Bab 38

2.9K 108 8
                                    

ZAFRIL menolak lemah pintu rumahnya. Dia memang penat.

Dalam masa sama, Afrina Aireen juga baru keluar dari ruang dapur. Serta-merta langkahnya kaku di situ. Rasa macam nak lari ke bilik pun ada. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang. Mahu masuk semula ke ruang dapur.

"Sayang..." Seru Zafril bila dilihatnya Afrina semakin mengundur ke belakang.

Langkah Afrina terhenti.

"Mama dengan Fira mana, sayang?" Ternganga sambil  matanya melilau mencari kelibat adik bongsu dan mamanya. Semalam mama dan Fira menginap di sini, takkanlah dah balik. Baru pukul 11:00 pagi.

"Hm... mama baru je balik. Ada orang datang rumah." Jawab Afrina. Dia kembali meneruskan langkahnya yang tergendala tadi.

Mungkin kerana semalam, jantungnya berdegup kencang bila berhadapan dengan Zafril.

"Sayang masak apa ni?" Zafril hirup aroma masakan Afrina. Sedap betul baunya.

Afrina tidak menjawab. Dia memasukkan garam ke dalam masakannya.

"Wah! Ayam masak merah.." ucap Zafril teruja.

Afrina mengerlingnya sekilas. Bunyinya macam pelik aje. Puji betul-betul ke tu?

"Awal balik?" Sinis saja suara Afrina.

"Hm.. awal ke?"

Zafril melirik jam tangannya. Dia berdiri sebelah Afrina. "Awal apa nya? Dah pukul 11:00.."

"Sepatutnya saya balik semalam. Tapi tak sampai hati pulak nak tinggal Atira tu seorang kat hospital. Doktor yang pantau dia tu, tak benarkan dia balik semalam.." sambungnya.

Entahlah dia rasa menyampah dengar cerita Zafril. Mungkin kerana Zafril lebih mementingkan doktor muda tu.. Memanglah doktor muda tu dalam masalah, dan Zafril membantu. Tapi kan.. kenapa Zafril dalam ramai-ramai orang? Tak ada orang lain ke? Tambahpula, dia pun sakit kan.. Sanggup Zafril tinggalkan dia. Sepatutnya Zafril ada dengan dia semalam..

"Hmm.. Rapat betul awak dengan Doktor Atira tu. By the way, teruk ke doktor accident?"

Zafril mencari sorotan mata Afrina. "Tak teruk pun. Dia langgar kucing je.." dia pandang Afrina tak berkelip. Dia dapat rasakan ada benda tak kena dengan Afrina. Kenapa? Marah?

"Langgar kucing? Ingatkan langgar orang sampai nak berteman... Tapi bagus juga awak teman dia semalam. Tak adalah dia kesunyian kat hospital tu kan.. Baguslah.."!

"Aip!! Bunyi macam ada orang jealous je ni.. Sayang jealous eik? Marah?" Usik Zafril.

"Tak ada masa lah." Nafi Afrina. Dia tidak membalas renungan Zafril. Dia terus fokus dengan masakannya. Tak pasal-pasal nantu hangit pula..

"Sorry lah, sayang. Memang semalam ikutkan saya nak balik tapi kan tak elok la.. nak tinggalkan Firdaus temankan Atira.."

"Sebelum awak tanya siapa Firdaus. Saya bagitahu, Firdaus tu orang yang bawa Atira ke hospital." Jelas Zafril.

Afrina masih seperti tadi. Langsung tak bertindakbalas.

"Tak ada apa pun la. Benda kecil je. Tapi saya rasa kan.. lagi elok kalau awak teman dia dengan ada ikatan.. Macam husband and wife.. Gituu..." Balas Afrina lembut tetapi penuh dengan kata-kata tajam.

Zafril angguk kepala berkali-kali. "Okay faham.. Ada orang J.E.A.L.O.U.S" satu per satu huruf disebutnya. Jari-jemari Afrina mula berada dalam genggaman Zafril.

Zafril merendahkan sedikit wajahnya untuk memandang wajah Afrina yang menunduk sedikit.

"Awak jealous kan?"

Takdir kitaWhere stories live. Discover now