman dibibir Zayn menaikkan lagi kemarahan Zafril.
"Kalau kau tanya aku, memang aku nak." Katanya dengan bangga.
"Tapi disebabkan kau, aku tak dapat. Tak apa. Sebab aku mengharapkan kau, ganti tempat aku. Tapi kau tak buat." Kata Zayn tak semena-mena membuatkan Zafril melepaskan tumbukkan ke perutnya pula.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...