Bab 15

3.8K 116 8
                                    

SUDAH memasuki 20 minit pemanduan. Masih belum ada sepatah yang keluar dari bibir mereka berdua. Kebiasaannya Zafril yang akan memulakan perbicaraan setiap kali mereka bersama tetapi tidak untuk kali ini. Mereka seperti orang asing yang dipaksa berada dalam satu kereta.

Afrina senang membuang pandangan ke luar tingkap. Zafril pula memberi sepenuh tumpuan di atas jalan raya. Afrina hanyut melayan perasaan, sehingga akhirnya dia mengeluh.

"Awak marah saya ke?" Tanya Afrina teragak-agak.

Zafril tidak menoleh. Hanya bibirnya bersuara. "Untuk apa?" Dingin sekali nadanya.

Suasana bertukar sepi semula.

Banyak juga perkara yang dia fikir, tentang penyebab Zafril menjadi sebisu ini. Dia ingat satu hal saja, semalam. Tapi itukan, dia sendiri yang inginkan kejujuran.. bukannya dia saja buat auta. Dia sudah berlaku jujur. Jadi, dia merajuk?

Memang, dia rasa tak senang kalau Zafril berdiam. Dia ingin dengar suara Zafril walau sepatah kata. Pelik kan. Sebelum ini, suara itulah dia malas nak dengar. Bukan setakat malas, iya.. benci.

Namun, apakan daya, macam mana pun sikap dia hari ini. Dia tak lupa tanggungjawab dia. Sama seperti sedia kala, dia hantar dan jemput Afrina ke universiti. Sentiasa tepat pada waktunya.

Kereta sudah masuk ke perkarangan rumah. Tanpa sepatah apa, Zafril terus turun dari kereta dengan beg dan buku milik Afrina ditangan. Dia masuk ke rumah. Afrina mengekorinya.

"Beg dan buku awak, saya letak dalam bilik belajar." Tutur Zafril setelah mereka mendaki anak tangga yang terakhir.

Belum sempat Afrina mahu menjawab, dia pergi.

Afrina mengeluh.

"Dia dah lain.." Tertunduk kepalanya sambil menguak pintu bilik dia dan Zafril.

"Apa awak cakap?" Soal Zafril dari belakang. Mukanya masih bengis. Dia berjalan mendahului isterinya.

Tali leher dileraikan.

"Sini saya tolong." Belum sempat Afrina menyentuh tali leher itu, Zafril menepis.

"Tak apa. Saya tak perlukan bantuan. Biasanya saya buat sendiri saja." Katanya seakan berjauh hati.

Iya. Dia terasa. Nak menangis rasanya hati ini. Betul kata Zafril. Sebelum ini dia tidak pernah heran pun pasal Zafril. Tapi kenapa sekarang?!

"Awak marah saya ke, Ril?"

"Selalunya saya yang tanya awak soalan tu. Hari ini, awak pula? Pelik." Balasnya sinis.

"Awak marah saya pasal semalam?"

Saat ini mata mereka bertentangan seketika.

"Untuk apa?"

"Awak yang minta kejujuran. Jadi, saya berikan kejujuran. Sekarang ni awak nak berubah sampai macam ni pulak?"

"Ini tak adil untuk saya Zafril." Tambah Afrina.

"Stop it lah, Rin. Saya penat. Saya tak nak bercakap pasal ni. Sebab saya tahu benda ni takkan selesai kerana saya pasti benda ni akan berakhir dengan perbalahan dan bukannya perdamaian."

"Dalam hubungan kita, mustahil untuk wujudnya perdamaian. Kerana kita. Kerana kita yang ada dalam cerita ini..." jawab Zafril.

Baju kemeja dia lempar ke dalam bakul. Hanya singlet yang menutupi separuh badannya.

"Tak, bukan kerana kita. Kerana Saya!" Sambung Zafril. Dia terus rebahkan dirinya di katil tanpa menghiraukan Afrina.

Terkumat-kamit bibir Afrina. Jadi, maksud kata-kata dia itu nak menunjukkan aku lah yang bersalah dalam hal ini. Okay, faham!

Takdir kitaWhere stories live. Discover now