PAGI hari menjelma. Dia sudah pun mengemaskan pakaiannya ke dalam bagasinya. Masanya untuk dia pergi. Dia tak nak jadi anak derhaka dah yang asyik lawan kata ibu bapa. Ni dah mengundang dosa dah dari Allah. Dia mengheret bagasi besarnya itu keluar dari biliknya.
Hanya 4 jam dia sempat tidur, gara-gara memikirkan cara untuk tak dengar lagi umi dan abi berbicara hal sama. Sampailah pukul 3 pagi tadi dia dapat ilham untuk membeli tiket bas pulang ke universiti. Nasib baik murah hati penjual tiket tu.. tak pasal-pasal duit simpanan dia pula jadi mangsa.
Afrina Aireen mengeluh saat melihat susuk tubuh yang duduk di sofa. Dengan lafaz bismillah, dia meneruskan niatnya.. abinya di sofa itu dihampirinya. "Abi.." tegurnya lalu duduk di sebelah orang tuanya.
Tuan Naim menoleh. Dia melihat atas bawah anak daranya. "Haa nak pergi mana bangun pagi-pagi ni? Bersiap apa ni.. nak pergi mana?" Tanyanya yang masih berkopiah di kepala.
"Rin kena balik uni.."
"Balik uni? Bukan ke Rin cakap kat abi Rin cuti seminggu?"
"Memanglah.. Rin.."
"Tak payah bagi alasan. Abi tahu niat Rin.." potong Tuan Naim. Dia dah jadi bapa Afrina Aireen ni bukannya dua minit lepas.. dah masuk 23 tahun dah dia ni jadi bapa kepada Afrina Aireen. Dia dah boleh agak sangat apa idea budak ni.
"Ala abi.." keluh Afrina.
"Tak kira.. Rin nak juga balik uni.." Dia bingkas berdiri.
"Abi izinkan kalau Rin balik dengan Ril. Abi akan call dia untuk jemput Rin.." kata Tuan Naim.
"Apa pulak macam tu abi.. Rin boleh balik sendiri lah.. Rin dah beli tiket dah.."
"Abi tak kira. Kamu pilih lah, kamu nak balik kampus naik bas ke nak Zafril jemputkan.. kalau tak duduk je rumah ni.. cuti pun lama lagi.." putus Tuan Naim.
Puan Naura di dapur keluar ke ruang tamu. Terkejut dia melihat bagasi anaknya sudah dimuka pintu. Takkan nak lari rumah budak ni.. "Rin nak pergi mana nak?"
"Rin nak balik uni.." Dia terus mendekati uminya. Lengan itu diraih memujuk uminya supaya lembut hati walaupun dia tahu uminya lah orang pertama kena manderem dengan Zafril tu.
"Kenapa pula.. bukan ke Rin cuti seminggu ke?"
"Afrina nak lari lah tu.. tak nak kahwin dengan Zafril." Sampuk suaminya.
"Abi.."
"Balik dengan Zafril ye nak.. nanti umi telefon dia.."
Lengan uminya dilepas. "Zafril Zafril Zafril! Apa kena semua orang nak kena sebelahkan Zafril tu?" Kaki dihentak ke lantai. Bengang lah dia macam ni.
"Sebab Zafril bakal menantu abi dan umi.." jawab Tuan Naim tanpa menghiraukan anaknya yang masam mencuka.
Oh, okay.. ini belum lagi dia kahwin betul-betul dengan Zafril tu dah macam ni keluarganya layan dia. Dah macam anak tiri!
"Rin tak kesah. Rin nak balik uni." Dia meluru ke pintu.
"Kalau setapak kaki Rin keluar daripada rumah ni.. terbuktilah Rin anak derhaka.." kata abinya yang sudah bingkas berdiri.
"Abi!" Nasib dia tak pijak keluar lagi tapak kakinya. Kalau tak dah jadi anak derhaka lah dia..
"Tak kira.. Rin tahu kan apa hukum seorang anak lawan ibu bapa? Abi tak izinkan Rin keluar kalau bukan dengan Zafril. Titik!" 'Titik' dikuatkan supaya menggelegak sikit tahi telinga anaknya itu. Kadang-kadang kena juga dia tegas dengan anak manjanya tu.. demi kebaikan..
Zafril lagi Zafril lagi!! Kesialan apa mamat tu bawa ke rumah ni! Arghhhh!!!!
Hatinya menjerit sekuat mungkin. Mukanya merah membahang api kemarahan. Nafas ditarik kemudian dihembus. Sabar.. jangan melenting..
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...