TERMENGAH-MENGAH dia setelah beberapa kali menumbuk dan menendang punching bag yang tergantung dihadapannya.
Segala amarahnya, dia lepaskan pada punching bag itu. Kesan lebam di mukanya masih jelas kelihatan dan pedih!
"Kurang ajar. Arghhh!!!" Sekuat hati dia menumbuk. Layar matanya asyik terbayang wajah Zafril. Dan itu, membuatkan dia sakit hati.
Dia melepaskan amukkannya pada punching bag.
"Bos.."
"Apa kau nak?!!" Jerkahnya pada pengawal peribadinya yang setia di belakang.
"Calm down, bos."
Sekelip mata, satu tendangan terkena perut Raid. Terundur tubuhnya, hampir saja tubuhnya hilang imbangan. Perutnya senak.
"Apa kau cakap? Calm down?! Ha?!!" Zayn mendekati Raid. Mukanya bengis.
"Semua ni jadi, sebab kau!!!" Bentak Zayn sekali dengan tamparan kuat dilepaskan pada wajah Raid.
Raid bertahan segala herdikkan dan pukulan majikannya. Dia hanya orang suruhan, dia tidak layak untuk bertindak lebih dari itu.
"Kau!!!"
Penumbuk dituju ke muka Raid. Terketar-ketar tangan itu. Tunggu masa saja ingin dilepaskan. Peluh berjejeran di dahinya.
"Bodoh! Shit!!!" Badan itu ditolak oleh Zayn. Jatuh tersungkur lelaki berbaju hitam itu.
Zayn melutut. Baju itu dicengkam kasar.
"Aku nak kau cari, siapa bongkar rahsia aku!"
"Faham?!"
Leher Raid pula di cekik.
"Fafafaham bos.." Tersekat suaranya. Raid tepuk tangan Zayn, merayu ingin dilepaskan.
"Kalau kau tak dapat, apa aku nak. Kau tahu apa kau dapat kan...." Ugut Zayn tanpa belas kasihan.
Raid mengangguk.
Dia hembus nafas lega saat Zayn melepaskan lehernya.
Raid cuba untuk berdiri walaupun perutnya terasa senak.
"Imran bos."
"Kenapa dengan dia?" Turun nadanya menyoal. Dia memandang ke luar tingkap kondominiumnya.
"Dia penyebab. Zafril kenal dia." Katanya.
Zayn berpaling. Dia celik mata pada Raid yang terbongkok-bongkok menahan sakit.
"So?!" Dia cekak pinggang. Lama dia menanti balasan dari Raid. Itu membuatkan dia, lagi ingin mengetahui apa yang ingin disampaikan.
"Aku tanya ni! Kau pekak ke?!"
Jelas kelihatan, Raid masih teragak-agak mahu membuka mulut.
"Zafril nampak aku dengan Imran. Dia kenal Imran." Kata Raid serba salah.
"Apa kau cakap ni, sial?!"
Secara spontan, pasu bunga yang berada di meja dilempar ke arah Raid. Tepat terkena pada dahi lelaki itu.
Berjejeran darah mengalir keluar di dahi. Raid menerima apa jua keadaannya.
"Maaf bos." Tertunduk Raid. Tangannya disilang di belakang. Rasa sakitnya tak dihirau. Kerana baginya, itu terlalu kecil berbanding apa yang dia kena sebelum ini.
"Zafril tahu siapa Imran. Mereka kenal." Sambungnya.
Zayn mengepal tangannya. Merah telinganya menahan kemarahan.
Habis barang-barang atas mejanya dibaling ke lantai.
"Kalau betul apa kau cakap ni. Aku nak kau cari tahu pasal diorang. Kalau tak dapat jugak, kau, adik-adik kau, akan merempat kat tepi jalan.. Faham?" Ujar Zayn penuh ketegasan.
Raid angguk faham. Dia keluar dari bilik Zayn.
"Bodoh!!!!" Teriak Zayn. Rambutnya diserabaikan.
"Memang menyusahkan! Kau ingat, kau boleh halang lagi apa saja aku nak. Tak, Zafril. Tak! Kau akan menyesal.. Jangan fikir aku lemah."
"Arghhh!!!"
Tbc..
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...